Saturday, August 15, 2015

#SOLAT WAKTU DI MASJIDIL HARAM

 
 
Antara Imam @Masjidil Haram yang popular...
 
Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda               
"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal
daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain
kecuali Masjidil Haram di Mekah dan
satu sembahyang di Masjidil Haram pula..
lebih afdhal daripada 100000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
 
 Indahnya kalau setiap waktu kita dapat bersolat di Masjidil Haram...
sebelum ni ada diceritakan solat tarawih di Masjidil Haram..disini..
kali ni nak cerita pula bab Solat Waktu di Masjidil Haram..
solat waktu 5 kali sehari semalam... semua kita wajib mengerjakannya...
kalau di Masjidil Haram ni... kalau nak tengok orang berhenti bertawaf...
masa ni la.. kalau tidak.. tak berhentilah orang bertawaf....
baik tengahhari matahari atas kepala...
maupun dinihari... lagi meriah..
tapi anda percaya atau tidak...
ada orang tak bersolat walaupun ketika berada dalam masjidil haram...
diluar masjid jangan ceritalah..
 
ni gambar sepanjang syawal... masa ni saja orang tak ramai..
baru habis ramadan.. dok tunggu jamaah haji nak masuk...
tak ada visa umrah lagi.. cuma orang2 tempatan2 ja yang ada...
 
 
balik kita mula cerita solat waktu diMasjidil Haram..
disetiap kediaman @Hotel kita baik masa pi haji atau umrah..
mesti ada jadual waktu solat.. ditampal didinding2 atau dalam lift..
setiap minggu akan ditukar... tapi mesti ada yang tak perasan..
 
antara Muaazin di masjidil Haram
 
Solat Subuh
Ok kita mulakan dengan solat Subuh.. atau solat Fajr...
katakan lah masuk waktu jam 04.20 pagi...
lepas Muaazin azan saja.. 
adalah diingatkan dia akan iqamah 15 minit kemudian..
insyaallah.. jadi pandai2lah menyusun waktu...
( kalau di Oman dia Iqamah lepas 20 minit dia azan....)
kebiasaannya imam akan bersolat sunat didalam Hijir Ismail..
bilal akan iqamah bila imam dah berada di atas sejadah yang disediakan...
betul2 berada di tengah2 kaabah... 
antara Rukun Hajarul Aswad dan Rukun Iraqi
 
Solat Zohor
katakan lah masuk waktu jam 12.20 tengahari..
lepas Muaazin azan saja.. 

sama macam subuh dia akan iqamah 15 minit kemudian..

( di Oman dia tetapkan waktu solat zohor berjemaah jam 12.45..
tak kira masuk waktu zohor jam berapa sekalipun
tapi bila masuk waktu dia tetap azan macam biasa
cuma dia akan iqamah untuk berjemaah jam 12.45)
 
kecuali hari Jumaat... begitu juga di Oman..
sempatlah solat sunat 2 rakaat imam akan terus naik mimbar...


 
Suasana depan Kaabah semasa solat jumaat
dari tepi..
 
Suasana depan Kaabah semasa solat jumaat
dari belakang..
 
 
Ini suasana ketika solat Zohor di dataran (dari belakang)
antara Rukun Hajarul Aswad (kiri)
 dan Rukun Iraqi (kanan) akan dikosongkan..
ini menandakan imam berada dalam masjid
 ketika mengimamkan solat zohor..
ini pandangan ketika solat zohor saja..
waktu2 lain macam biasa iman akan berada di depan kaabah...
 
suasana solat zohor depan Kaabah (dari tepi)
 
Kedudukan imam ketika solat2 waktu yang lain..
(pandangan dari tepi) kecuali solat zohor...
 
Kedudukan imam ketika solat2 waktu yang lain..
(pandangan dari belakang) kecuali solat zohor...
 

Solat Asar

katakan lah masuk waktu jam 15.30 tengahari..
lepas Muaazin azan saja.. 
sama macam zohor dia akan iqamah 15 minit kemudian..

