Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

BALIK MALAYSIA SAT...

Sebulan tinggalkan Oman kejap... tak sempat nak update cerita.. KA EUROPE LAGI @BACKPAKER.. DAY: 4.. insyaallah lepas ni boleh sambung semula.. sebelum tu nak cerita balik Malaysia kali ni... banyak perancangan sebenarnya balik kali ni...
Kali ni pun naik flight agak berbeza walaupun syarikat yang sama Omanair.. kali ni tak ada direct flight ke Kuala Lumpur.. kena transit ke Singapore atau ke Bangkok.. tak tau apa sebabnya.. mungkin 'business strategy' kut.. apa pun dah nak balik kenalah laluinya... dari dalam fligft dah nampak KL tapi lajak pi Singapore.. lepak 1 jam naik balik KL.. dari KL sambung flight ke Penang... biasalah semua disana...

Balik kali ni rasanya agak sebok sikit... 
 
 
Satu antara tempat2 yang turut diziarah....
bila ziarah kubur.. ingatkan kita akan kematian...
moga roh2 mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
 
Dah veteran2 ni kena selalu kesini....
mengingatkan kita bahawa umur dah makin dekat ...
nikmat tuhan dah makin singkat....
kata guru... ingatlah... 4R
Mata dah makin KABUR...
Kulit dah makin KENDUR...
Rambut dah makin LUNTUR...
Gigi dah makin BERTERABUR...
 
 
Antara urusan balik kali ni.....
bila kita berurusan dengan pejabat kerajaan ini lah masaalahnya...
buruk yang dapat pemerintah juga... tapi kelalaian atas kita juga....
baru 2 minggu lepas hantar semua dokumen2 tu.. dah jumpa kerani bertugas dikaunter..
katanya ok. tunggu kelulusan saja... tapi yg dapat surat ni.. peringatan terakhir tu..
terpaksa lah mengadap sekali lagi... apa nak kata semua dokumen2 yang dihantar masih dalam bakul atas meja kerani tu... istifar banyak2lah... siap kata abaikan surat ini... tanpa mohon maaf.. moga allah mengampun segala kesilapan dia dan juga kita...
 
santai menyambut sinar mentari...
 
Balik kali ni juga berkesempatan melayan anak2 dan cucu2..
 
Kagum dia dapat pijak pasir...
 
...cari2 kawan kat group WhatsApp...
 
Sebelum cerita kekawan kat group WhatsApp....
alhamdulillah dapat menunaikan hajat kawan2 kat FB...
 yang jemput nak jumpa bila kita balik Malaysia...
terima kasih semua kerana sudi terima kami...
maaf gambar tak uploadkan.. penuh dalam blog nanti... tq
moga allah merahmati kita semua...
 
Aktiviti kali ni juga agak uniq... cari kawan2 kat WhatsApp.
nak cerita group ni... group Sahabat SMTC baru tubuh @8/2014
'Sekolah Menengah TelokChengai'. nama sekolah tu pun dah tak wujud lagi..
terima kasih pada Admin.. Baharin
41 tahun tak jumpa2.. ni kali pertama baru jumpa...
sebelah kanan Hulmi dah bersara... dan Jamil masih bekerja..
yang anihnya.. bila bubuh status ada di Alor Setar.. @minum pagi ?..
ini ja yg hadir... yang lain diam.. tak jawab2?.. mungkin tak popular di Kedah kut...
berbaik sangkalah mungkin mereka sebok...

Ha.. ni pula group yang sama.. SMTC.. tapi KL Chapter...
tq Choong @kedah mari.. Baharin (admin).. Karim & Kadir..
3 lagi tak mari.. satu jawab balik kampong... yang 2 lagi senyap?
Ahyat.. yg kat melaka talipon .. sorry jauh..
 

Aku kagum yang ni... Azizan.. @ Johor Baru.... group sama SMTC...
sms ja tanya dia kat mana... terus dia call tanya kita kat mana.. boleh jumpa ka?
yang ni berjumpa di Kulai Jaya Johor.... jauh tu
semua group ni tahun depan bersara wajib laa..... hahaha
 
Ini ja group SMTC yang dapat jumpa... cuba juga nak jumpa lagi 2 orang...
WhatsApp jawab... bila tanya kat mana boleh jumpa ka?.. terus diam?.. 
cuba talipon tapi tak angkat... satu kat Setiawan.. satu lagi kat Kulim..
berbaik sangkalah.. nombor tak ada dalam memori... takut orang nak jual barang2
moga allah memaafkan kita...
 
 
Ini umur ketika 18 Tahun...
 
Ini umur ketika 58 Tahun...hahahaa
Moga allah memberkati pertemuan ini... kat bandar penawar ni..
lama tak jumpa puluhan tahun juga... ni group CA 75/77 PUO..
depa kata macam Brorey... Ramli @Comot @ Rimau..
cuma tak jumpa Muridan.. dia ada mesyuarat luar daerah..

