Wednesday, March 18, 2015

BALIK CUTI KE MALAYSIA KALI INI...

Dah 1 bulan balik Oman... tak berkesempatan nak update blog ni.... banyak benda nak buat... terutama nak urus cuti yang akan datang...
Balik malaysia kali ada beberapa perkara yang penting nak diuruskan.. alhamdulillah segala urusan dapat di sempurnakan...
Sesunguhnya... allah telah menentukan segalanya.....
Balik kali ada sesuatu yang terjadi... ianya cukup mengembirakan dimana kami ditemukan dengan kekawan yang lama di cari iaitu kekawan sekolah menengah dulu.... 
kami berpisah sejak tingkatan lima 'Sekolah Menengah Telok Chengai @SMTC' tahun 1974.. 
Kebetulan ada jemputan majlis Perkahwinan anak salah saorang rakan Salleh Ariffin @pak Leh di Ulu Langat... dimaklumkan telah ada group wassap SMTC 1969-1974 yang baru dibuka pada bulan 8/2015.... jenuh dok imbau kembali... almaklum dah hampir 41 tahun tak jumpa... lepas2 sekolah masing2 bawa diri.. langsung hilang walaupun ada yg berhubung terutama yang sekampung.... 
Sejak itu sampai la tak jumpa..
 masing2 ada yang tak kenai pun ada maklumlah 41 tahun... banyak yang berubah..... termasuk paras rupa... kalau jumpa tepi jalanpun rasanya dah tak kenai... almaklumlah ingatan pun dah mula pudar...
Ini kali pertama jumpa...
 selepas sekolah keluar SMTC 1974....
dari kanan... Mohd Ahyat... Karim.. Salleh... Yusoff.. Abdul Kadir..
ni geng @SMTC KL Chapter

Ni geng @SMTC A/Star Chapter....
dari kiri Cekgu Choong dan Ariffin...
 
 
Lepas perjumpaan ni dah bertambah geng group Wassap SMTC.... 
beberapa perjumpaan telah depa buat...  insyaallah ditakdirkan umur panjang kita berjumpa lagi.... 
mungkin satu perjumpaan reunion dapat dibuat.