Saturday, December 31, 2011

Hujan Emas di Negeri Orang

Sambung balik... hari terakhir di Jepun, oleh kerana flight balik dari narita ke kl, maka kami terpaksa patah balik ke Tokyo dari Kyoto, flight jam 230 petang. sabtu, jika bertolak dari Kyoto pada hari yang sama ditakuti kelamkabut kerana train awal dekat jam 7 pagi sampai Tokyo agak2 jam 10.00 nak cari train pi narita perjalanan 1 jam lagi, daftar masuk antarabangsa 3 jam. jadi kami datang Tokyo satu hari awal ke Tokyo dan tidor di Narita, jadi agak ada masa nak round2 Airport Narita.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap
negeri sendiri lebih baik lagi. Begitulah peribahasa lama walaubagaimana pun banyak kebaikan yang boleh dipelajari antaranya sikap orang2 jepun...tentang kebersihannya...kesabarannya..

Insyaallah ditakdirkan kami akan datang sekali lagi ke Japan,(Berjalanlah dimuka bumiallah ini dan lihatlah Kejadiannya), terima kasih yang tak terhingga buat Mastura, Harris, Aiman & Aidan maaflah tok ayah tak pandai cakap jepun macam cucu2 tok ayah.



pandanagan dalam Airport Narita Terminal 2
Kedai2 dalam Airport

Tuesday, December 20, 2011

Di Hiroshima

Hari selasa balik ke kyoto dari fujiyama, hari rabu kami bertolak ke bandar Hiroshima pula kerana nak lihat sejarah 'Bom atom di hiroshima'.

Kami ambil Shinkansen Hikari jam 8.02 pagi sampai di station Hiroshima
jam 10.01, jarak antara Kyoto ke hiroshima 381 km.



dalam muzium hiroshima, dome asal salah satu bangunan yang selamat
masih tersimpan disini


Di pamerkan jam menunjukan waktu kejadian,
Jam 8.15, pada 6 ogos 1945.


Inilah bangunan yang terselamat pada kejadian dan masih di kekalkan
dan dijaga hingga kini, tapi domenya telah di ubah dan disimpan dalam muzium

ini gambar keadaan asal hari kejadian, bangunan yang terselamat itu
masih kekal ditempatnya hingga kini



ini model menunjukan bandar hiroshima sebelum di bom

ini model keadaan selepas bandar hiroshima di bom

dataran yang digunakan untuk memperingati peristiwa hiroshioma dibom,
setiap tahun pada 6 ogos diadakan majlis itu.




Hiroshima sekarang cukup cantik dan sungguh mempersonakan,
bangunan yang masih kekal berada disebelah kanan









Menepati Masa

Dalam surah Al-Asr, Allah bersabda...... ' Demi Masa'....Sesunguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, jadi begitulah pentingnya masa. cubalah menepati masa terutama bila kita berjanji.



Dalam Peribahasa Melayu di ibaratkan ' Masa itu Emas'.... jadi ada orang yang berhati2 mengunakan masa, takut kerugian, kerana emas melambangkan kemewahan.



Tetapi Pepatah Arab berkata ... 'Masa itu Ibarat Pedang' jadi pandailah2 lah menggunakan masa, jika salah gunanya, maka nahaslah di pancungnya.


Pandangan saya orang kita kurang mengambil berat tentang masa.....

(Contoh ) Bila ada sesuatu majlis (contoh majlis tahlil atau sebagainya), kita menjemput orang, datang la kerumah ada sedikit majlis tahlil, lepas Zohor contohnya,( waktu zohor 1.14 petang dan waktu asar 4.37 ptg) jadi agak2nya pukul berapa kita nak pi ke majlis tu? bila nak mula majlis tahlil tu. Pandangan saya lebih baik di tentukan masanya , katakanlah jam 2.00 petang jadi lebih mudah tetamu nak datang, tuan imam nak mula majlis pun senang tak payah tertunggu2.


Satu lagi orang kita tak pernah nak menepati masa, janji pukul 2.00 petang datangnya jam 2.30 ada jam 3.00 ptg, sebab kita dah biasa, kita tak takut rugi macam emas atau takut ibarat pedang, sebab tu ada kata2 'Janji Melayu' alah tak palah lambat sikit.


Jadi marilah kita berubah belajar menepati masa, jika berjanji jam 2.00 kita dah bersedia 10 / 20 minit lebih awal. Sesunguhnya memungkiri janji adalah salah satu sifat orang2 yang 'munafik' .