Moga allah memberkati jua pertemuan ini...
dulu kawan sepejabat.. dah pindah.. dah lama bersara..
la kawan baik FB.. alhamdulillah dapat juga jumpa..
 
...cari2 sedara mengiratkan tali kekeluargaan...
alhamdulillah.. balik kali ni... rasa2 dah pusing2 satu Malaysia... 
ramai juga sedara mara yang dapat jumpa...
yang tak berjumpa ampun maaflah..
kita cuma merancang tapi allah jua yang menentukannya....
macam2 kisah yang ada.. banyak2lah bersabar menghadapi ujian..
moga allah mengampun dosa2 dia.. juga dosa2 kita....
muhasabah diri ini...
air yang dicincang tak kan putus....
buanglah yang keroh.. ambillah yang jernih..
kita manusia.. sentiasa melakukan kesilapan....
Anak Rusa Nani...
Baru Tumbuh Ekor....
Apa dosa kami..
Lalu tak mau tegur...

AKHIR KATA AMPUN MAAF DARI SAYA....
ASSALAMMUALAIKUM!

 

 

 

 

Monday, December 1, 2014

SEBULAN SETENGAH DI MALAYSIA


Sebelum cerita bab cuti ke Europe.. nak cerita semasa cuti di Malaysia...

Sebulan setengah..... sekejap saja rasanya berada di Malaysia...
maaf pada kekawan.. sedara2 yang tak dapat berjumpa....
rasanya penuh aktiviti sepanjang berada di Malaysia.....
 
 Jumpa budak2 ni...
@cucu 3 abdul... Aiman.. Aidan... Aidin
 
 
 
Raya Qurban Pertama 
di Masjid Kampong Perlis @ Balik Pulau Penang
 

Raya Qurban kedua
Qurban Keluarga di Kg Piew @ Alor Setar Kedah
 
 Menghadiri majlis Convo anak buah di UTHM..
Batu Pahat @ Johor...
Tahniah Zulfadhli Osman

 
 
Bercuti di Johor @ JPO (Johor Premium Outlet)

Dari Penang balik KL... saja naik flight Airasia sebab nak turun KLIA2...
Merasa menggunakan KLIA2 yang baru dibuka.....
menjadi kebanggaan dengan airport yg cantik..
makanan2 yang sedap2.. biasalah harga airport...

Kemudahan yang cukup selesa.....
 
Depa kata jauh berjalan nak ke pintu masuk flight.....
depa belum rasa lagi jauh airport orang....
Berbangga dengan kemudahan Airport negara kita...
 
Hari terakhir di Malaysia.... 24.10.2014...
Flight Oman Air terus ke Muscat Oman..dari KLIA..
7 jam perjalanan lebih kurang...
Terima kasih pada yang sudi menghantar...
anak2... adik2... ipar duai.. insyaallah jumpa lagi

 Haa.haa anak2 dan cucu...
yang lain kena tinggal sebab tak muat.....
 
Ni gambaran Muscat Airport yang baru....
sedang giat dalam pembinaan....
Insyaallah akan dibuka pertengahan 2016 katanya...

Ini Airport yang ada sekarang....
turun flight kena naik bas...
macam Airport Subang dulo2...
 
Pengankutan Awam yang ada cuma Teksi saja...
kalau naik Airport Teksi ka tempat yg didiami @Alhail...
OMR 8.00... (omr 1.00 bersamaan rm 8.50) kalau nak murah sikit..
keluar saja dari airpot jalan ke seberang jalan..
ada banyak pemandu2 teksi bandar tengah cari penumpang...
kalau pandai menawar boleh dapat separuh harga....
jangan risau.. kebanyakkan pemandu boleh berbahasa Inggeris..
INSYAALAH JUMPA LAGI....
 
 
 

Saturday, December 31, 2011

Hujan Emas di Negeri Orang

Sambung balik... hari terakhir di Jepun, oleh kerana flight balik dari narita ke kl, maka kami terpaksa patah balik ke Tokyo dari Kyoto, flight jam 230 petang. sabtu, jika bertolak dari Kyoto pada hari yang sama ditakuti kelamkabut kerana train awal dekat jam 7 pagi sampai Tokyo agak2 jam 10.00 nak cari train pi narita perjalanan 1 jam lagi, daftar masuk antarabangsa 3 jam. jadi kami datang Tokyo satu hari awal ke Tokyo dan tidor di Narita, jadi agak ada masa nak round2 Airport Narita.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap
negeri sendiri lebih baik lagi. Begitulah peribahasa lama walaubagaimana pun banyak kebaikan yang boleh dipelajari antaranya sikap orang2 jepun...tentang kebersihannya...kesabarannya..