(tapi di Oman dia tetapkan waktu asar jam 16.15/16.20..
tak kira masuk waktu asar jam berapa sekalipun
tapi bila masuk waktu dia tetap azan macam biasa
cuma dia akan iqamah untuk berjemaah jam 16.15/16.20)
 
 
Polis pengawal....
sedang mengawal Imam ketika solat waktu..
 
setiap waktu...
sekurang2nya 10 polis mengawal keliling Imam..
6 orang selari dengan Imam di saf hadapan..
3 dikiri Imam dan 3 lagi disebelah kanan
dan 4 orang dibelakang iman.. disaf kedua
 
 
yang depan tu kira nasiblah.. dok tengok muka polis tu
dah kerja dia... nak buat lagu mana
 
Keadaan Kaabah di sebalik sana Imam..
( antara Rukun Syami dan Rukun Yamani )
setiap penjuru Rukun ada Polis mengawal..
termasuk dihujung Hijir Ismail
 
Solat Maghrib
katakan lah masuk waktu jam 18.45
lepas Muaazin azan saja.. 
adalah diingatkan dia akan iqamah 7 minit kemudian..
maghrib dia cepat sikit..
kan jarak solat Maghrib dengan Isyak agak dekat
insyaallah.. jadi pandai2lah menyusun waktu...
( kalau di Oman dia Iqamah lepas 7 minit juga
 tapi ada masjid 10 minit jaraknya )
 
 
Solat Isyak
katakan lah masuk waktu jam 20.00
lepas Muaazin azan saja.. 
adalah diingatkan dia akan iqamah 10 minit kemudian..
( kalau di Oman dia Iqamah lepas 20 minit dia azan....)
 
maka lengkaplah jadual solat waktu di Masjidil Haram..
adalah diingatkan.. insyaallah ketepatan waktunya...
dia tak akan Iqamah awal dari waktu yang dinyatakan..
kalau lewat pun sekitar 1 minit atas kelemahan manusia..
moga segala amal2 kita ditanah suci diterima allah..
 
Sedikit Panduan...
 
 
kawasan dalam Hijir Ismail akan dikosongkan ketika solat waktu..
ianya akan dibuka untuk jemaah sekitar 8/10 minit lepas solat waktu..
hanya satu pintu akan dibuka bersebelahan Rukun Syami
 
 
 
 satu lagi ada yang teringin nak cium 'Hajarul Aswad'..
kalau waktu biasa.. baik tak usah.. perkara sunat ja....
tapi berebut2.. tolak menolak... itu yang buat hilang pahala....
kalau dulu sekitar 70/80an.. masih mudah..
rajin beratur waktu siang masa umrah...  insyaallah boleh lagi.. 
tapi bagi lelaki.. ini tip dari saya kalau nak cium juga...
tanpa tolak menolak.. insyaallah..
dengan sedikit kesabaran dan doa.. insyaallah
begini caranya...
sebelum itu jemaah hendahlah pi beratur..
dibahagian  Rukun Yamani/Hajarul Aswad..
sambil2 berdoa.. baca2 al quran ka... berzikir ka...
kebiasaan nya bila nak masuk solat2 waktu 
subuh.. Maghrib dan Isyak...
sekitar 30/40 minit lagi nak azan...
pekerja2 pembersihan mula menutup Hijir Ismail..
kerja2 pembersihan dijalankan..
kemudian dikedua2 belah Kaabah..
antara Rukun Syami/Rukun Yamani dan

antara Rukun Hajarul Aswad/Rukun Iraqi...

biasanya di bilas dengan air ros yang wangi tu...
dan akhir sekali... disebelah Rukun Yamani/Hajarul Aswad..
pada masa ni lah biasanya...
 polis akan meleraikan jemaah yang berebut2 untuk mencium Hajarul Aswad...
untuk memberi ruang pada pencuci masjid melakukan kerjanya...
dan ketika ini juga biasanya insyaallah...
polis akan memberi peluang jemaah yang sebelum ini sabar beratur..
 disepanjang/selari dinding Kaabah untuk mencium Hajarul Aswad..
jangan lah ada yang cuba2 nak mencelah...
dihalaunya polis2 tu....
percaya dan yakinlah. insyaallah..
dengan izin allah jua kita dapat mencium Hajarul Aswad
tanpa perlu tolak menolak...
tapi buat lelaki jalah..

 

 


Hijir Ismail sebelah kiri dah ditutup...
sebelah kanan...Rukun Yamani/Hajarul Aswad..
polis dah mula mengarah jemaah untuk buat saf depan sekali...
nampak tak jemaah yang beratur selari dinding Kaabah...
mereka ini lah yang berpeluang sorang2 cium  Hajarul Aswad..
tanpa ganguan.. tanpa tolak menolak... insyaallah
 

 
zoom dekat sikit.... nampakkan..
tapi pastikan kita berada sama2 mereka yang beratur..
selari dengan dinding Kaabah... kalau barisan kedua.. tak jamin..
sebab bila masa suntuk polis akan hadkan pada
jamaah yang akhir didinding Kaabah tu saja...
Insyaallah moga2 segala amalan kita diterima allah..