Monday, January 2, 2012

Adab2 Menziarah Pesakit

Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.

Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).

Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud: “Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

Jika dihospital cuba hormatilah waktu melawat (jika hospital kerajaan tak jadi masaalah, sebab pengawal dah halau bila waktu dah habis, tapi kalau hospital swasta kita ikut suka saja, kat luar dah di tuliskan waktu melawat, kesian staff2nya kalau ditegur pasti melenting...) kesian para staff & doktor nak buat kerja, kesian juga para pesakit nak rehat2 tambah kalau 1 bilik kongsi 4 orang, kekadang pukul 10pm pun masih ramai lagi pelawat, bayangkan pelawat lebih ramai dari pesakit..oleh itu hormatilah waktu lawatan.

Juga jika dihospital hormatilah umur pelawat, dah dituliskan kanak2 10 tahun dilarang masuk ke wad,hospital kerajaan pengawal awal2 lagi dah halang tapi hospital swasta mak bapa dia bawa anak2 selamba saja dah tu tak dikawalnya, sebenarnya bukan saja dilarang anak2 ni ke wad takut bising saja tapi ditakuti anak2ni mudah jangkiti sebarang penyakit, sebab anak2 ni masih kurang daya tahan penyakit, tapi kita tak kisah..pikir2kanlah.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit,seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya:“Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]