Insyaallah ditakdirkan kami akan datang sekali lagi ke Japan,(Berjalanlah dimuka bumiallah ini dan lihatlah Kejadiannya), terima kasih yang tak terhingga buat Mastura, Harris, Aiman & Aidan maaflah tok ayah tak pandai cakap jepun macam cucu2 tok ayah.



pandanagan dalam Airport Narita Terminal 2
Kedai2 dalam Airport

Sunday, December 18, 2011

Gunung Fuji @ Fujiyama @ Fujisan

Sebelum cerita lebih lanjut, inilah pas untuk naik train JR takkiralah train bandarke atau Shinkansen (train laju), Train Shinkansen ada banyak nama antaranya , Hikari, Sakura,Kodoma dll. tapi yang nama 'Nozomi' Tak boleh naik kena bayar tambah, sebab dia express, laju lebih kurang aje. JR pass ni kena beli sebelum datang Japan, ada 5/6 tempat kat malaysia jual Pass ni, harga dia bergantung laku berapa lama, 7 hari, 14 hari atau 21 hari, saya beli untuk 7 hari lebihkurang rm 1,200.00 itu ikut rm 40.10 @ 1000yen,( pada mula pikir2 juga berbaloike?, tetapi memang berbaloi) jadi saya menggunakannya se maksima yang boleh, saya aktifkan pass ni pada hari sabtu dan berakhir pada ahad berikutnya. distinasi pertama pi Kobe dan distinasi kedua keesokanya ke Gunung Fuji @ Fujisan.


Sebenarnya perjalanan ka Fujiyama ni yang lebih mencabar, sebab kami pi berdua saja, anak & menantu ada class, jadi perjalanan bermula, berdebar pun ada teruja pun ada, maklumlah tempat orang, tambahan depa tak tau bahasa Inggeris bahasa melayu lagilah, buat sikit kajian melalui google dengan bantuan anak & cik Harris kita.


(Depan rumah anak di Kyoto)

Bersiap sedia nak bertolak, kami keluar rumah jam 6.15 waktu kyoto ala2 sebelum subuh kalau kat sini, subuh kat sana jam 4.30 pagi lebih kurang, jalan nak naik bas depan rumah 6.25minit sampai bus stop, tunggu 6.30 naik bas pi station Kyoto, keluar awal sebab nak naik Train jam 7.45. Alhamdulillah ikut jadual , Pertama naik Shinkasen hala ke Mishima makan masa 2 jam 25 minit, iaitu setengah jam lagi sampai Tokyo, kalau dari Tokyo lebih dekat.



dalam train ni macam dalam flight juga ada makan2 cuma sini kena beli macam air asia.



Bila sampai Mishima kena tukar Train ke Numazu (10 minit perjalanan) tukar train lagi ke Gotemba (30 minit perjalanan) Dari Gotemba kami nak ke sebuah tasik di kaki Fujiyama iaitu Tasik Kawaguchiko.



Dari Gotemba naik bas pula berhenti2, 1 jam juga baru sampai Station Kawaguchiko, ada bas shuttle pusing2 tasik, itu baru sampai tasik tempat tinggal tak tau lagi.



Ada 2 plan asalnya, nak balik hari atau tidor disana, kira nasib saja sebab kami beranggapan hari kerja tak ramai orang, alhamdulillah memang tak ramai orang, adalah 1 hotel tu tepi tasik, biliknya mengadap Fujiyama, hargapun ok juga, jadi bermalamlah kami disini.


Bangunan 3 dari kiritulah hotel kamitu.


Sesunguhnya kejadian tuhan itu maha agong.





Berbezanya bila tengok gambar dan tengok 'live'







Kalau diperhatikan di belakang adalah taman' Thema' dikatakan 'Roller Coster' itu paling tinggi sekali.


Ini tasik sebelum sampai Tasik Kawaguchiko, tak ingatlah pula namanya, bayangkan besarnya kalau airnya pun biru, macam laut.






Saturday, December 17, 2011

Satu hari di Osaka

Selepas 2 hari berada di Kyoto, pada pagi sabtu kami bertolak ke Osaka, lebih kurang 45 km. dari Kyoto, lebih kurang 1/2 jam dengan Express Train. Anak.... Mastura tak ikut kerana besoknya dia ada 'present.' jadi kami berempat saja, cuaca mendung sikit, kekadang hujan renyai2. beberapa tempat dapat kami lawati, Aiman tengak kusyuk tengok 'Penguin'





Ini samasa di Aqua. Osaka



Ada pelumbaan Penguin





Kat depan Universal Studio Osaka








Kat belakang tu penuh dengan mangga 'padlock' yang tertulis nama pemiliknya


dimana dikunci dengan mangga pasangannya, konon2 aku dah kunci hang,











Kalau kat bawah dah sejuk kat atas bangunan ni lagilah sejuk,


di atas ni dapat melihat keseluruhan bandar Osaka



Teknologi yang indah , jalan raya menembusi bangunan tu















sebahagian bandar osaka, depan station osaka