Wednesday, October 31, 2012

QURBAN TOK ASMA 2012 (27/10/12)

Alhamdulillah syukur yang teramat sangat segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, jam 8.00 pagi tanggal 27/10/12, Sabtu, majlis qurban bermula, dengan cuaca yang cukup baik, juga kehadiran saudara mara.

AKAD QURBAN SUNAT CUCU TOK ASMA


 AKAD QURBAN SUNAT ADIK TOK ASMA

 AKAD AQIQAH MENANTU/CUCU TOK ASMA (KAMBING)
AQIQAH KAMBING
QURBAN LEMBU PERTAMA

NI ANAK/CUCU TOK ASMA YANG TAKUT

DUA EKOR LEMBU QURBAN & I EKOR KAMBING
SEKOR DAH SIAP LAPAH



DIA NI SEKOR LEMBU TULANG DIA BALUN SORANG
CHEF OF D'DAY

DUA BERADIK

CHEF 'KAMBING'

SUP 'LAN KIAH' KG PERIT

NI BUAT KERJA KE GOSSIP
NI POSING KE BUAT KERJA

Thursday, October 4, 2012

QURBAN TOK ASMA KALI 3

SYUKUR ALHAMDULILLAH...........

Adalah seperti di persetujui sekeluarga, kita akan mengadakan acara qurban setiap 2 tahun, dan sentiasa diingatkan setiap awal tahun dan majlis ini bukan saja setakat memenuhi hari raya aidil adha tapi juga mengambil peluang mengumpulkan keseluruhan keluarga 'tok asma' memandangkan semua anak2 tok asma dah mempunyai keluarga sendiri, dan tinggal di perantauan, moga dengan acara ini kita sentiasa dapat mengeratkan kasih kekeluargaan.

Alhamdulillah akhirnya cukup sudah malah melebihi jumlah orang2 yang nak menyertai qurban 'tok asma' tahun ini, oleh kerana kita cuma menempah 2 ekor lembu saja jadi ada nama2 yang digugurkan, insyaallah masa2 akan datang kita cuba untuk buat 3 ekor lembu, cuma kerjasama semua adalah diperlukan untuk membuat pengesahan lebih awal. Terima kasih buat semua  pakcik2, makcik2, abang2, adik2, sepupu2, anak2 dan anak2 saudara yang memberi sokongan ini, moga allah jua membalas segala niat baik untuk berqurban dan beraqiqah ini juga pada mereka2 yang ada niat nak berqurban tapi tidak berkesempatan, moga allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya pada kita semua.

Dengan ini sekali lagi diingatkan dan adalah dijemput semua sekali lagi saudara2, kawan2 yang berkelapangan meraikan majlis qurban dan aqiqah pada 27/10/2012 bersamaan hari sabtu, @ 11 Zulhijjah yang juga jatuh pada hari kedua raya aidil adha@qurban@haji,Insyaallah seperti yang dimaklumkan tahun ini kita akan berquban dengan 2 ekor lembu dan seekor kanbing, acara akan bermula pada awal pagi, dialamat 80, Kampong Piew, Jalan Pegawai, Alor Setar,Kedah. (belakang rumah aruah tok asma) seperti biasa sarapan pagi disediakan insyaallah, gotong royong melapah dan mengedar daging2 qurban, majlis diteruskan dengan makan tengahari dengan sup daging qurban, insyaallah tahun ini kita ada apam balik dari pak chak, harap2 kereta dia muat untuk bawa balik perkakasannya. Insyaallah majlis kita akan diberkati allah.

Tahun ini agak unik sikit sebab orang2 yang menyertai qurban melibatkan 3 jenarasi, Adik beradik, Anak beranak dan cucu2 tok asma. Disenaraikan nama2 mereka yang menyertainya, cuma ada yang tak ada gambar dalam simpanan untuk disiarka.

Pada Pak Tua dan Mak Tua yang akan berangkat ketanah suci minggu ini sama2lah kita doakan moga diberikan kesihatan yang sempurna dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan di kurniakan allah dengan haji yang mabrur...amin.



MAK LANG
( MENANTU TOK ASMA )
 


WAN TAM & WAN TEH @ PAK CHAK
SAJA NAK TUNJUK DUA ORANG TAPI YANG MANA SATU....
WAN TEH AQIQAH SEKOR KAMBING
( CUCU TOK ASMA)
 



HARIS @ KAK YONG @ PAK LANG
(MENANTU/CUCU TOK ASMA)


 TOK CIK HALIM
 ( ADIK TOK ASMA)


 
  
  
 LONG TON 
 ( SEPUPU TOK ASMA ) 
 1 BAHAGIAN UNTUK ANAKNYA @ BANI
( CUCU SAUDARA TOK ASMA )
2 BAHAGIAN UNTUK ADIKNYA @ MAKNGAH MAH
( SEPUPU TOK ASMA )
1 BAHAGIAN UNTUK MAKMAH
( KAWAN BAIK ARUAH TOK ASMA )

CIK IDA DI GANTI OLEH ATIRAH
(ANAK ANGKAT CIK IDA @CUCU
ANGKAT TOK ASMA)


 
 PAK JANG MAN    
( ANAK TOK ASMA )

                                                                       FAUZIAH @ LANG
                                                              ( ANAK SAUDARA TOK ASMA)





AMIN @ PAK TUA
( CUCU TOK ASMA)


        
  PAK TAM NAN
 ( ANAK TOK ASMA ) 
 
 
                                                                    PAK NGAH ZAN
                                                               ( ANAK TOK ASMA )



YONG BESAR @ PAK CHAK 
( CUCU TOK ASMA ) 















                                            
                                                              

Sunday, September 30, 2012

BILA HUJUNG TAHUN .....

