Sunday, August 18, 2013

'NEXT PROJEK'...SULTANATE OF OMAN

Kita merancang allah jua yang menentukannya...  .insyaallah destinasi akan datang .... moga ianya menjadi satu kenyataan tahun depan. Insyaallah.



SULTANATE OF OMAN
@ JEWELS OF ARABIA

Camel Race


Kebanggaan Oman

Sebahagian Pantainya

Thursday, August 15, 2013

QURBAN 2013

Bila berada dalam bulan Syawal...Raya Puasa..bermakna kita ada 2 bulan lagi untuk menyambut 'Raya Haji' pula...Perancangan & persiapan adalah perlu di rancangkan...

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkad’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu
 Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berat daripada 'sunnah'. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

ANTARA SABDA2 RASULULLAH

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Tempat Qurban 2013...Insyaallah.

Beraya di kampong tempoh hari...ada permintaan untuk mengadakan majlis Qurban tahun ini 2013.... walaupun majlis Qurban Tok Asma adalah 2 tahun sekali..iaitu tahun hadapan 2014...Sesunguhnya aruah Tok Asma semasa hayatnya melakukan Qurban setiap tahun....Berkesempatan itu lnsyaallah tahun ini juga akan di lakukan Qurban Tok Asma...ianya terbuka kepada mana2 ahli keluarga yang berkehendak...jadi sapa2 yang nak masuk sila2kan lah...satu bahagian sekitar rm 400.00 ...hubungi Cik Ida @ Kg. Piew untuk pengesahan & kekosongan.

Qurban Tok Asma tahun lepas 2012

Wednesday, August 7, 2013

Salam Dari Perantauan


                                 تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُم
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Di hari dan bulan yang baik ini...kami berdua ingin mengambil kesempatan memohon ampun maaf atas segala perbuatan maupun percakapan yang menyinggung perasaan.... 
Tahun ini kami tak balik beraya di kampong...

'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin'....
Terutama pada bonda yang berada di Kg Perlis @Balik Pulau.Penang

Tidak lupa juga pada kedua anakanda...  yang balik ke Alor Setar selamat bercuti panjang dan selamat berangkat ke Kyoto...yang di Kyoto, Japan. banyak2lah bersabar....dah tinggal tak lama.. insyaallah tahun depan kita jumpa.....(peluk cium untuk kedua cucu)

Tak lupa dengan kasih sayang buat Kekanda2 dan Adinda2 sekeluarga.....
Abang 'Ak' di Ketereh @Kelantan, Abang 'E' di Kg Perit@Perak, Abg 'Zan' di Taman Kantan@Alor Star, Adik 'Man' di Palong 14 @N. Sembilan, Adik 'Nan' di Alor Ibus @ Kedah, Adik Azrida@cik Ida & Adik Azham di Kg Piew @ Alor Setar.

Tak lupa juga semua anak2 menakan....serta pasangan...

Juga buat Iparduai dari Lenggong dan Balik Pulau.

Akhir sekali tak lupa kekawan yang mengenali...terutama yang berada di DBKL.

                                            تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُم        

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan. .ya. .Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Dikau ampuni atau dosa yang menyebabkan daku diseksa kerananya, maka ampunilah semuanya wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan  keredhaan-Mu. Sehingga Dikau memenangkan daku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Dikau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah daku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan.  Demikian juga, dengan rahmat-Mu golongkanlah daku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Dikau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhirku. Moga daku dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

Akhirnya ya allah aku dengan rendah diri memohon akan belas ehsanmu jika ada sedikit pahala kebaikan atas segala amalku disepanjang ramadhan ini aku hadiahkan buat aruah aruah kedua orang tuaku...almarhumah Hamilaton Saadiah Abd Hamid...almarhumah Aishah Ngah Mat Unah...almarhum Abd Hamid Said...dan almarhum Mohammad Jatim....

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam...aminnn