Friday, September 7, 2012

UMRAH DIBULAN RAMADAN Part 4

Umrah di bulan Ramadan



Ketika di madinah atau dimekah tak kiralah diwaktu ramadan atau waktu2 lain maupun dimusim haji selain melakukan amal ibadah, seperti beriktikaf dimasjid, membaca al quran atau melakukan umrah sunat maupun tawaf sunat 7 kali pusingan mengelilingi kaabah, aktiviti sampingan adalah membeli belah atau jalan2 jamu mata didalam komplek disekeliling masjidil haram atau masjid nabawi selepas solat,kalau dulu2 banyak kedai2 atau gerai2 disekeliling masjid2 tersebut sehingga terkenal dengan ‘pasar zink’ kalau dimekah tapi semua itu dah tak ada, semua2 kedai2 tu dah masuk dalam komplek2 hotel, ada sedikit tip untuk membeli barang2 keperluan yang asas untuk dibawa pulang ke tanah air sebagai buah tangan,
DALAM KEDAI DI LADANG KURMA @ MADINAH

KEDAI2 DIPASAR KURMA @MADINAH

1. Buah Kurma adalah baik jika membelinya di Kota Madinah kerana banyak pilihan dan lebih murah jika dikota mekah, dari buah yang masih segar hingga yang telah dikeringkan, tapi hati2lah ada buah kurma yang dibawa masuk dari luar madinah dan menggunakan nama madinah termasuk juga buah kurma nabi ‘Ajwah’ untuk memastikan ianya buah baru koyakkan buah dan lihat kulit dalam masih putih atau dah lapuk. Dan jika dimadinah dinasihatkan membelinya di pasar kurma dari diladangnya kerana di pasar banyak saingannya jadi ada tawar menawar, apa2pun terpulang pada diri sendiri. Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam banyak hadis2 merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam

2. Jubah2 begitu juga lebih baik beli di madinah sebab lebih murah jika dibandingkan di mekah, kesukaan saya adalah jenama ‘al aseel’ kerana kain yang bermutu dan harga berpatutan biasanya mana2 kedai berharga 70 riyal (dimekah 75 riyal) lebihkurang 60 ringgit, saya syorkan kalau nak sedekah jubah biarlah yang terbaik, ini tidak. Tapi kalau nak kelainan sikit tempahlah jubah di mekah, harganya 100 riyal (83 ringgit) kita boleh pilih kain2 kesukaan kita, begitujuga design2 yang kita hendak, dah 2 kali berpeluang tempah jubah disana kebetulan mutawif hari tu semua bajunya adalah ditempah.Dia bawa kami pi tempah kedai kawan dia pak arab siap dalam 3 hari.

CONTOH JUBAH AL ASEEL 

3. ‘Habbatus Sauda’ atau black seed oil kalau di madinah harganya 20 riyal kalau beli banyak kuranglah sikit, kalau sampai malaysia dah jadi 45/50 ringgit. "Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

HABBATUS SAUDA BOTOL BARU

4. Minyak wangi memakai minyak wangi adalah salah satu dari sunnah nabi2, minyak wangi lebih banyak dijual di mekah dari madinah, macam2 jenis dan macam2 harga yang murah biasalah tahanlah beberapa jam kalau yang mahal sikit tahan lah satu hari atau lebih, jadi belilah ikut kemampuan dan selera masing2 ada bau yang tak boleh tahan tapi orang suka. Kalau nak sedekah kat orang biarlah yang baik sikit sedab baunya walau pun berharga 10/20 riyal atau 100 riyal. Rasulullah bersabda:Minyak wangi bg lelaki ialah yg harum baunya dan tersembunyi warnanya(spt kasturi),sdgkan minyak wangi bg wanita ialah yg zahir warnanya dan tersembunyi baunya(spt za'faran)

 YANG MAHAL BAU NYA TAHAN LAMA SIKIT

5. Madu kalau dimekah agak popular adalah madu yaman biasanya nya 500gm 200 riyal, Cuma jumpa satu saja kedai yang jual madu ‘timbang baru isi’ dalam bangunan al taqwa, yang lain2 dah siap dibotolkan. Daripada Aisyah r.a. katanya, “Madu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda, “Madu adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu dan al-Quran.”Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang makan madu tiga hari dalam setiap bulan, tidak akan tertimpa keatasnya bala yang besar.”

Rasa madu Yaman berbeza dengan rasa madu yang diimport dari negara lain. Madu Yaman juga dapat dibezakan dan juga dikenal pasti asal daerahnya dari warna dan bau. Darjah kelembapan dan kepekatan ekoran darin peratusan air adalah sangat penting dalam menentukan gred sesuatu jenis madu itu.

500GM RM 200 RIYAL


No comments: