Monday, February 11, 2013

BILA TAYAR KERETA BOCOR

Dah berapa kali anda menukar tayar kereta anda yang bocor.
Saya pasti ada yang tak pernah, baik lelaki atau wanita kita mesti sekurang2nya tahu bagaimana untuk menukar tayar kereta anda yang bocor, bila ini terjadi pada diri kita jangan sekali2 cemas, dinyatakan beberapa langkah bagi menjadikan menukar tayar ini menjadi mudah.
Jadikan kebiasaan anda selalu memereksa boot kereta anda, pastikan tayar gantian berada ditempatnya dan mencukupi tekanan anginnya, ada 'jack' kereta dan sepanar untuk membuka 'nut' tayar, jika ini semua atau salah satu tak ada adalah lebih baik tunggu pomen saja atau berdoalah agar ada hamba allah yang sudi berhenti untuk tolong, jadikan rutin ini sebaik2nya selepas anda menghantar kereta servis kerana adakala barang2 itu dicuri ketika kereta dihantar untuk servis dan lakukan juga pemeriksaan ini sebelum anda melakukan perjalanan yang jauh.
Jika berkelapangan cuba2lah untuk menukar tayar kereta anda.
BILA TAYAR DAH BOCOR:
1) Mula-mula buka bonet kereta, dan cari peralatan untuk menukar tayar seperti "jack", dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare. Dan juga parkir kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke,
2) Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada rim.
3) Longgarkan "nuts" pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkan ikut kaedah seperti dalam gambar.
4) Pasangkan "jack" untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan "jack" diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan "jack" masuk ke tulang kereta, rujuk pada gambar, pusing pemutar 'Jack' mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta terangkat dan mudah untuk dikeluarkan.
5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu bergantung pada kereta, ada yang kecil dan ada mengikut saiz sebenar.
6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali "nuts" dengan tidak terlalu ketat. Turunkan "jack", dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat,moga semuanya selamat, inshaallah.