Bila hujung tahun telah tiba, ini bermakna demam peperiksaan telah tiba, PMR, SPM & STPM akan muncul minggu depan dan bulan depan, berbagai usaha telah dilakukan, (antaranya sembahyang hajat) baik bagi para pelajar maupun ibu bapa, agar hasil peperiksaan memuaskan dengan kejayaan, selain belajar bersungguh2 kita jangan lupa berdoa selalu pada allah, cuba kita amalkan seperti amalan yang pernah dinyatakan oleh tok2 guru yang selalu diamalkan oleh orang tua kita, ..... pada hari2 peperiksaan itu hendaklah ibu/bapa berpuasa sunat, ketika anak2 kita mula masuk dewan peperiksaan adalah disyorkan kita melakukan solat solat sunat sekurang2nya 2 rakaat diikuti dengan membaca ayat2 al quran, antaranya surah yasin atau yang popular adalah surah al kaffi, cubalah amalkan insyaallah hasilnya sungguh barakah. Apalah lagi yang boleh diusahakan melainkan berserah pada allah.

Monday, September 24, 2012

INGATKAN MATI


"Sesunguhnya bila datang tarikh lahir seharusnya ingatlah kita bila tarikh matinya..."

(al anbiyaa: ayat :35)
maksudnya:
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Antara hadis nabi:
hadis nabi SAW yg diriwayatkan oleh Abdullah B Abbas, "bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia dimuka bumi ini sebanyak 70 kali dalam sehari.

Jika berlaku kematian dikalangan kita lantas bertanya,"sebab apa sipolan itu mati, sakit atau kemalangan?".Tidak ramai yg mengaitkan kematian itu dgn kahadiran malaikat maut,sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar disekeliling manusia bagi mengenal pasti dan memerhati org2 yang tempoh hayat nya sudah hampir.

Namun ajal tidak mengenal orang sihat atau sakit maupun mewah atau miskinkah, muda apatah lagi tua, Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan,Bila ajal sudah tiba, kematian tidak tertangguh walau pun sesaat.

Firman Allah SWT didalam surah AL-A'raaf ayat34 yang bermaksud; "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengurdurkannya barang
sesaatpun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya"

"Jadi bertanyalah pada diri sudah cukup bekalan untuk dibawa atau sekurang2nya dah adakah bekalan untuk dibawa."

Pesan nabi:

Maksud hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi :" Banyak-banyaklah kamu mengingati sesuatu yang memutuskan Kelazatan (iaini Kematian)".

Untungnya orang ingatkan mati ada tiga:
1) dia ingin bertaubat,
2) tak mahu buat maksiat,
3) ingin memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT.

Ruginya orang yang lupa akan mati:
1) dia tidak mahu bertaubat atau menangguh-nangguhkan taubat,
2) tak mahu ibadat,
3) suka melakukan maksiat.

Antara perkara yang boleh menolong untuk mengingati mati ialah menziarahi kubur.
Sabda Nabi yang bermaksud: Ziarahlah kubur, kerana ianya boleh mengingatkan mati.

Dan sabda Baginda lagi
Ertinya: Dahulu aku tegah kamu dari ziarah kubur, sekarang ziarahilah. Kerana ianya boleh menzuhudkan pada keduniaan dan mengingatkan kamu kepada akhirat.
  
"Dan tiada seorang jiwa pun yang mengetahui di belahan bumi manakah ia akan mati (Luqman: 34)."

"Di mana saja kita berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh (An-Nisa:78)"

ANTARA TANAH PERKUBURAN YANG HARUS ZIARAH SELALU

"TANAH PERKUBURAN JALAN KUARI CHERAS"

"TANAH PERKUBURAN AKAR PELURU ALOR SETAR"


