Monday, May 26, 2014

BIG BUS @ MUSCAT

Asalam.. moga kita semua sentiasa diberkati allah....
 
Hari tu pi jalan2 ke kota mascat.. lupa nak update dalam blog ni.. moga sedikit sebanyak mendapat kebaikan darinya...
 
Diberi kesempatan oleh penciptanya... melihat akan keindahan alam nya dan segala kejadian didalamnya... bermalam dikota muscat dalam daerah yang agak popular @Mutrah Souq..
 
Hotel penginapan.. Naseem Hotel.. betul2 dihadapan laut
 
 
Teman sepanjang perjalanan.. sambil menunggu ketibaan Bas..
Big Bus Tours..
 
 
 
Matrah Souq.. bersebelahan tempat kami menunggu tu..
 
 
Pandangan dihadapan kami..
 
 
Inilah Big Bus Tours @ Muscat... tentu dah ramai yang biasa naik.. Inilah kali pertama saya mengunakan perkhidmatanya.. Bagi pelancong yang datang berasingan.. bukan dengan agen pelancungan perkhidmatan ini adalah terbaik.. syarikat ni adalah syarikat antarabangsa.. seluruh negara ada.. antaranya.. kota london.. Paris... Budapest.. Hong Kong..Istanbul.. New York.. banyak lagilah.. googlelah sendiri.. kalau kat Muscat ni cuma 10 hentian saja dia behenti.. kalau tempat lain.. ada yg sampai 50.. jadi harga dia agak murah sikit.. sekitar 20 OMR.. kalau beli online dapatlah kurang 25%.. itu harga untuk 24 jam.. jadi boleh lah kita naik turun kat mana2 hentian yang suka... nanti saya nyatakan hentian yang dimaksudkan dengan gambar yang terhad ini..   
 
 
 Sementara tunggu bas.. juga menjadi satu tempat hentian adalah..
Hentian 1: 'Mutrah Suq' banyak barang2 cenderahati..
Kopiah Oman murah kat sini..

 
keadaan dalam 'Mutrah Suq'
 
 
 
Oklah bus dah sampai... oleh kerana kali pertama naik bas ni.. jadi terujalah juga..
kami beli tiket kat restoran dimana bus ni berhenti untuk hentian 1..
tiket dah beli semalam.. tak adalah diskaun 25%..
tapi tokey kedai tu bagi satu pepsi dengan 2 biji pisang.. alhamdulillah
  
Dalam bas kat bawah ada a/c. atas ada anginlah...
mat2 saleh banyak kat atas..
kalau musim sejuk bestlah kalau musim panas jangan cari pasal.. 
 
 
Semua krusi ada benda-allah ni.. pemandu pelancong bercerita..
ada 6 bahasa dari arab hinggalah itali...
 
Hentian ke 2 ( Bayt Al Falaj..)
kami tak turun sebab situ cuma ada Churches & Temple
 
 
 Pandangan sekitar perjalanan..
 

 
 
Hentian ke 3..( Hay As Saruj ) maaf gambar tak ada..
lupa sebab asyik ambil video..
ramai yang turun sini.. ada yang pi masjid Sultan Qaboos..
naik tranport lain... ada yang pi terjun laut..
al maklumlah tepi laut tak elok gambar nak dipamirkan..
Kat sini tepi laut.. ada banyak cafe.. ada shoping komplek lagi...
 
 
 Hentian ke 4. Shatti ( Hay Al Shatti) pantai yang bersih..
tak ada pokok untuk berteduh.. cuma ada cafe di seberang jalan..
katanya kalau hari minggu kat sini.. jumaat/sabtu.. sesak orang kat sini..
 
 
 
 open beach @ shatti...
 
 
 
Public Park...
 
Hentian ke 5. Al Qurm National Park ( Al Qurm )..
kalau musim panas petang2 oklah..
hari cuti memang ramai tempat keluarga anak beranak...
  
 
 Pandangan sekitar perjalanan..
 