Sunday, December 18, 2011

Gunung Fuji @ Fujiyama @ Fujisan

Sebelum cerita lebih lanjut, inilah pas untuk naik train JR takkiralah train bandarke atau Shinkansen (train laju), Train Shinkansen ada banyak nama antaranya , Hikari, Sakura,Kodoma dll. tapi yang nama 'Nozomi' Tak boleh naik kena bayar tambah, sebab dia express, laju lebih kurang aje. JR pass ni kena beli sebelum datang Japan, ada 5/6 tempat kat malaysia jual Pass ni, harga dia bergantung laku berapa lama, 7 hari, 14 hari atau 21 hari, saya beli untuk 7 hari lebihkurang rm 1,200.00 itu ikut rm 40.10 @ 1000yen,( pada mula pikir2 juga berbaloike?, tetapi memang berbaloi) jadi saya menggunakannya se maksima yang boleh, saya aktifkan pass ni pada hari sabtu dan berakhir pada ahad berikutnya. distinasi pertama pi Kobe dan distinasi kedua keesokanya ke Gunung Fuji @ Fujisan.


Sebenarnya perjalanan ka Fujiyama ni yang lebih mencabar, sebab kami pi berdua saja, anak & menantu ada class, jadi perjalanan bermula, berdebar pun ada teruja pun ada, maklumlah tempat orang, tambahan depa tak tau bahasa Inggeris bahasa melayu lagilah, buat sikit kajian melalui google dengan bantuan anak & cik Harris kita.


(Depan rumah anak di Kyoto)

Bersiap sedia nak bertolak, kami keluar rumah jam 6.15 waktu kyoto ala2 sebelum subuh kalau kat sini, subuh kat sana jam 4.30 pagi lebih kurang, jalan nak naik bas depan rumah 6.25minit sampai bus stop, tunggu 6.30 naik bas pi station Kyoto, keluar awal sebab nak naik Train jam 7.45. Alhamdulillah ikut jadual , Pertama naik Shinkasen hala ke Mishima makan masa 2 jam 25 minit, iaitu setengah jam lagi sampai Tokyo, kalau dari Tokyo lebih dekat.



dalam train ni macam dalam flight juga ada makan2 cuma sini kena beli macam air asia.



Bila sampai Mishima kena tukar Train ke Numazu (10 minit perjalanan) tukar train lagi ke Gotemba (30 minit perjalanan) Dari Gotemba kami nak ke sebuah tasik di kaki Fujiyama iaitu Tasik Kawaguchiko.



Dari Gotemba naik bas pula berhenti2, 1 jam juga baru sampai Station Kawaguchiko, ada bas shuttle pusing2 tasik, itu baru sampai tasik tempat tinggal tak tau lagi.



Ada 2 plan asalnya, nak balik hari atau tidor disana, kira nasib saja sebab kami beranggapan hari kerja tak ramai orang, alhamdulillah memang tak ramai orang, adalah 1 hotel tu tepi tasik, biliknya mengadap Fujiyama, hargapun ok juga, jadi bermalamlah kami disini.


Bangunan 3 dari kiritulah hotel kamitu.


Sesunguhnya kejadian tuhan itu maha agong.





Berbezanya bila tengok gambar dan tengok 'live'







Kalau diperhatikan di belakang adalah taman' Thema' dikatakan 'Roller Coster' itu paling tinggi sekali.


Ini tasik sebelum sampai Tasik Kawaguchiko, tak ingatlah pula namanya, bayangkan besarnya kalau airnya pun biru, macam laut.






Berkata benarlah walaupun menyakitkan

Berkata benarlah walaupun menyakitkan. Iklan ni kalau kat masjid2 memang banyak, tapi berapa orang yang membacanya sampai habis, atau bila dah baca buat2 tak paham atau tak nak ambil peduli. (tambahan fatwa tu ditulis agak kecil) kalau tak percaya tengok pada hari jumaat, baru selesai sembahyang jumaat ada tu tak sempat keluar masjid dah nyalakan rokok



Kalau di Japan disediakan tempat merokok, jadi depa cari tempat khas untuk merokok
tak nampak orang2nya merokok sambil jalan



Saya ulang sekali lagi apa yang tertulis pada papan tanda diatas:
FATWA: "MEROKOK ADALAH HARAM DARI PANDANGAN ISLAM KERANA PADANYA TERDAPAT KEMUDARATAN" MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN KALI KE 37' 1995

Saturday, December 17, 2011

Satu hari di Osaka

Selepas 2 hari berada di Kyoto, pada pagi sabtu kami bertolak ke Osaka, lebih kurang 45 km. dari Kyoto, lebih kurang 1/2 jam dengan Express Train. Anak.... Mastura tak ikut kerana besoknya dia ada 'present.' jadi kami berempat saja, cuaca mendung sikit, kekadang hujan renyai2. beberapa tempat dapat kami lawati, Aiman tengak kusyuk tengok 'Penguin'





Ini samasa di Aqua. Osaka



Ada pelumbaan Penguin





Kat depan Universal Studio Osaka








Kat belakang tu penuh dengan mangga 'padlock' yang tertulis nama pemiliknya


dimana dikunci dengan mangga pasangannya, konon2 aku dah kunci hang,











Kalau kat bawah dah sejuk kat atas bangunan ni lagilah sejuk,


di atas ni dapat melihat keseluruhan bandar Osaka



Teknologi yang indah , jalan raya menembusi bangunan tu















sebahagian bandar osaka, depan station osaka