Saturday, September 15, 2012

MAJLIS QURBAN TOK ASMA 2012

QURBAN


Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

ANTARA SABDA2 RASULULLAH

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

MAJLIS QURBAN TOK ASMA 2012
 Asalamualaikum, adalah diingatkan , buat semua abang2, adik2, anak2, iparduai adalah dimaklumkan bahawa tahun ini, setiap 2 tahun akan diadakan majlis Korban Keluarga Tok Asma di Kampong Piew, Alor Setar. Kedah. Insyaallah tahun ini akan di adakan pada 27.10.2012 hari sabtu, hari kedua raya Korban. Tahun ini 1 bahagian berharga Rm. 420.00, harga mengikut tahun lepas rm 380.00 satu bahagian, ditambah rm 40.00 untuk buat sedikit kenduri dan upah2 yang perlu. . Seperti tahun2 yang lepas 1 ekor lembu sudah ada iaitu 1 bahagian bagi 8 orang anak2 tok asma, 1 ekor lagi untuk saudara2 termasuk anak2 cucu tok asma dan saudara2nya. . jadi sediamaklum boleh hubungi Cik Ida di alor setar bagi setiap urusan bayaran, terdapat beberapa lagi kekosongan. Insyaallah tahun ini kita akan qurbankan 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing (Pak Chak) Moga majlis korban kita kali ini diberkati allah, moga tahun ini juga kita dapat berkumpul sekali lagi anak, cucu, cicit tok asma. ( walaupun tahun ini Pak Tua dan Mak Tua tak dapat sertai kita pada tarikh tersebut kerana insyaallah akan mengerjakan haji tahun ini, harap ada anak2 Pak Tua dapat turut sama dalam majlis ini nanti) " Selamat berkorban dan Aqikah"
PENYEDIAN LEMBU UNTUK DISEMBELEH
LEMBU YANG TELAH SIAP DILAPAH

DAGING2 LEMBU DITIMBANG UNTUK DIAGIHKAN 

Saturday, September 8, 2012

2 MINGGU MELAYAN KERENAH CUCU

2 MINGGU MELAYAN KERENAH CUCU


Dah lama cucu2 tak balik Malaysia, Aidan tahun lepas balik lepas raya Aiman dah 2 tahun tak balik, last sekali jumpa mereka semasa melawat Japan November tahun lepas 2011, kebetulan kali ini emaknya ada seminar di Batu Peringgi, Penang, berpeluanglah balik raya tahun ini, kali ini kedua2 cucu balik, kasi kecoh semua orang ha.. ha… ha…, cakap melayu terbalik2, aiman dah besar sekarang dah 5 tahun, kalau dulu pantang jumpa padang mainan, nak main! nak main! sekarang dah ok sikit, aidan kalau malam dah oklah, kalau dulu pantang jaga malam cari mak dia, sampai pagi nangis cari mak dia, tapi sekarang ok peluk sikit diamlah dia, tapi kalau dua2 orang naik sheh! siap, semua naik angin.

KATA2 AIMAN YANG TAK DILUPAKAN " PURU KOTOR TAK CAKAP" DAN KATA2 AIDAN " TAK SAYANG AWAK "           

TUMPANG SEKAKI TOK @ TOK AYAH

 AIMAN

AIDAN
                NI MASA BAIK NAK PI RAYA KALI PERTAMA KE RUMAH NENEKNYA  DI KL                  

NI TENGOK.. TAK PERNAH TENGOK AYAM BERKOKOK, MASA NI DAH KAT ALOR STAR


TEMAN MAK DIA SEMALAM DI HARD ROCK HOTEL BATU PERINGGI, SEBELUM BAWA CUCU BALIK ALOR SETAR, MAK DIA 3 MALAM DISINI
AIDAN DAH TEWAS KESEJUKAN,
YANG NI AIMAN TAK TAULAH MANA MAI DIA PUNYA POWER, KITA KAT DALAM TU RASA2 SEMUA DAH KECUT.

BILA DAH SEJUK OK SIKIT BOLEH DUDUK DIAM2, KALAU TIDAK MACAM ABANG DIALAH.


AIDAN JANGAN MAIN2 BERANI MACAM ABANG DIA JUGA, MANA ABANG DIA PI DIA IKUT, TAK KIRA TEMPAT TU CETEK KE! ATAU DALAM.
KAT PUDU RAYA NAK HANTAR CIK IDA NAIK BAS, KESIAN AMAR NANGIS2 TINGGALKAN AIMAN/AIDAN


MELAYAN KEDUA2NYA NAIK LRT KAT KL, GADUH SANGAT NAK NAIK 'DENNSYA' MAK DIA ORANG ADA URUSAN DIBANK DAN TABUNG HAJI, TAPI MASA PI KAT PNB MAK DIA KAT KAUNTER PERTANYAAN TOK AYAH DENGAN AIMAN KAT KERUSI MENUNGGU, TIBA2 TAK SANGKA PULA KALI PERTAMA TU, DIA CARI TOK AYAH DIA, DIA PUNYA MENJERIT SEKUAT HATINYA DENGAN MUKA SENYUMNYA " TOK AYAH" 2 KALI PULA TU, PUNYALAH MALU,
KALAU NAK REHAT BAWA DEPA MAISINI, SELAMAT, DIA PUNYA MAIN....

AIDAN PUNYA ASYIK MAIN SELUAR TERLONDEH PUN DAH TAK SEDAR.

TANGGAL 5/9/2012 MAKA BALIKLAH CUCU2 KE KYOTO, UNTUK SETAHUN LAGI, INSYAALLAH MAKNYA AKAN HABIS PHD PADA OKTOBER 2013, SAMA2LAH KITA DOAKAN MOGA KEDUANYA HARIS DAN MASTURA HABIS PENGAJIAN DENGAN KEJAYAAN..AMIN.