 
Mercu Tanda bandar 'Ruwi"
 
 Hentian 6: Central Busines District ( Pusat bandar 'Ruwi' )..
dikatakan dulu adalah lapangan terbang bagi muscat..
kini merupakan daerah perniagaan bagi muscat..
 
 
 
Pandangan sekitar perjalanan..
 
 
Hentian 7: Parliament ( daerah Al Bustan )
 
 
Pandangan sekitar perjalanan..
 
 
Hentian 8Marina View ( Marina Bandar Ar Rawdah)..
berhenti atas bukit tengok laut luas terbentang.. keindahan marina...
 
 
Hentian 9Al Alam Palace ( @ Al Marani Fort )..
" Ceremonial palace of His Majesty Sultan Qaboos of Oman " 

 
Al Marani Fort
 
 
Hentian 10Al Bahri Road ( @ Al Corniche )..
dari sini boleh lihat keseluruhan kawasan Mutrah...
 
 
Kalau kita tak turun mana2 hentian.. 2 jam barulah sampai balik ke hentian mula tadi... selamat melancong...

 
 

 

Thursday, May 15, 2014

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU....
 
.. tiada apa yang mampu membalasnya.. pada allah jua kami berserah...
 
As salam.. moga semua berada dalam sehat2.. dan sentiasa dibawah taufiq dan hidayah allah.. terutama semua tenaga pengajar.. moga segala usaha diberkati allah..
 
"Segala puji bagi Allah, pujian mereka yang bersyukur. Semoga shalawat dan salam tetap terlimpah atas Muhammad SAW yang di utus sebagai rahmat atas seluruh alam, begitu pula terhadap keluarga dan para shahabat beliau serta mereka yang mendapat petunjuk dari beliau dan mengamalkan petunjuk beliau hingga hari akhir nanti "
 
Sempena memperingati hari guru ni.. kesempatan di ambil bagi memuliakan/mengenangkan guru mengaji al quran di kampong semasa zaman sekolah.. alhamdulillah dengan izinnya dapat mengkhatam al quran dengan beliau..
 

“Dari Anas RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Muliakanlah orang yang telah memberikan pelajaran kepadamu”. (H.R. Abu Hasan Al-Mawardi)
 
Dulu zaman saya.. tak ada sekolah agama sebelah petang.. jadi orang tua hantar pi mengaji al quran dengan sorang guru.. @tok gurulah.. " Tok Chah". seingat saya masa tu pun ianya ibu tunggal.. biasanya lepas zohor kami pi lah belajar.. tak jauhpun kampong seberang saja.. orang kata 'sepelaung saja'... menyusuri batas2 bendang..
 
Kampong cuma diseberang sawah padi...
 
Pembelajaran agama semasa dulu lain.. tiada yuran ditetapkan.. seikhlas/kemampuan keluarga nak bayar berapa.. bila sampai rumah Tok Guru bukan terus belajar mengaji.. di suruhnya menyapu sekeling rumah dulu.. atau angkat air.. ada ketika tolong mengisar tepong..  bila dewasa baru tahu kenapa disuruhnya membuat kerja2 begitu sebelum mula mengaji.. sayang tiada gambar nya untuk ditatap bersama... kini beliau sudah tiada.. moga rohnya ditempatkan bersama2 para shuhada'.. moga segala ilmu yang dicurahkan pada anak2 muridnya.. dibalas baik oleh allah...amin.
 
"BENIH YANG BAIK JATUH DI LAUT MENJADI PULAU...
JATUH DI BUMI MENJADI GUNUNG"
 


@ Pak Su
 
Seorang anak lelaki aruah yang mengikut jejak ibunya.. yang sentiasa membantunya mengajar kami zaman sekolah2 dulu... Hj Khamarudin Ahmad yang kami panggil "Pak Su" sekarang beliau telah membuka/mengetuai sebuah Sekolah Agama di Alor Setar. Kedah. Moga allah sentiasa memberkatinya... 

