Tuesday, December 20, 2011

Menepati Masa

Dalam surah Al-Asr, Allah bersabda...... ' Demi Masa'....Sesunguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, jadi begitulah pentingnya masa. cubalah menepati masa terutama bila kita berjanji.



Dalam Peribahasa Melayu di ibaratkan ' Masa itu Emas'.... jadi ada orang yang berhati2 mengunakan masa, takut kerugian, kerana emas melambangkan kemewahan.



Tetapi Pepatah Arab berkata ... 'Masa itu Ibarat Pedang' jadi pandailah2 lah menggunakan masa, jika salah gunanya, maka nahaslah di pancungnya.


Pandangan saya orang kita kurang mengambil berat tentang masa.....

(Contoh ) Bila ada sesuatu majlis (contoh majlis tahlil atau sebagainya), kita menjemput orang, datang la kerumah ada sedikit majlis tahlil, lepas Zohor contohnya,( waktu zohor 1.14 petang dan waktu asar 4.37 ptg) jadi agak2nya pukul berapa kita nak pi ke majlis tu? bila nak mula majlis tahlil tu. Pandangan saya lebih baik di tentukan masanya , katakanlah jam 2.00 petang jadi lebih mudah tetamu nak datang, tuan imam nak mula majlis pun senang tak payah tertunggu2.


Satu lagi orang kita tak pernah nak menepati masa, janji pukul 2.00 petang datangnya jam 2.30 ada jam 3.00 ptg, sebab kita dah biasa, kita tak takut rugi macam emas atau takut ibarat pedang, sebab tu ada kata2 'Janji Melayu' alah tak palah lambat sikit.


Jadi marilah kita berubah belajar menepati masa, jika berjanji jam 2.00 kita dah bersedia 10 / 20 minit lebih awal. Sesunguhnya memungkiri janji adalah salah satu sifat orang2 yang 'munafik' .

No comments: