Monday, June 16, 2014

MUSCAT TO DUBAI... DAY I @ Part 2

DAY I @ Part 2
Macam kita tengok perlawanan bola... tengok kat TV pun boleh..
Tapi bila kita berada di dalam Stadium kita akan merasa lebih hebat bahangnya..
Begitulah juga bila melancung.. kita akan terasa terujanya bila berada di satu2 tempat.. walaupun ianya tak seindah mana.. tapi kita menikmati akan kewujudannya..
Kami berharap paparan ini dapat membantu bagi mereka2 yang merancang hendak ke Dubai....
Dari Hotel.. berjalan kaki ke Station Al Fahidi @ lebih kurang 5 minit..  itulah kelebihan kalau kita memilih hotel berdekatan Train Metro Dubai.. percaya atau tidak kami menggunakan semua kemudahan pengangkutan awam di Dubai... dari Train Metro Dubai @ Green Line atau Red Line.. Bus.. Taxi.. & Water Taxi.. @ Arabian Dhow Cruise..  
 
@ Green Line Metro orang kurang sikit dari Red Line..
Kalau waktu pagi.. @puncak.. macam LRT kat Kl juga..
cuma bayangkan 85% adalah.. india.. pakistan.. bangla..
selebihnya.. Pino & pelancong...
( cuma satu kureng.. bila sampai station.. tak sabar2 nak masuk..
bagilah orang keluar dulu.. pada hal masuk dulu pun bukan boleh dudukpun.. 
macam train tu nak tinggal depa) 

Teruja.. bila tengok Burj Khalifa pertama kali depan mata.. 
 
Gambar pertama dari Station Metro Burj Khalifa/Dubai Mall

Dari Station Metro nak pi masuk Dubai Mall @ 500 meter.. boleh tahan..
tapi nasib baik ada lantai bergerak.... hahaaa.. 4/5 kali belok baru sampai..
 
Berhenti sat....
 
Pintu masuk dari arah Metro Station...
 
 
 Bahagian dalaman Dubai Mall..
Shoping komplek yang dikatakan terbesar di dunia...
 
2 hari berturut2 kami di sini.. macam nak tercabut kaki..
 
maaflah kami tak habis nak pusing2... 
 
 
 Tujuan utama datang nak ambil tiket naik 'Burj Khalifa' untuk besok...
Benarlah bagai dikata kena book online.. kalau tidak... melopong...
Harga on site.. 4 kali harga di online... alhamdulillah
Alhamdulillah.. tiket on line..130 dirham..
 
Ada 2 tujuan kesini.. 1. nak ambil tiket..
2. Nak tengok ' 'Dubai Musical Fountain'.
kalau siang setiap 1 jam..air pancut tu akan berfungsi... 
bila jam 6 petang keatas setiap 1/2 jam sekali..
kami nak tunggu malam sikit.. sebab malam ada lampu..
Sementara tunggu malam.. terus makan.. kat 'Red Lobster'
semua ada lobster.. kecuali airnya..

  
Macam kami kata tadi..
bila berada dilapangan kita akan terasa teruja..
kalau nak tengok google saja....

Setiap persembahan.. lain2 lagu.. kami tunggu 2 kali persembahan saja..
sebab besok nak sambung lagi..


 

Pinjam gambar kat google...
kami berada betul2 diatas jambatan tu...
Insyaallah kita sambung hari ke 2..... berada di tingkat 124.. 'Burj Khalifa'

Sunday, June 15, 2014

MUSCAT TO DUBAI.. DAY 1

HARI PERTAMA @ Part 1
 
Perancangan telah dibuat.. sampai harinya untuk berlepas....
Flight dari Muscat.. Oman Air WY 0605 berlepas Jam 09.50.. alhamdulillah ikut jadual..
@ muscat airport.. daftar masuk sudah.. tunggu pintu buka ja..
 