Saudara Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin
 
Mungkin ada yang mengenali wajah di atas.. inilah cucu pada Tok Guru saya.. semasa kecilnya berkesempatan belajar dengan neneknya.. 'Kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi'.. beliau adalah Juara Akademi Al Quran 3 @tv9. moga kejayaan beliau dapat menyambung perjuangan neneknya.. amin. 
 
" TERIMA KASIH ALAHYAHARMAH @TOK CHAH DAN @ PAK SU.. MOGA SEGALA  APA YANG DI AJAR.. ALLAH JUA MEMBALASNYA HINGGA KEAKHIR HAYAT.. TERIMA KASIH JUGA... KERANA ILMU YANG DI BERI MENJADIKAN AKU SEORANG ISLAM YANG BERIMAN.. INSYAALLAH "
 

Sunday, May 11, 2014

ISTERIKU JURURAWAT@MIDWIFE

 
 
 
SELAMAT HARI JURURAWAT.....
12 Mei Setiap tahun...
 
JURURAWAT mungkin dianggap kerjaya biasa yang tiada istimewanya. Sebab itu ada yang tidak menghargai atau menyedari kehadiran mereka sehinggalah salah seorang daripada orang yang kita sayang terlantar di hospital dan memerlukan jagaan rapi setiap ketika. Masa itu barulah kita sedar betapa mulianya mereka yang bergelar jururawat.
 
Mungkin ada yang akan berkata, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk merawat pesakit atau mereka dibayar untuk melakukan tugas-tugas tersebut, Namun realitinya tidak semua daripada kita sanggup melakukannya. Siapa yang sanggup bergelumang dengan nanah dan darah setiap hari. Terpaksa membersihkan najis serta luka pesakit yang ada diantaranya telah reput dan berbau busuk. Tetapi mereka yang bergelar jururawat rela mengetepikan semua itu.

kerjaya sebagai jururawat memerlukan pengorbanan yang begitu tinggi, mereka bukan sahaja bertanggungjawab menjaga pesakit malah perlu memberi layanan yang baik sehingga pesakit benar-benar sembuh.
Kesabaran menghadapi pelbagai ragam dan kerenah pesakit pada setiap hari bekerja adalah satu cabaran yang perlu ditangani di samping berperanan menangani kecemasan dalam semua keadaan yang membahayakan nyawa pesakit.
 
Peranan mereka bukan sekadar membantu doktor sebaliknya perlu melaksanakan kelancaran tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal dengan penuh profesional.
Tidak keterlaluan jika jururawat dikatakan berperanan dalam memastikan kelancaran tugasan doktor dan boleh dianggap sebagai tulang belakang kejayaan sesuatu operasi perubatan.
 
Bahkan kerjaya ini.. yang digelar juga bidadari suci .......
 

 
Dua nyawa perlu dijaga.. ibu dan anak..
 

Moga allah jua yang membalas keringat yang di korbankan...

 

Saturday, May 10, 2014

IBU @ MAK

Selamat Hari Ibu.. pada semua yang bergelar Ibu @ Mak... 

Tiap2 hari pun kita sayang mak.. kita sentiasa berdoa buat mereka sekurang2nya 5 kali sehari.. (bagi yang berdoa lepas solat.. kalau tak.. maaflah)

Tapi hari ibu.. satu hari khas bagi kita menyatakan lebihnya kasih kita pada mak.. macam2 cara orang memperingati akan kasihnya pada mak.. kata2 biasa.. 'saya sayang mak'.. 'moga mak diberi kesihatan yg baik' dan lain2 lagi...

Pernahkah kita memohon keampunan darinya... setahun sekali atau dua.. tu pun masa raya.. bagaimana masa2 lain.. sedar atau tidak kita banyak dosa dengan ibu bapa..

                                                       

Mari kita bermuhasabah diri ..
menilai setiap perbuatan kita bersama ibubapa..
 
DERHAKA...

Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar...

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.
 
Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.
 
Mungkin kita tak pernah memaki ibubapa kita... tapi kita memaki ibubapa orang..

Mereka bertanya “Wahai Rasulullah, apakah seseorang memaki kedua orang tuanya”. Baginda menjawab “Ya, ia memaki ayah orang lain, lalu orang lain memaki ayahnya, dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu memaki ibunya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Antara yang lain2nya......
 
