Friday, October 25, 2013

DOA BUAT...YANG DI KASIH

Surah Ghafir, Verse 60:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.......Hanya doa dari kami   

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

ya allah... ya razzaaq.... ya fattaah.
.. ya hayyu.. ya qayyum.. kau berilah ketenangan, kekuatan dan kesihatan yg sempurna buat anak2 hambamu mastura azmi dan harris ramli bagi menghadapi ujian yang terakhir dalam pengajianya...moga mencapai kejayaan yg cemerlang...tiadalah daya dan upaya tanpa  pertolongan mu ya allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



Hanya doa setiap hari dari kami....

Friday, October 18, 2013

KURBAN TOK AYAH @ ROSSLI 2013

Alhamdulillah.... dengan izinnya jua selesailah sudah majlis kurban Tok Ayah @ Rossli yang telah diadakan pada 16/10/2013 iaitu pada hari kedua raya haji.... pada mula agak mengusarkan juga dimana hujan tidak berhenti dari malamnya sehingga subuh... alhamdulillah jam 7 pagi matahari terus menunjukan wajahnya......

Adik beradik dan anak2 buah sarapan dulu sebelum majlis kurban dijalankan

Alhamdulillah...lembu yang akan dikurbankan


Di ketuai oleh Pak Su Khir, tukang sembelih Pak Cik Don dibantu oleh pak2 sedara..adik2 dan anak2 sedara.
2 periok sup daging kurban disediakan untuk majlis tengahari/petang ini.

Terima kasih pada semua yang terlibat..terutama Cik Ida orang kuat bagi setiap majlis yang diadakan di Kg Piew. Tidak lupa juga pada mereka2 yang mengambil bahagian dalam kurban kali ini.

Adalah diingatkan pada adik/abang...anak2 menakan tahun depan tahun genap... kurban Mak Tok @ Asma...satu bahagian kurban tahun ini telah mencecah rm 450.00...tahun depan mungkin cecah rm 500.00 jadi mulalah menabung dari bulan ini..insyaallah kita terdiri dari insan2 yang dirahmati allah...

Sunday, October 6, 2013

KL IPOH KL

Minggu lepas berpeluang mencuba keretapi letrik ETS (Electric Train Service) Kl ke Ipoh...track yang dah siap baru sampai Ipoh...nanti siap sepenuhnya sampai Kedah...
Al maklumlah dah lama tak naik keretapi kat Malaysia ni.....kita apa kurangnya dengan negara luar....
Kami keluar dari rumah sekitar jam 7.45 pagi...minum pagi kat gerai2 komuniti berhampiran station lrt bandar tun razak...selesai sarapan terus naik lrt...waktu puncak..sardin pun boleh bernafas lagi...rasa macam kat tokyo hari tu..cuma tak ada orang tolong tolak bagi sendat lagi..

Sampai masjid jamek tukar laluan lrt ke kl sentral...

Kl Sentral ni...ada 5 laluan keretapi melaluinya....1. Klia Transit/Express 2.KL Monorail 3.Komuter Rawang/Seremban/P Klang 4.  LRT laluan Kelana Jaya 5.ETS/Train Antarabandar.

Kaunter untuk train antarabandar...lain2 train kat tingkat lain..
Tempat menunggu gate B...untuk train antarabandar tiada ruang menunggu ditingkat bawah, Yg nak naik train saja boleh masuk.
Koc yang cukup selesa..Kalau hari Isnin hingga Khamis tak perlu tempah awal...tapi kalau jumaat hingga ahad tak tempah, maaflah.....penuh
Tandas yang cukup selesa...dan yang penting bersih....memang A lah
Station Ipoh...dah tak macam dulu2..bersih..
Perjalanan Kl ke Ipoh dengan Koc Gold 2jam 20 minit.Had laju biasa 125..kalau Koc Silver 2 jam 30 minit. rm 35 bagi gold koc dan rm 25 bagi silver. Bezanya silver koc berhenti lebih 4 station..koc gold 10 minit sampai awal dari silver.
Dari Kl jam 9 sampai Ipoh jam 11.20pagi pi makan tengahari nasi ganja..lepak jap kat Ipoh Mall, jam 3 petang bertolak balik kl...dari Ipoh ke Kl ramai orang, sekitar 80% tempat duduk dalam koc..dari Kl ke Ipoh naik Gold Koc..dari Ipoh ke Kl naik Silver Kov.