Sampai sudah @ Dubai Airport.. mana2 airport rasa2nya kena beratur untuk cop pasport/visa.. Rakyat malaysia alhamdulillah tak perlu mohon visa ke Dubai... 30 hari free visa untuk berada di Dubai.. (tapi bila kita tidor di hotel... kerajaan kenakan bayaran 15 dirham 1 malam @GST)... Kita berdoa agar satu hari nanti nak masuk Arab Saudi pi buat umrah tak perlu mohon visa.. kalau Jepun boleh bagi 90 hari free.. ( kenapa nak pi buat ibadah banyak halangan..)  Insyaallah nak masuk US nanti pun tak perlu visa.. Nak masuk Oman oklah juga walau kena bayar.. sampai di airport bayar 20 OMR.. terus dapat 30 hari..

Rehat kejap sambil2 minum.. sambil intai2 nak keluar ikut mana nanti..
@ Dubai Airport.. memang besar.. tapi rasa2nya besar lagi KLIA..  sebab terminal dia bersambung.. terminal 1, 2 & 3.. tu yang jadi besar.. bayangkan kita sampai.. keluar flight nak pi cop pastport kena jalan menyeberang runway.. ikut underground.. walaupun ada lantai bergerak.. kalau orang tua2 'berde'eh juga'. kalau kat KLIA kitakan naik Train dari main building ke Starlite Terminal..

@ Dubai Metro
3 cara nak ke hotel.. naik teksi airport.. harga biasalah pakai kupon.. (mahal sikit macam kat KLIA..) naik teksi bandar pakai meter..(jalan keluar sikit dari pintu masuk utama).. kalau kat KLIA tak ada.. atau naik Lrt @metro dubai..  

 
Suasana dalam LRT @ Metro Red Line..
 
 
Semua station Lrt bertutup.. mungkin negeri panas.. bersih.. selesa..
 
 
 Hotel Penginapan @ 'Arabian Courtyard Hotel & Spa'
 
 
@ lobby hotel
 
 
Bilik hotel yang ditempah.. cukup memuaskan..  

 
@Dubai Museum berhadapan Hotel Penginapan..
 
Dah daftar masuk @jam 2 petang.. kita rehat sekejap sebelum menjalankan misi yang kedua.. pi ambil tiket nak naik 'Burj Khalifa' besok pagi.... bersambung
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, June 14, 2014

MERANCANG KE DUBAI...

Assalam semua.. Sesunguhnya kita merancang ... tapi allah jualah penentunya..
Perancangan nak ke Dubai dibuat 2 bulan lebih awal sebelunnya... tengok pakej2 yang ada dalam Internet.. boleh tahan juga harga2nya.. bukan nak booking pun cuma nak tengok tempat2 yang menarik untuk lawatan disana nanti.. Perbezaan antara melancong ikut agen2 atau sendiri2.. ikut selera masing2.. tapi kami lebih suka melancong ikut pilihan sendiri.. banyak yang boleh jimat dan kita boleh mengatur sendiri jadual kita.. tapi kena buat kerja rumah sikit.. itu yang mencabar.. kalau ikut agen pelancongan semua dah diatur.. ada ketika.. ada tempat yang kita tak nak pergi.. tapi kena ikut juga sebab biasanya agen2 akan membawa group2 yang ramai.. kecualilah kita berkemampuan untuk ambil persenal group.. sesunguhnya semua ini dilakukan dengan sedikit keberanian.. maklumlah nak pi tempat orang..
 
 
Gambar 'BURJ KHALIFA' yang pertama di ambil
dari arah laluan Metro Dubai ke Dubai Mall
 
 
PERANCANGAN KE DUBAI...
 
1. Nak ke tingkat 124 Pelantar Tinjau 'Burj Khalifa'.
2. Nak tengok 'Dubai Mall' yang katakan shoping komplek terbesar didunia.
3. Indahnya... 'Dubai Musical Fountain'.
4. Melawat.. Dubai Old Souk.. @ Textile Souk.. @ Gold Souk.. @Spice Souk
5. Burj Al Arab
6. Jumirah Palm Island.
7. The Emirates Mall.. yang katanya boleh luncur Ski di dalamnya.. 
8. Big Bus Tours Dubai.
dan ada beberapa option jika berkesempatan....
 