Pernahkah kita meminta izin dari kedua ibubapa atas setiap tindaklaku kita..
 
Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”

.......meninggi suara pada ibubapa.... berdosa tu..

Surah Al-Isra, Verse 23:


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Pohonlah keredhaan kedua ibubapa...

Rasullullah S.a.w bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
 
Jaga dan belailah kedua orang tua....
 
Rasullullah S.a.w. pernah bersabda:“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.
 
Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.
 
 
 
 
 
 
 
                                                                                       


 
Bagi mereka yang kedua2 nya telah meninggal....
 
Hubungan di antara anak-anak dan kedua ibu bapanya tidak akan terputus dengan kematian ibu dan bapa. Anak-anak masih mempunyai tanggung jawab seperti berdoa untuk ibu bapanya dan melaksanakan segala amanah yang ditinggalkan.
 
Dalam satu hadis yang lazim kita dengar :
“Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berfaedah dan doa daripada anak yang soleh”
 
Selain berdoa, anak-anak juga bertanggung jawab untuk melaksanakan tanggung jawab ibu bapa yang belum sempat ditunaikan seperti melaksanakan nazar, mengqada’kan puasa, melakukan badal haji, melunaskan hutang piutang dan sebagainya.

Janganlah Sesekali Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa...
 
Rasulullah S.a.w bersabda:Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur.
 
Pada masa kini, kebencian seorang anak kepada ayahnya dibuktikan melalui pelbagai cara, tanpa sekadar mengubah nasab(kerabat). Ada yang menengking ayahnya, ada yang melarikan diri dan ada yang mengisytihar memutuskan hubungan dengan ayahnya. Semua ini dilakukan atas sebab-sebab remeh, antara yang paling lazim ialah berbeza pilihan kekasih. Tindakan ini dan selainnya termasuk kebencian kepada ayah yang dilarang dalam Islam. Melarikan diri atau memutuskan hubungan dengan ayah memiliki akibat yang amat berat di dunia dan akhirat.
 
Amaran Rasulullah S.a.w..
Tidak ada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah Ta‘ala ke atas pelakunya di dunia ini disamping apa yang disimpan bagi pelakunya di Hari Akhirat melainkan perbuatan memberontak (terhadap pemimpin) dan memutuskan silraturahim.
 
Tidak ada tindakan “memutuskan silraturahim” yang lebih berat hukumnya melainkan terhadap ibubapa sendiri. 
 
.... kita selalu teringat akan kedua orang tua yang telah tiada ....
 

Al Fatihah...
Jika ada pahala diatas segala kebaikan yg dilakukan... ku hadiahkan pada roh kedua2 orang tua.. moga rahmat allah sentiasa menyelimutinya... aminn..

Aruah Bapa... 1972 

 Ketika mengerjakan haji bersama mak.. 1991
  
Bapa.. meninggal 1972 ketika di bangku sekolah.. tiada berpeluang sekelumit mungkin untuk bersamanya ketika dewasa.. tapi kenangan bersama aruah bapa ketika mengikutnya berniaga apam balik di 'pekan2 nut'.. terbayang betapa susahnya.. bermain api ketika memasak apam balik.. mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak2... tiada gambar bersama aruah bapa... maklumlah zaman 70an...
 
Mak... meninggal 2005.. alhamdulillah diizin allah walaupun cuma sekecil zarrah.. mengerjakan haji bersama aruah mak pada 1991.. masih teringat ketika bertawaf.. beliau tak mahu ditolak dengan kerosiroda.. masih terasa akan ianya bergayut di bahu kiri.. dengan gigihnya menghabiskan 7 pusingan.. memenuhi hajatnya untuk bersolat di 'hijir ismail'.. dan bermalam di 'Masjidil Haram'... sesunguhnya itulah kenangan yang tak dapat dilupai...
 
 Moga roh kedua2nya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman... aminn.. alfatihah.
 

 
 
 

 


 

Wednesday, May 7, 2014

HIDUP INI HARUS DITERUSKAN...


