Wednesday, September 18, 2013

'KHUF' @ MENYAPU KHUF

Bagi kita atau mereka yang tinggal dikawasan yang tiada musim sejuk atau salji...  kewajipan berwuduk mungkin tidak membebankan.....
Kita jarang mengamalkan... malah ramai yang tidak tahu keharusan menyapu diatas 'khuf' sebagai ganti membasuh kaki dalam berwuduk.....

Keempat2 imam mazhab yang utama menerima menyapu khuf sebagai 'rukhsah' (keringanan) yang allah SWT berikan kepada kita dalam semua keadaan...sama ada pada musim sejuk atau panas, ketika musafir atau bermukim, ketika sihat atau tidak....

Menyapu khuf adalah kemudahan yang diberikan terutamanya dalam musim sejuk, dalam perjalanan, pekerja2 beruniform seperti polis/askar dan sebagainya.....

SYARAT2 DIBENARKAN MENYAPU KHUF

1. Kedua2 khuf dipakai selepas   sesaorang itu berwuduk dengan sempurna. (Sunnah rasulallah sentiasa dalam keadaan berwuduk)

2. Hendaklah kedua2 khuf itu menutupi seluruh bahagian kaki yang wajib dibasuh dalam berwuduk. Iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.

3. Kedua2 khuf itu hendaklah kalis air kecuali pada bahagian jahitan.

4. Khuf tersebut hendaklah tahan lasak hingga membolehkan ia dipakai sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang musafir.

5. Bahan yang digunakan untuk membuat khuf ini hendaklah suci , kulit haiwan yang telah di samak.

6. Khuf yang dipakai hendaklah suci daripada najis.


Sapuan yang dituntut ialah menyapu air walaupun sedikit dibahagian atas khuf dan tidak memadai dengan menyapu dibahagian bawah.

JENIS2 KHUF


PERKARA2 YANG MEMBATALKAN WUDUK BAGI ORANG MENYAPU KHUF

1. TERCABUT.... Tercabut kedua2 khuf atau salah satu daripada keduanya.

2. TAMAT TEMPOH SAPUAN....sekiranya tamat tempoh itu ketika dia masih berwuduk, dia hendaklah menanggalkan khufnya dan membasuh kaki tanpa perlu berwuduk semula, tetapi jika dia berhadas kecil hendaklah berwuduk seperti biasa dengan membasuh kakinya.

3. DIWAJIBKAN MANDI ..jika berlaku perkara yang mewajibkan untuk mandi junub...dia hendaklah menanggalkan khuf dan mandi....kerana menyapu khuf hanya sebagai ganti membasuh kaki ketika berwuduk.

Sunday, September 8, 2013

QURBAN LEMBU TOK AYAH @ ROSSLI

Bila masuk Zulkaedah.... teringat kita musim haji telah tiba.... Jemaah malaysia dah mula berangkat ke Mekah/Madinah.... Insyaallah tahun ini atas permintaan akan di laksanakan qurban di Kg Piew , Alor Setar. Kedah, di namakan ' qurban tok ayah @ rossli'.

Tidak seperti qurban tok asma menjadi kewajipan pada keluarga tok asma setiap 2 tahun... qurban kali ini adalah yang pertama bagi mengisi qurban antara 2 tahun sekali qurban tok asma....

Insyaallah qurban tahun ini 1434 # 2013 akan diadakan pada hari raya kedua (16/10/13), raya haji di  jangka pada (15/10/13) Insyaallah seekor lembu akan di qurbankan...rasanya 1 ekor lembu dah penuh 7 orang...tapi buat saudara yang masih berminat sila hubungi cik ida @ alor setar.

TOK AYAH @ ROSSLI BIN ABU HASSAN
# Pekerjaanya adalah berniaga...pembuat 'apam balik'...hari2 biasanya berniaga di pekan 'nut' pekan hari...biasanya pergi berniaga selepas subuh baliknya ketika makhrib..antara pekan nut yang popular di kedah..simpang empat...tokai...guar cempedak.. di bulan puasa menjadi pembuat songkok yang popular dan menjualnya di pekan2 nut...
p
PEWARIS YANG TINGGAL (Hj Mohd Roslan Hj  Rossli) @ LAN KIAH KP (kampong perit, perak) Harap2 nanti ada cucu2 yang ambil alih..insyaallah

Thursday, September 5, 2013

DOA YANG TAK DIDENDANGKAN

Ada ketika...   kita lupa untuk mendoakan kepada sesaorang...terutama pada orang yang pernah kita panggil 'mak' dan 'ayah'...ia itu mertua kita.......

Kebiasaanya kita sentiasa berdoa pada mak dan ayah kita...terutama selepas solat...itupun bagi yang solat....bagi yang tidak..agak2 bila kali terakhir kita doakan buat kedua ibubapa kita.....

Tapi bagaimana pada mertua kita.....guru saya pernah berpesan kalau berdoa kepada kedua ibubapa mertua adalah lebih 'afdal' kita menyebut nama penuh mereka....moga2 doa kita dimakbulkan allah..amiinnn

DOA YANG KITA BIASA BACA SELEPAS SOLAT....KHAS BUAT KEDUA ORANG TUA KITA


" Ya allah kau cucurilah rahmatmu ke atas ke dua bapa mertua ku... Abdul Hamid bin Said dan Mohamad bin Jatin...


begitu juga pada ibu mertua ku...Aishah bt Ngah Mat Unah dan kau tempatkan mereka bersama sama orang yang beriman....amin