Itulah antara perancangan tempat2 yang nak dikunjungi semasa di Dubai..
Apabila pengesahan cuti telah dapat dari 9/6/14 - 12/6/14.. persiapan mula dilakukan...
 
Bab 1 Pengangkutan.
 
Naik bus atau flight.. dari Muscat ke Dubai.. naik bus sekitar 5 jam kalau naik flight 55 minit.. Kami memilih flight.. sebab cepat dan boleh lihat2 sekitar airport Dubai yang dikatakan macam shopping komplek... Biasanya syarikat2 penerbangan mengadakan tiket murah jika tempah awal melalui on line.. kita boleh mengupload syarikat2 penerbangan melalui 'play store'.. kami memilih Oman Air sebab boleh klaim 'Sinbad Card'. selesai satu bab tiket dah ditempah..
 
 Bab 2 Penginapan.
 
Kalau bab penginapan ni biasanya kami menggunakan 'Agoda'.. insyaallah harga yang ditawarkan paling murah.. (Dubai ni terbahagi pada beberapa daerah.. untuk senang kita bagi dua.. bandar lama.@Deira.. bandar baru @Burj Dubai.. kami memilih sebelah Deira sebab dekat dengan Dubai Old Souk.. banyak kedai2 lama.. dan hotel yang kami pilih dekat dengan stesen Lrt Metro Dubai.. kalau sebelah Burj Dubai.. semua hotel2nya adalah pencakar langgit..)  pengelaman2 yang lalu tak pernah mengecewakan.. sesampai saja di hotel yang ditempah biasanya semua telah siap..
 
Bab 3 Tempahan Tiket Masuk/Naik
 
Dimana saja.. biasanya tiket2 yang kita tempah melalui online akan lebih murah.. dari sampai distinasi baru nak beli.. 
Tiket untuk naik 'Burj Khalifah' kena book online.. itulah nasihat mereka2 yang telah kesana.. kita boleh rujuk.. 'Tripadvisor' ... kalau tidak.. bila sampai Dubai baru nak beli.. takut2 dah habis.. yang paling takut harga dia jadi 4 kali ganda harga biasa.. kalau beli melalui agen pun harga dia lebih tinggi dari harga biasa.. tapi ada juga yang tak dapat beli melalui online.. 'Big Bus Tours' tak dapat beli online.. beberapa kali cuba.. dok kata kad salah nombor.. tukar kad2 lain pun sama.. website lain ok je.. jadi tak dapatlah diskaun 15%..
 
Sila Ambil Maklum
 
Nasihat Kami.. kemana juga.. atau apa juga kemudahan yang kita perlu atau harapkan rujuklah dengan  'Tripadvisor' banyak tip2 yang diberi sebagai panduan.. atau masuk forumsnya untuk bertanya sesuatu yang kita mushkil.. ( sedih juga bila pelancung2 luar memberi komen tentang hotel2 dimalaysia.. terutama yang berada di Langkawi.. ada yang kata ada hantu.. kotor jangan cerita.. harap2 pengendali penginapan di Langkawi ambil perhatian.. bukan semua ada hotel2.. homestay.. yang bagus )
 
 
 

Monday, May 26, 2014

BIG BUS @ MUSCAT

Asalam.. moga kita semua sentiasa diberkati allah....
 
Hari tu pi jalan2 ke kota mascat.. lupa nak update dalam blog ni.. moga sedikit sebanyak mendapat kebaikan darinya...
 
Diberi kesempatan oleh penciptanya... melihat akan keindahan alam nya dan segala kejadian didalamnya... bermalam dikota muscat dalam daerah yang agak popular @Mutrah Souq..
 
Hotel penginapan.. Naseem Hotel.. betul2 dihadapan laut
 
 
Teman sepanjang perjalanan.. sambil menunggu ketibaan Bas..
Big Bus Tours..
 
 
 
Matrah Souq.. bersebelahan tempat kami menunggu tu..
 
 
Pandangan dihadapan kami..
 