KITA TAK AKAN BALIK KEMASA SILAM....


Kampong Piew sekitar 60an..


As salam.. moga semuanya berada dalam sihat2 adanya....

Saja dok saja2...  nak nyatakan yang kita boleh tengok masa silam.. 
tapi tidak bolih lihat masa akan datang...


Ini gambar masa tingkatan 5.. SMTC



Terimalah lah hakikat.. bahawa seindah mana masa lalu.. kita tak dapat melaluinya semula.. ibarat bayi yang baru lahir sesaat yang lalu dah tak boleh masuk kembali kedalam rahim ibunya...  

                                   
                                Ketika remaja.. 1977..
                               mula daftar kerja dengan DBKL 

Kehidupan ini harus diteruskan..walaupun kita tidak tahu apa yang akan jadi besok.. 

Surah Luqman, Verse 34:
........ Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Kehidupan ini harus diteruskan.. walaupun kita tidak tahu bila dan dimana kita akan mati..

Surah Al-Araf, Verse 34:
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

Kehidupan ini harus diteruskan..
Jika dari kecil hingga dewasa kita sentiasa dikendong ibubapa... setiap kita merasai zaman anak2.. pergi sekolah.. bermain dengan kekawan.. tempuh zaman remaja.. mengorat anak orang.. rioh satu kampong.. masuk zaman maktab atau universiti.. dengan lagak dan gaya.. kemudian masuk zaman kerjaya.. ada yang menganggor.. bila musim perayaan/keramaian balik kampong bertemu keluarga dan kekawan... itu belum masuk musim buah lagi... kemudian masuk zaman berkeluarga.. ada juga yang tiada.. begitulah seterusnya... tetapi akhirnya.. terimalah hakikat satu hari kita akan kehilangan semua itu.. semua kenangan akan sentiasa dirindui..

Suka tidak suka.. kehidupan ini harus diteruskan.. semua menjadi kenangan.. terimalah hakikat masa telah berubah... tiada lagi jalan2 balik dari sekolah disambut ibubapa... cuti2 bersama keluarga.. balik kampong dihari perayaan jumpa keluarga.. ada orang kampong dah tak ada.. (dah tukar jadi pekan).. kalau adapun yang tinggal cuma pusara..

 Imam Al-Ghazali menanyakan soalan kepada anak-anak muridnya :
" Apakah yang paling jauh? ". Pelbagai jawapan di berikan, namun Beliau menjawab.
" Yang paling jauh adalah masa lalu ( yg telah berlalu) ".

Kehidupan ini harus diteruskan.. Jadilah kita manusia yang cekal menghadapi segala cabaran dialam ini.. tiada tempat/siapa lagi yang kita bolih mengadu.. ALLAH jualah tempatnya.. jadikanlah kerinduan/kenangan masa silam sebagai satu kekuatan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan... jangan lah kenangan lampau mengusik jiwa.. menjadikan kita sentiasa pandang kebelakang.. merindui masa2 lampau yang pasti tak akan kembali..

Di ketika orang lain berjalan terlalu jauh ke hadapan, tiba-tiba kita masih berdiri di tempat yang sama dan berpatah balik ke garisan permulaan. Sedangkan garisan kemenangan di hadapan.

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati.. tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau diri terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini.

Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqash: Rasulullah Shalallahu Aalaihi Wassallam bersabda: “Di antara kebahagiaan manusia adalah menentukan pilihannya dengan Allah dan diantara kebahagiaan manusia adalah keridhuanya pada apa yang Allah tentukan. Dan di antara tanda kesengsaraan manusia adalah ia meninggalkan Allah dalam pilihannya. Dan di antara tanda kesengsaraan manusia adalah kemarahaannya pada apa yang Allah tetapkan atas dirinya” (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya, Hal: 3/377 hadis No: 1367).


Hari terakhir bekerja dengan DBKL..
 sebelum bercuti 7 bulan dan terus bersara..2014



Masa Depan Kita Di Hadapan, Melangkahlah Dengan Penuh Keyakinan...Yakin Bahawa Kita Umat Terbaik!






