1) Visa... perlu dipohon sendiri maklumlah perjalanan tanpa melalui agen pelancongan, lebih menjimatkan dan tidak terikat dengan jadual lawatan.
2) JR pass.. yang ni paling penting...istimewa untuk pelancong yang memasuki Japan..ia itu 'Tiket Keretapi' dengan pass ni kita boleh naik semua jenis train ' Japan Railway Group' terutama keretapi laju tu..'Shinkansen', kita boleh beli JR pass ni dalam tempoh 7 hari atau 14 hari..Saya beli untuk 7 hari saja ( Rm 9 ratus lebih kerana duit Japan murah sikit 2 tahun lepas harga dia Rm 1,200.00) dalam tempoh tu naiklah train tu berapa kali nak naik...nak pi mana Tokyo?...Nagasaki?..Hiroshima?...Osaka?..semuanya free..kalau tidak nak pi Tokyo saja satu hala saja Rm 400 lebih...
3) Yang penting tukar duit Japan..'Yen' 2 tahun lepas 100 yen dekat Rm 4.00 hari tu dapatlah 100 yen bersamman Rm 3.30 tapi sekarang rendah sikit lagi...jadi yang nak pi jepun bulan lapan nanti bolehlah tukar duit yen sikit2.
PERJALANAN KALI NI BERBEZA DENGAN 2 TAHUN LEPAS .. DULU KL KE TOKYO @ NARITA.. TAPI KALI NI KL KE OSAKA @ KANSAI TAPI KALI INI MASIH BERDUA JUGA, CUMA DAFTAR MASUK KALI INI KAT KL SENTRAL ATAU DIKENALI SEBAGAI 'KL CAT'
PERTAMA2 SEKALI MEMOHON VISA
KEMUDIAN BELI JR PASS..KAT SINI DIA BAGI RESIT SAJA NANTI SAMPAI STATION TRAIN KAT JAPAN BARU TUKAR KE PASS NI
SAMPAI JAPAN BARU TUKAR PADA PASS YANG BOLEH DIGUNAKAN..KITA BOLEH PILIH BILA TARIKH YANG KITA NAK MULA GUNAKAN DIA
BARANG2 YANG DIPESAN..SATU BAG DAN SATU KOTAK MAKANAN SAJA DAN BAJU SATU BAG SAJA
NASIB BAIK MAS SEKARANG..SORANG BOLIH BAWA BARANG 30KG... SELAMAT.
MASIH LAGI PERGI BERDUA...BILA DAH DAFTAR DI 'KL CAT' SYARAT DIA KENA BELI TIKET KLIA EKSPRES..JADI PI KLIA NAIK TRAINLAH..TAK PAYAH NAK ANGKUT2 BARANG.
TAK RAMAI ORANG GUNA TRAIN NI.. MUNGKIN RASA MAHAL.. TAPI 30 MINIT DAH SAMPAI KLIA... HARGA DIA RM 35.00
SETELAH MASUK KE TERMINAL UTAMA.. PASPORT TELAH DISEMAK MASUKLAH AWAL SIKIT BOLEH MENEKMATI KEDAI2 BEBAS CUKAI DI 'BANGUNAN SATELIT'
LIHAT FREE... KALAU NAK... KENA BAYARLAH
KATA ORANG 'HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG' TAPI PEMEREKSAAN DAN COP PASTPORT DI JEPUN NI MAKAN MASA LAMA ...SEJAM LEBIH JUGA BARU SELESAI...BERATUR MACAM ULAR... LENGOHLAHLAH BERDIRI...TAPI KALAU KAT MALAYSIA 10 MINIT SELESAI... BEGITULAH HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI..
SUASANA LUAR AIRPORT KANSAI..OSAKA
PENGHUBUNG ANTARA TERMINAL AIRPORT DENGAN STATION TRAIN
NAIK TRAIN LAGI.. DARI KANSAI @ OSAKA KE KYOTO.. 1 JAM LEBIH JUGA NAIK TRAIN RAPID NI.... TUAN RUMAH KAT STATION KYOTO SAJA
RUMAH ORANG JEPUN DISEPANJANG PERJALANAN
STATION TRAIN KYOTO ANTARA STATION YANG AGAK SESAK
OLEH KERANA BANYAK BARANG YANG DIBAWA KENALAH NAIK TEKSI...BERATUR PUNYALAH PANJANG...TAPI ORANG JEPUN NI..SATU YANG BAGUS SABAR SUNGGUH....
SAMPAI KYOTO DAH TENGAHARI...KAMI DIJAMU MAKAN NASI & KARI...
PERUT ORANG MELAYU...PERUT CAP PERIOK... MANA2 PI NAK CARI NASI JUGA....
OK SAMBUNG KEMUDIAN....DENGAN PENCARIAN BUNGA SAKURA.