Friday, August 17, 2012

UMRAH DIBULAN RAMADAN Part 3



Umrah di bulan Ramadan

3 perkara yang ada pada umrah dibulan ramadan,
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.
3. Bersembahyang Tarrawih di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan.
BERBUKA KETIKA BARU SAMPAI DI JEDDAH, DITERMINAL HAJI JEDDAH, SEBAB SEMUA JEMAAH VISA UMRAH DITURUNKA DISINI, MUNGKIN PAK ARAB BUAT PERSIAPAN UNTUK MENGGUNAKANNYA KETIKA MUSIM HAJI NANTI


ALHAMDULILLAH PADA HARI JUMAAT BERADA DI MADINAH PINTU PAGAR UNTUK PERKUBURAN BAQI' DIBUKA DISEBELAH PAGI SEBELUM JUMAAT. KALI MPERTAMA BERPELUANG MASUK.



INI PINTU 'BAB SALAM' MASJID NABAWI, KITA SEHARUSNYA MEMASUKI PINTU INI BILA KALI PERTAMA UNTUK ZIARAH MAKAM NABI,(BAGI JEMAAH LELAKI SAJALAH) YANG BERADA DIHUJUNG SEBELAH SANA, ADA DOA KHAS MEMASUKI 'BAB SALAM' INI


3. Bersembahyang Tarrawih di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan/Qiamul Iman.

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Begitulah amat rugi jemaah2 yang kemekah dan madinah cuma sembahyang dibilik hotel saja, tiada ambil peluang yang ada didepan mata, memang panas diwaktu zohor dan asar, tapi kita boleh pergi mesjid lebih awal dan tunggu hingga asar.

Berbalik kepada sembahyang Tarrawih di makah dan madinah ianya di kenali sebagai Qiam Ramadan atau Qiamul Iman.  sama saja dimadinah atau mekah, baik dimadinah dan mekah solat qiam dilakukan 20 rakaat dan diikuti 3 rakaat solat witir dengan 2 salam.

Sabda Baginda SAW yang maksudnya:
" Sesiapa yang melakukan Qiam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkannya segala dosa yang telah dilakukan "
(riwayat al-Bukhari)

Selepas solat insyak dan solat jenazah muazin akan memanggil untuk solat qiam,  imam terus takbir 'allah akbar' terus disambut oleh muazin maka bermulalah sembahyang Qiam,

Ada beberapa petua untuk diambil perhatian takut kita silap niat atau tidak mengikut imam dan ini akan merosakkan solat kita, bila habis 2 rakaat imam terus memberi salam dua kali, kekanan dan kekiri, terus disambut oleh muazin dengan salam kekanan dan kekiri, terus disambut pula oleh imam dengan 'allah akbar' untuk rakaat yang seterusnya dan muazan pun terus sambung,

Tiada selawat antara salam seperti kita disini, solat terus menerus, jadi disini kita kenalah pandai2 kira sendiri 20 rakaat, tapi selepas 10 rakaat imam akan bertukar adalah masa sekadar minum secawan dua air zam2 tu kira sempatlah, 

Bila habis 20 takaat imam terus buat witir tanpa apa2 selawat atau makluman untuk solat witir seperti kita disini, cuma kita kena teliti sikit sebab bila habis solat qiam dan nak sambung solat witir imam akan berhenti seketika seolah2 kita minum setegok air, sebab bila solat qiam imam akan terus takbir selepas muazin memberi salam, Satu lagi kalau tak pasti dah 20 rakaat imam akan baca surah  Al-aklaa selepas al-fatihah.

Satu lagi yang harus diambil berat iaitu ayat2 sajadah sebab setiap malam satu juz, imam akan baca ayat2 alquran jadi akan ada ayat2 sajadah, yang perlu kita ikut imam bila imam turun 'sujud sajadah' takut kita turun rukuk saja, maka disini akan terbatal solat kita sebab tak ikut imam,

Disini ada tipnya, kita tak hafal semua ayat2 sajadah, bila sampai ayat sajadah imam akan berhenti sekita seolah2 kita minum setegok air, dan terus turun untuk sujud dan disini boleh juga dengar muazin akan menyahut 'allah akhbar, dengan nada yang panjang tidak seperti biasa panjang dan mendayu.

Begitulah indahnya bersolat qiam dimekah dan madinah sedar tak sedar habis satu juz satu malam, insyaallah allah akan beri kekuatan untuk berdiri lama ketika solat qiam itu, insyaallah.