 
Inilah Big Bus Tours @ Muscat... tentu dah ramai yang biasa naik.. Inilah kali pertama saya mengunakan perkhidmatanya.. Bagi pelancong yang datang berasingan.. bukan dengan agen pelancungan perkhidmatan ini adalah terbaik.. syarikat ni adalah syarikat antarabangsa.. seluruh negara ada.. antaranya.. kota london.. Paris... Budapest.. Hong Kong..Istanbul.. New York.. banyak lagilah.. googlelah sendiri.. kalau kat Muscat ni cuma 10 hentian saja dia behenti.. kalau tempat lain.. ada yg sampai 50.. jadi harga dia agak murah sikit.. sekitar 20 OMR.. kalau beli online dapatlah kurang 25%.. itu harga untuk 24 jam.. jadi boleh lah kita naik turun kat mana2 hentian yang suka... nanti saya nyatakan hentian yang dimaksudkan dengan gambar yang terhad ini..   
 
 
 Sementara tunggu bas.. juga menjadi satu tempat hentian adalah..
Hentian 1: 'Mutrah Suq' banyak barang2 cenderahati..
Kopiah Oman murah kat sini..

 
keadaan dalam 'Mutrah Suq'
 
 
 
Oklah bus dah sampai... oleh kerana kali pertama naik bas ni.. jadi terujalah juga..
kami beli tiket kat restoran dimana bus ni berhenti untuk hentian 1..
tiket dah beli semalam.. tak adalah diskaun 25%..
tapi tokey kedai tu bagi satu pepsi dengan 2 biji pisang.. alhamdulillah
  
Dalam bas kat bawah ada a/c. atas ada anginlah...
mat2 saleh banyak kat atas..
kalau musim sejuk bestlah kalau musim panas jangan cari pasal.. 
 
 
Semua krusi ada benda-allah ni.. pemandu pelancong bercerita..
ada 6 bahasa dari arab hinggalah itali...
 
Hentian ke 2 ( Bayt Al Falaj..)
kami tak turun sebab situ cuma ada Churches & Temple
 
 
 Pandangan sekitar perjalanan..
 

 
 
Hentian ke 3..( Hay As Saruj ) maaf gambar tak ada..
lupa sebab asyik ambil video..
ramai yang turun sini.. ada yang pi masjid Sultan Qaboos..
naik tranport lain... ada yang pi terjun laut..
al maklumlah tepi laut tak elok gambar nak dipamirkan..
Kat sini tepi laut.. ada banyak cafe.. ada shoping komplek lagi...
 
 
 Hentian ke 4. Shatti ( Hay Al Shatti) pantai yang bersih..
tak ada pokok untuk berteduh.. cuma ada cafe di seberang jalan..
katanya kalau hari minggu kat sini.. jumaat/sabtu.. sesak orang kat sini..
 
 
 
 open beach @ shatti...
 
 
 
Public Park...
 
Hentian ke 5. Al Qurm National Park ( Al Qurm )..
kalau musim panas petang2 oklah..
hari cuti memang ramai tempat keluarga anak beranak...
  
 
 Pandangan sekitar perjalanan..
 
 
Mercu Tanda bandar 'Ruwi"
 
 Hentian 6: Central Busines District ( Pusat bandar 'Ruwi' )..
dikatakan dulu adalah lapangan terbang bagi muscat..
kini merupakan daerah perniagaan bagi muscat..
 
 
 
Pandangan sekitar perjalanan..
 
 
Hentian 7: Parliament ( daerah Al Bustan )
 
 
Pandangan sekitar perjalanan..
 
 
Hentian 8: Marina View ( Marina Bandar Ar Rawdah)..
berhenti atas bukit tengok laut luas terbentang.. keindahan marina...
 
 
Hentian 9: Al Alam Palace ( @ Al Marani Fort )..
" Ceremonial palace of His Majesty Sultan Qaboos of Oman " 

 
Al Marani Fort
 
 
Hentian 10: Al Bahri Road ( @ Al Corniche )..
dari sini boleh lihat keseluruhan kawasan Mutrah...
 
 
Kalau kita tak turun mana2 hentian.. 2 jam barulah sampai balik ke hentian mula tadi... selamat melancong...