 

 



Saturday, May 3, 2014

SEHARI 24 JAM

As salam.. moga semuanya berada dalam sehat hendaknya.. ada orang bertanya.. bila isteri pi kerja.. hang buat apa.. tak jemuke... tambahan dah bersara... banyak masa kat rumah..

Sebenarnya.. jika diteliti.. tak cukup masa dibuatnya...

Saya ceritakan sedikit sebanyak aktiviti setiap hari dalam 24 jam.. bukan untuk menunjuk jauh sekali untuk riak.. jika baik jadikan lah ikutan tauladan.. jika sebaliknya jadikan sempadan... sesunguhnya yang baik itu dari allah.. yang jelik itu dari kelemahan saya jua..

Bukannya mudah untuk ambil keputusan untuk bercuti dan terus bersara.. ada orang lepas bersara.. lagi ligat dengan projek2nya.. lain orang lain caranya.. moga segala usaha kita diberkati allah..Bagi saya inilah projeknya.. bagi menuju usia ke 60 siri..

Dulu masa kerja... hari2 pikir kerja.. nak sampai pejabat sebelum 8.. jalan sesak... siang sebok.. malam pun sebok dengan kerja sambilan lukis pelan.... hidup di bandaraya... semua duit.. nak pi tandas pun kena bayar...

Alhamdulillah.. sejak Januari 2014.. dah mula bercuti tanpa gaji selama 7 bulan dan terus bersara bermula ogos 2014..(sebab nak option kena bagi notis setahun..) Terima kasih tak terhingga kepada Isteri.. kedua anak2 yang memberi sokongan... moga segala usaha diberkati allah... cuma pesan saya... rancang dan bersiap sedia sebelum ambil tindakan nak berhenti kerja... atau option awal... terutama tentang keewangan.... kalau kail panjang sejengkal.. jangan lautan dalam nak diduga...
 
 Firman Allah SWT.:

 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)

 Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
 
 
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
 
 
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

 
Kita mulakan dengan awal pagi.... pesan guru saya.. bangunlah awal pagi.. sekurang2nya 1.. 2  jam sebelum subuh.. mandi sebelum subuh.. (depa kata boleh awet muda) solat malam sikit.. tahajjut sikit.. taubat sikit.. hajat sikit.. tasbih sikit.. akhir dengan solat witir 3 rakaat... sebelum sembahyang subuh.. tok guru kata solat berjamaah adalah utama... ada 2 pilihan.. pi sembahyang dimasjid.. atau di rumah jadi Iman.. sampai bila kita nak jadi makmum saja.. Kalau dulu masa kerja tak terbuat benda ni semua.. saya tabik hormat pada yg kuat melakukannya diketika waktu masih berkerja.. (biarlah sedikit tetapi berterusan.. janganlah harini buat.. besok tidak ) saya tak terbuat.. malam dah tidor lewat nak siapkan drawing.. awal pagi sekitar jam 5 dah nak bangun.. nak urus anak pi sekolah.. siap nak pi kerja...  melainkan kita tidor siang kat office besok.. tu yang tak mau.. salah guna waktu pejabat..



Balik semula.. lepas subuh.. biasanya bacalah 1..2.. muka surat al quran dengan terjemahannya.. dulu masa kerja mana ada masa nak buat.. nak kejar pi office takut jam.. kekadang ada juga buat.. tapi boleh kira dalam sebulan... tapi inilah masanya.. bila dah masa kita yang mengaturnya... bila rajin lebih sikit.. jadikan amalan sekurang2nya 2 muka surat setiap hari tanpa terlepas... alhamdulillah setakat ini.. kekadang terasa berdosa bila tak membaca al quran... ambil peluang dengan i quran mengepos tafsir2 quran yang dibaca dalam muka FB.. moga usaha saya mendapat sedikit kerbekatannya.. saya pasti ada yang membacanya di muka FB saya.. moga kita mendapat keberkatanya..
 