BARU HABIS SOLAT ZOHOR JADI AMBIL PELUANG SEMENTARA MENUNGGU ASAR DALAM 2 JAM LEBIH, KALAU NAK BALIK HOTEL CUACA CUKUP PANAS DILUAR MENGJANGKAU 40 DEGREE LEBIH. BALIK PUN BUKAN BOLEH MAKAN, CUMA DINASIHATKAN SEDIA AIR 1 BOTOL UNTUK BERWUDUK NANTI JIKA KECEMASAN.
BEGINILAH KEADAAN DILUAR MASJID SETIAP KALI LEPAS SOLAT WAKTU, JADI DINASIHATKAN SELEPAS SOLAT WAKTU AMBIL MASA 30 MINIT BARU KELUAR ITU AGAK SELESA SIKIT
GAMBAR INI DIAMBIL BERSEBELAHAN TAPAK MASJID KUCHING YANG TELAH DIROBOHKAN, BANGUNAN PUTIH DIBAWAH LAMPU HIJAU ITU ADALAH BANGUNAN PEJABAT TABUNG HAJI

GAMBAR INI DIAMBIL DIATAS TAPAK 'PASAR ZINC'(YANG DULUNYA CUKUP POPULAR UNTUK MEMBELI BELAH PENUH DENGAN GERAI2, MACAM2 ADA) YANG TELAH DIROBOHKAN
INI PERKUBURAN MA'LA ATAU JANNATUL MA'LA KETIKA MALAM KALAU KAT KAMPUNG ADA BERANI LALU KUBUR LEWAT2 MALAM

Wednesday, August 15, 2012

UMRAH DIBULAN RAMADAN Part 2

Umrah di bulan Ramadan

3 perkara yang ada pada umrah dibulan ramadan,
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.
3. Bersembahyang Tarrawih atau di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan.

2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.



 GAMBAR2 DI MASJID NABAWI



INI MENU DI MADINAH (YOGURT DAN ROTANAH)


JAMAAH DALAM MASJID NABAWI TENANG MENUNGGU WAKTU BERBUKA
PARA PELAYAN MENUNGGU KEBENARAN MEMASUKI MASJID DENGAN MAKANAN BERBUKA


PERSIAPAN UNTUK BERBUKA DILUAR MASJID (DATARAN)


PARA JEMAAH DAH READY TAPI MAKANAN BELUM DIHIDANGKAN (DATARAN)



Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah. Keadaannya tak banyak berbeza, kalau di madinah menunya kurma, air zam2, yougart, syai (tea o dan kekadang ada berperisa) dan gahwa (kopi arab +air halia +herba) serta dugah campuran untuk yogurt, kalau dimekah tak ada yogurt, masa berbuka ada 15 minit lepas azan dimadinah, kalau di mekah 10 minit saja, cukup masa depa bungkus sepera plastik yang dijadikan alas untuk menghidang, agak selesa di madinah  jika berbanding di mekah, kalau nak menu yang lebih berat seperti nasi atau roti nan kena berbuka di kawasan luar masjid kat datarannya, sama saja di madinah atau mekah tapi di madinah mewah sikit,  kalau di madinah sebelum waktu berbuka agak2 sejam lagi, ramailah anak2 dan anak2 remaja duduk dekat pintu masuk memegang tangan kita minta ikut dia pi berbuka di kawasannya, disetiap saf lain orang tokenya lain penyumbangnya dan lain pelayannya, tapi menu tetap sama cuma jenis2 kurma saja yang berlainan, begitu juga dimekah tapi tak ramai anak2 muda yang pimpin tangan sebab orang ramai semua saf penuh, tapi yang peleknya semua orang ada ruang untuk berbuka, saya lebih suka kurma di madinah @ rotanah, kurma yang digunakan mengikut sunah nabi jenis kurma basah. bayangkan satu masjid berbuka dengan menu yang sama, bagi jemaah malaysia lepas sembahyang balik ke hotel pekena nasi. bagi jemaah2 lain akan ke restoran2 yang banyak dalam bangunan termasuk restoran felda D'saji di dalam al saffa hotel. Masa antara azan makhrib dan insyak dipanjangkan sehingga 2 jam, jadi agak ada masa untuk balik ke hotel bagi yang dekat2 400/500 meter dari masjid.

