Thursday, July 3, 2014

BERPUASA DAN QIAM @ BERTARAWIH DI OMAN

BILA MULA BERPUASA....antara ayat yang selalu dibaca tuan2 imam..
 
Surah Al-Baqara, Verse 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Bila puasa ingat Tamar @ Korma.. Fresh Tamar...
alhamdulillah tahun ni tak beli tamar... jazzakallah

Depa kata semua pokok tamar tepi jalan awam...
sapa2 pun boleh ambil makan..
 
 Berpuasa di Oman kali ini agak panjang masanya...
Imsak sekitar 3.45 pagi dikala subuh jam 3.55 pagi...
manakala berbuka jam 7.03 petang...
Perbezaan ketara berpuasa di sini...
semua kedai makan tutup dalam bulan puasa..
tak kira kedai makan muslim atau non muslim..
Baik kedai makan di taman2 perumahan atau dalam bandar..
apatah lagi foodcourt dalam shoping komplek..
(kalau kat malaysia ada kedai tutup depan... tapi buka belakang..)
sekitar jam 5.00 petang baru buka berjual untuk orang berbuka...
tak nampak saorang pun.. non muslim makan di khalayak ramai...
patuh sungguh depa....
 
 

sementara pejabat buka jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang saja
 
 
teringat kali pertama berbuka puasa di perantauan..
2 tahun lalu di masjid nabi @madinah..ogos 2012
air zam2 + buah tamar + yoghurt + dukkah + roti
 
 kini sekali lagi berpeluang berbuka seperti itu...
@susu yg agak pekat macam dadeh.. masam2 sikit..
pada mulanya tekak ni tak boleh terima...
tapi di ajar bagaimana untuk menyedapkannya..

 Tabur buah tamar segar atasnya...
ditambah serbuk dukkah... sedap jangan cakap..
sebab tu rupanya orang arab sukakannya...
selain sunnah... ianya sebenarnya menyejukan suhu badan..
tak percaya cubalah..
sebabtu orang sebelah sini depa boleh tawaf tengah2 panas...
 tambahan minuman wajib bagi depa.. Laban..

yang ni pun tekak tak berapa nak mau..
susu pekat.. masam2 sikit @ fresh Laban
 
 dah dok sini kenalah belajar makan ala2 sini...
ada orang ajar nak minum laban campur dengan jus..
tak kiralah apa2 jus yang kita suka...
nak cerita mai.. posa2 ni sedap gila... cuba hangpa trai tengok..
baik sangat untuk kawal suhu badan.. insyaallah
menu makan lain kena masak sendirilah..
kalau tak.. makan lah samosa ka.. dosa @tosei ka..
kebab ka.. capati ka.. nasi beriani ka.. tu kalau boleh terima hari2..
 
DAH HABIS BAB PUASA.. BAB TARAWIH PULA.. 

Orang Oman kebanyakan bermazhab Ibadhi... @75%
tidak mengangkat tangan ketika mengangkat takbir..
 
Agak berbeza dengan kat malaysia.. bagi waktu solat insyak..
biasanya perbezaan jarak waktu antara makhrib dan insyak adalah..
1jam 20 minit lebih kurang..
tapi kalau sini di panjangkan... di lewatkan lagi 30 minit..
jadi sekitar 1 jam 50 minit.. tapi kalau di Mekah ditetapkan 2 jam..
jadi ada banyak masa kalau kita berbuka di masjid..
kemudian balik makan dirumah dan bersiap untuk solat insyak..
apa yang kami perhatikan kita tak terkocoh2 nak kejar balik kemasjid...
patut kat malaysia buat macam tu.. santai2 ja..
semua masjid kat Oman ni boleh dikatakan ada aircont...
jadi solat didalam nya cukup tenang...

 Masjid Hidayah @Al Hail South..  masjid yang paling hampir dengan kediaman..
4 minit jalan kaki sampai.. 4 penjuru keliling kediaman kami ada masjid..
paling jauh jalan 10 minit sampai..
 biasanya lepas solat waktu imam bacalah doa pendek sikit...
macam saya kata tak jumpa lagi dibaca doa khas untuk ibubapa...
 macam kita dimalaysia...
Disini depa buat 8 rakaat solat Qiam Ramadhan @Tarawih...
diikuti 3 rakaat solat Witir dengan 1 salam saja...
tak macam kita 2 salam biasanya..
ada doa sikit antara 4 rakaat... tak ada bertasbih jerit2 macam kita..
doa agak panjang selepas solat Witir..
yang paling ketara perbezaannya... bila imam habis baca doa lepas Witir...
dia bangun.. terus kekanan.. hujung saf depan.. bersalam dengan para makmum..
diikuti makmum yang lain2 dibelakangnya... kalau kita biasanya para makmum pi nak bersalam dengan imam... itu pun kalau rajin...
suasana dalam masjid tenang tak ada budak2 dok main atau berbual2..
cukup selesa... dengan bacaan iman yang merdu @pak arab katakan...
shukur.. alhamdulillah..