Biasanya lepas subuh.. membaca surat khabar Utusan Malaysia yang dilangan melalui online yang sama bentuknya seperti hard copy sebernar.. dapat lagi mengikuti perkembangan di tanah air.. saya tak baca berita2 dari portal2 sosial yang banyak dilaman2 web.. sesunguhnya bila kita berada diluar.. kita tahu betapa hebatnya negara kita... 

Dah habis membaca baru fikir nak sarapan apa.. kalau dulu hobi bermain golf.. sejak 2005 saya dah gantong..bag.. kawan2 kata saya main golf 19 lubang.. alhamdulillah hobi sekarang adalah memasak.. habislah blog2 masak di google.. terima kasihlah pada penulis2 blog yang sudi menyiarkan macam2 menu resipi.. sebut saja semua ada.. moga allah memberkati mereka semua.. insyaallah 1 hari saya juga akan menulis menu yang saya masak sendiri..
 
antara menu "lamb shank berempah"


Kalau bulan 1 hari tu.. lepas sarapan boleh jalan2 "morning walk".. tapi la musim panas.. aktiviti tukar ke sebelah malam..

Sekitar jam 9.00 pagi dan 10.00 adalah waktu yang sesuai untuk solat Dhuha.. ketika bekerja dahulu ada juga melakukanya..  tapi tiada ketekunan... harini buat besok tidak.. tambahan rasa bersalah ketika itu adalah waktu bekerja.. suka atau tidak.. akuilah bahawa menjadi kesalahan menyalah guna waktu kerja.. maka inilah masanya yang tenang untuk melakukannya.. 2 rakaat..4 sehingga 12....

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


 
Sementara nak tunggu masak t'hari.. jika ada masa lagi.. kalau tidak lepas dhuhor... mendengar ceramah.. pengajian baca kitab melalui u-tube.. banyak ustad2 yang popular.. antaranya Ustad Kazim Elias.. Ustad Ismail Kamus.. Ustad Harun Din.. Ustad Dato Najmuddin.. Ustad Don.. Ustad Badli Shah.. ramai lagi ustad2 baik yang boleh di ikuti... atau lihat tv live dari mekah atau live ke masjid nabi di madinah.. sekurang2nya terubat kerinduan menziarahi ke dua2 rumah allah tu...


Sebelum Dzuhor.. atau selepasnya..  boleh lah tidor sekejap.. ambil sunah nabi.. 'Qailullah'..

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah" (Riwayat ai-Tabrani)







 
Kalau waktu kerja dah pasti kita tiada masa untuk melakukannya.. jika buat juga pastilah kita mencuri masa waktu kerja... susah nak jawab nanti.. didunia ni boleh la bagi macam2 alasan..

Kebiasaannya.. lepas asar tengok tv live dari mekah atau live ke masjid nabi di madinah.. atau tengok u-tube.. pengajian ugama baca kitab...  banyak ustad2 yang popular.. antaranya Ustad Kazim Elias.. Ustad Ismail Kamus.. Ustad Harun Din.. Ustad Dato Najmuddin.. Ustad Don.. Ustad Badli Shah..

Pandangan terkini di masjidilharam
 
 
 MALAM: Kebiasaannya kalau kat negara Arab ni.. malam baru hidup.. kalau pada siangnya tak sempat jalan2 ambil angin sekeliling taman....  kami lakukannya pada sebelah malam..  setiap minggu sekali atau dua kami keluar ke shoping komplek untuk menambah stok seminggu atau jalan2 tengok tingkap atau tukar2 selera makan kat luar..
 
 
Kebiasaannya sekitar jam 11.00 bersiap masuk tidur.. maka bermulalah pusingan hidup.. buat 24 jam dalam hidup ini.. marilah sama2 kita berdoa moga allah mengampunkan dosa2 kita..  buat kedua orang tua.. dosa anak2 kita.. keluarga2 kita.. kawan2 kita.. jua tak lupa jiran2 kita.. amin.. sebelum terlelap kebiasaannya kita terbayang bahawa banyak lagi yang perlu di pelajari..