NOTA: PETUA NAK MAKAN YOGURT, KALAU ORANG ARAB DIA MASUKAN DUGAH (SERBUK) DIA KACAU SEMUA SEKALI,  RASA2 TEKAK KITA TAK BOLEH TERIMA, NASIHAT ORANG YANG DAH 12 TAHUN DI ARAB SAUDI KALAU NAK MAKAN YOGURT TU CARIK2KAN BUAH KURMA TU DAN MASUKAKAN KEDALAMNYA BARULAH BOLEH TERIMA TEKAK KITA, BEGITU JUGA DENGAN GAHWA KALAU MINUM DIA SAJA TEKAK KURANG TERIMA, CUBA MAKAN BUAH KURMA DALAM MASA YANG SAMA MINUM GAHWA TU SAYA PASTI SATU CUP TU BOLEH HABIS.

GAMBAR2 DI MASJIDILHARAM
MENU BERBUKA DALAM MASJIDILHARAM (ZAM2 DAN KURMA@ ROTANAH)


AIR ZAM2 DAN GAHWA
PELAYAN SEDANG MENUANG AIR ZAM2


AGAK SESAK DI MASJIDILHARAM

                                                           

Tuesday, August 14, 2012

UMRAH DIBULAN RAMADAN Part 1

Umrah di bulan Ramadan

3 perkara yang ada pada umrah dibulan ramadan,
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.
3. Bersembahyang Tarrawih atau di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan.

1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.

Subuh sekitar jam 4.19 pagi kalau ikut agensi sahor adalah jam 2 pagi hingga 4 pagi, menu biasa ..orang malaysia nasi. Selepas subuh biasa nya jemaah, kalau dimadinah a) kalau dah habis lawatan dalam/luar madinah akan ke masjid Quba kerana ”Sabda Nabi Muhammad s.a.w : ‘sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah ”. kalau tidak jemaah berniat berikhtikaf saja sambil membaca al quran, penat baca, tidur, tambahan masjid nabawi berhawa dingin 24 jam, dalam sajalah kat luar udara 38 darjah, sehingga zohor sembahyang, sambung iktiviti baca al quran dan tidur sehinggalah asar.... sambung nanti cara berbuka @ makhrib.


JEMAAH BERIKHTIKAF DALAM MASJID NABI..TIDOR



MASJID QUBA DIMADINAH

Begitu juga kalau di mekah jemaah2 yang kuat bolehlah pergi ke Tana'im untuk niat umrah, naik bas 2 riyal saja satu hala ( dulu stationnya belakang al tawhid hotel tapi dah pindah jauh ke belakang sikit kat 'Syubaikah' untuk mudah, keluar pintu 'bab umrah' jalan terus saja boleh tanya abang2 polis.. sebut umrah2 depa tau dan akan tunjuk arah) kalau bulan puasa bas banyak jangan risau nanti satu bas bertarbiah dari tana'im ke masjidil haram, kat tana'in ni semua ada nak mandi, kain ehram yang tak ada mak bapak saja. Biasanya kalau pi tana'in lepas subuh jam 8.30 atau 9.00 pagi selesailah umrah kita, (disyorkan waktu ini yang paling sesuai kerana cuaca belum panas dan ketika kita tiba balik ke masjidilharam orang bertawaf sunat agak berkurangan) . Berbeza dengan madinah masjidil haram tak semua kawasan ada hawa dingin. selain kat sai, kat tingkat basement, 'bab king fahd' dan 'king abdul aziz' sejuk juga ada hawa dingin tapi yang menjadi rebutan adalah ditingkat satu 'king fahd dan king abdul aziz' lain2 kawasan agak berbahang tapi ada kipas cuma yang tak ada orang kat tingkat bumbung terutama zohor dan asar, begitulah keadaan kedua2 masjid ketika ramadan. Kebiasaannya jemaah yang hotelnya dekat dengan masjidilharam lepas subuh ikhtikaf sekejab lebihkurang jam hampir 7 pagi baru balik kehotel memenuhi hajat tidor sekejap jam 10.00 atau 11.00 pagi datang balik ke masjid. Begitulah susunatur acara setiap hari, tapi kalau hari jumaat dinasihatkan datang seawal jam 9.00 pagi kalau tidak silap2 kat luarlah.

JEMAAH BERIKHTIKAF DALAM MASJIDILHARAM  ..TIDOR
JEMAAH BERIKHTIKAF DALAM MASJIDILHARAM  ..TIDOR



KEADAAN TAWAF SELEPAS SOLAT SUBUH