Sunday, April 8, 2012

Kurban Tok Asma 2012 di Alor Setar

Majlis Korban 2 tahun lalu

2 tahun lepas 2 ekor dapat di korbankan

Asalamualaikum, buat semua abang2, adik2, anak2, iparduai adalah dimaklumkan bahawa tahun ini, setiap 2 tahun akan diadakan majlis Korban Keluarga Tok Asma di Kampong Piew, Alor Setar. Kedah. Insyaallah tahun ini akan di adakan pada 27.10.2012 hari sabtu, hari kedua raya Korban. mungkin ada yang beranggapan lama lagi, tapi perancangan adalah perlu, tahun ini 1 bahagian berharga Rm. 430.00, harga mengikut tahun lepas rm 380.00 satu bahagian ditambah rm 50.00 untuk buat sedikit kenduri dan upah2 yang perlu. ada 7 bulan lagi jika sebulan dikumpul rm 50.00 rasa2nya nanti bulan 10 dah cukup untuk satu bahagian korban. Seperti tahun2 yang lepas 1 ekor lembu sudah ada iaitu 1 bahagian bagi 8 orang anak tok asma, kita berharap tahun ini juga paling kurang 2 ekor lembu dapat dikorbankan. jadi sediamaklum boleh hubungi Cik Ida di alor setar bagi setiap urusan bayaran. Moga majlis korban kita kali ini diberkati allah, moga tahun ini juga kita dapat berkumpul sekali lagi anak, cucu, cicit tok asma. ( walaupun tahun ini Pak Tua dan Mak Tua tak dapat sertai kita pada tarikh tersebut kerana insyaallah akan mengerjakan haji tahun ini) " Selamat berkorban dan Aqikah"