Saturday, June 14, 2014

MERANCANG KE DUBAI...

Assalam semua.. Sesunguhnya kita merancang ... tapi allah jualah penentunya..
Perancangan nak ke Dubai dibuat 2 bulan lebih awal sebelunnya... tengok pakej2 yang ada dalam Internet.. boleh tahan juga harga2nya.. bukan nak booking pun cuma nak tengok tempat2 yang menarik untuk lawatan disana nanti.. Perbezaan antara melancong ikut agen2 atau sendiri2.. ikut selera masing2.. tapi kami lebih suka melancong ikut pilihan sendiri.. banyak yang boleh jimat dan kita boleh mengatur sendiri jadual kita.. tapi kena buat kerja rumah sikit.. itu yang mencabar.. kalau ikut agen pelancongan semua dah diatur.. ada ketika.. ada tempat yang kita tak nak pergi.. tapi kena ikut juga sebab biasanya agen2 akan membawa group2 yang ramai.. kecualilah kita berkemampuan untuk ambil persenal group.. sesunguhnya semua ini dilakukan dengan sedikit keberanian.. maklumlah nak pi tempat orang..
 
 
Gambar 'BURJ KHALIFA' yang pertama di ambil
dari arah laluan Metro Dubai ke Dubai Mall
 
 
PERANCANGAN KE DUBAI...
 
1. Nak ke tingkat 124 Pelantar Tinjau 'Burj Khalifa'.
2. Nak tengok 'Dubai Mall' yang katakan shoping komplek terbesar didunia.
3. Indahnya... 'Dubai Musical Fountain'.
4. Melawat.. Dubai Old Souk.. @ Textile Souk.. @ Gold Souk.. @Spice Souk
5. Burj Al Arab
6. Jumirah Palm Island.
7. The Emirates Mall.. yang katanya boleh luncur Ski di dalamnya.. 
8. Big Bus Tours Dubai.
dan ada beberapa option jika berkesempatan....
 
Itulah antara perancangan tempat2 yang nak dikunjungi semasa di Dubai..
Apabila pengesahan cuti telah dapat dari 9/6/14 - 12/6/14.. persiapan mula dilakukan...
 
Bab 1 Pengangkutan.
 
Naik bus atau flight.. dari Muscat ke Dubai.. naik bus sekitar 5 jam kalau naik flight 55 minit.. Kami memilih flight.. sebab cepat dan boleh lihat2 sekitar airport Dubai yang dikatakan macam shopping komplek... Biasanya syarikat2 penerbangan mengadakan tiket murah jika tempah awal melalui on line.. kita boleh mengupload syarikat2 penerbangan melalui 'play store'.. kami memilih Oman Air sebab boleh klaim 'Sinbad Card'. selesai satu bab tiket dah ditempah..
 
 Bab 2 Penginapan.
 
Kalau bab penginapan ni biasanya kami menggunakan 'Agoda'.. insyaallah harga yang ditawarkan paling murah.. (Dubai ni terbahagi pada beberapa daerah.. untuk senang kita bagi dua.. bandar lama.@Deira.. bandar baru @Burj Dubai.. kami memilih sebelah Deira sebab dekat dengan Dubai Old Souk.. banyak kedai2 lama.. dan hotel yang kami pilih dekat dengan stesen Lrt Metro Dubai.. kalau sebelah Burj Dubai.. semua hotel2nya adalah pencakar langgit..)  pengelaman2 yang lalu tak pernah mengecewakan.. sesampai saja di hotel yang ditempah biasanya semua telah siap..
 
Bab 3 Tempahan Tiket Masuk/Naik
 
Dimana saja.. biasanya tiket2 yang kita tempah melalui online akan lebih murah.. dari sampai distinasi baru nak beli.. 
Tiket untuk naik 'Burj Khalifah' kena book online.. itulah nasihat mereka2 yang telah kesana.. kita boleh rujuk.. 'Tripadvisor' ... kalau tidak.. bila sampai Dubai baru nak beli.. takut2 dah habis.. yang paling takut harga dia jadi 4 kali ganda harga biasa.. kalau beli melalui agen pun harga dia lebih tinggi dari harga biasa.. tapi ada juga yang tak dapat beli melalui online.. 'Big Bus Tours' tak dapat beli online.. beberapa kali cuba.. dok kata kad salah nombor.. tukar kad2 lain pun sama.. website lain ok je.. jadi tak dapatlah diskaun 15%..
 
Sila Ambil Maklum
 
Nasihat Kami.. kemana juga.. atau apa juga kemudahan yang kita perlu atau harapkan rujuklah dengan  'Tripadvisor' banyak tip2 yang diberi sebagai panduan.. atau masuk forumsnya untuk bertanya sesuatu yang kita mushkil.. ( sedih juga bila pelancung2 luar memberi komen tentang hotel2 dimalaysia.. terutama yang berada di Langkawi.. ada yang kata ada hantu.. kotor jangan cerita.. harap2 pengendali penginapan di Langkawi ambil perhatian.. bukan semua ada hotel2.. homestay.. yang bagus )
 
 
 

No comments: