Tuesday, May 28, 2013

KG. KONGGO KE KYOTO Part 2 (BERTOLAK KE KYOTO)

Alhamdulillah....dipanjatkan kesyukuran diberi kesempatan menziarah anak/menantu & kedua dua cucu yang kini berada di Kyoto Japan, perancangan yang di buat sekitar September 2012.Tahun depan bulan Mac 2014 insyaallah anak/menantu akan menamatkan pengajian mereka. Seperti yang dirancangkan beberapa persiapan perlu di buat antaranya:
1) Visa... perlu dipohon sendiri maklumlah perjalanan tanpa melalui agen pelancongan, lebih menjimatkan dan tidak terikat dengan jadual lawatan.
2) JR pass.. yang ni paling penting...istimewa untuk pelancong yang memasuki Japan..ia itu 'Tiket Keretapi' dengan pass ni kita boleh naik semua jenis train ' Japan Railway Group' terutama keretapi laju tu..'Shinkansen', kita boleh beli JR pass ni dalam tempoh 7 hari atau 14 hari..Saya beli untuk 7 hari saja ( Rm 9 ratus lebih kerana duit Japan murah sikit 2 tahun lepas harga dia Rm 1,200.00) dalam tempoh tu naiklah train tu berapa kali nak naik...nak pi mana Tokyo?...Nagasaki?..Hiroshima?...Osaka?..semuanya free..kalau tidak nak pi Tokyo saja satu hala saja Rm 400 lebih...
3) Yang penting tukar duit Japan..'Yen' 2 tahun lepas 100 yen dekat Rm 4.00 hari tu dapatlah 100 yen bersamman Rm 3.30 tapi sekarang rendah sikit lagi...jadi yang nak pi jepun bulan lapan nanti bolehlah tukar duit yen sikit2.

PERJALANAN KALI NI BERBEZA DENGAN 2 TAHUN LEPAS .. DULU KL KE TOKYO @ NARITA.. TAPI KALI NI KL KE OSAKA @ KANSAI  TAPI KALI INI MASIH BERDUA JUGA, CUMA DAFTAR MASUK KALI INI KAT KL SENTRAL ATAU DIKENALI SEBAGAI 'KL CAT'

                                              
 PERTAMA2 SEKALI MEMOHON VISA
 
  
 KEMUDIAN BELI JR PASS..KAT SINI DIA BAGI RESIT SAJA NANTI SAMPAI STATION TRAIN KAT JAPAN BARU TUKAR KE PASS NI

 
 SAMPAI JAPAN BARU TUKAR PADA PASS YANG BOLEH DIGUNAKAN..KITA BOLEH PILIH BILA TARIKH YANG KITA NAK MULA GUNAKAN DIA

 BARANG2 YANG DIPESAN..SATU BAG DAN SATU KOTAK MAKANAN SAJA DAN BAJU SATU BAG SAJA


 NASIB BAIK MAS SEKARANG..SORANG BOLIH BAWA BARANG 30KG... SELAMAT.

MASIH LAGI PERGI BERDUA...BILA DAH DAFTAR DI 'KL CAT' SYARAT DIA KENA BELI TIKET KLIA EKSPRES..JADI PI KLIA NAIK TRAINLAH..TAK PAYAH NAK ANGKUT2 BARANG.

TAK RAMAI ORANG GUNA TRAIN NI.. MUNGKIN RASA MAHAL.. TAPI 30 MINIT DAH SAMPAI KLIA... HARGA DIA RM 35.00



KLIA EXPREES SAMPAI KAT TINGGKAT BAWAH BETUL2 DIBAWAH KETIBAAN DALAM NEGERI DI TERMINAL UTAMA

SETELAH MASUK KE TERMINAL UTAMA.. PASPORT TELAH DISEMAK MASUKLAH AWAL SIKIT BOLEH MENEKMATI KEDAI2 BEBAS CUKAI DI 'BANGUNAN SATELIT'

LIHAT FREE... KALAU NAK... KENA BAYARLAH


KATA ORANG 'HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG' TAPI PEMEREKSAAN DAN COP PASTPORT DI JEPUN NI MAKAN MASA LAMA ...SEJAM LEBIH JUGA BARU SELESAI...BERATUR MACAM ULAR... LENGOHLAHLAH BERDIRI...TAPI KALAU KAT MALAYSIA 10 MINIT SELESAI... BEGITULAH HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI..


SUASANA LUAR AIRPORT KANSAI..OSAKA







PENGHUBUNG ANTARA TERMINAL AIRPORT DENGAN STATION TRAIN


NAIK TRAIN LAGI.. DARI KANSAI @ OSAKA KE KYOTO.. 1 JAM LEBIH JUGA NAIK TRAIN RAPID NI.... TUAN RUMAH KAT STATION KYOTO SAJA
RUMAH ORANG JEPUN DISEPANJANG PERJALANAN




STATION TRAIN KYOTO ANTARA STATION YANG AGAK SESAK


OLEH KERANA BANYAK BARANG YANG DIBAWA KENALAH NAIK TEKSI...BERATUR PUNYALAH PANJANG...TAPI ORANG JEPUN NI..SATU YANG BAGUS SABAR SUNGGUH.... 
SAMPAI KYOTO DAH TENGAHARI...KAMI DIJAMU MAKAN NASI & KARI...
PERUT ORANG MELAYU...PERUT CAP PERIOK... MANA2 PI NAK CARI NASI JUGA....
OK SAMBUNG KEMUDIAN....DENGAN PENCARIAN BUNGA SAKURA.









Monday, February 11, 2013

BILA TAYAR KERETA BOCOR

Dah berapa kali anda menukar tayar kereta anda yang bocor.
Saya pasti ada yang tak pernah, baik lelaki atau wanita kita mesti sekurang2nya tahu bagaimana untuk menukar tayar kereta anda yang bocor, bila ini terjadi pada diri kita jangan sekali2 cemas, dinyatakan beberapa langkah bagi menjadikan menukar tayar ini menjadi mudah.
Jadikan kebiasaan anda selalu memereksa boot kereta anda, pastikan tayar gantian berada ditempatnya dan mencukupi tekanan anginnya, ada 'jack' kereta dan sepanar untuk membuka 'nut' tayar, jika ini semua atau salah satu tak ada adalah lebih baik tunggu pomen saja atau berdoalah agar ada hamba allah yang sudi berhenti untuk tolong, jadikan rutin ini sebaik2nya selepas anda menghantar kereta servis kerana adakala barang2 itu dicuri ketika kereta dihantar untuk servis dan lakukan juga pemeriksaan ini sebelum anda melakukan perjalanan yang jauh.
Jika berkelapangan cuba2lah untuk menukar tayar kereta anda.
BILA TAYAR DAH BOCOR:
1) Mula-mula buka bonet kereta, dan cari peralatan untuk menukar tayar seperti "jack", dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare. Dan juga parkir kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke,
2) Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada rim.
3) Longgarkan "nuts" pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkan ikut kaedah seperti dalam gambar.
4) Pasangkan "jack" untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan "jack" diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan "jack" masuk ke tulang kereta, rujuk pada gambar, pusing pemutar 'Jack' mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta terangkat dan mudah untuk dikeluarkan.
5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu bergantung pada kereta, ada yang kecil dan ada mengikut saiz sebenar.
6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali "nuts" dengan tidak terlalu ketat. Turunkan "jack", dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat,moga semuanya selamat, inshaallah.

Wednesday, October 31, 2012

QURBAN TOK ASMA 2012 (27/10/12)

Alhamdulillah syukur yang teramat sangat segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, jam 8.00 pagi tanggal 27/10/12, Sabtu, majlis qurban bermula, dengan cuaca yang cukup baik, juga kehadiran saudara mara.

AKAD QURBAN SUNAT CUCU TOK ASMA


 AKAD QURBAN SUNAT ADIK TOK ASMA

 AKAD AQIQAH MENANTU/CUCU TOK ASMA (KAMBING)
AQIQAH KAMBING
QURBAN LEMBU PERTAMA

NI ANAK/CUCU TOK ASMA YANG TAKUT

DUA EKOR LEMBU QURBAN & I EKOR KAMBING
SEKOR DAH SIAP LAPAH



DIA NI SEKOR LEMBU TULANG DIA BALUN SORANG
CHEF OF D'DAY

DUA BERADIK

CHEF 'KAMBING'

SUP 'LAN KIAH' KG PERIT

NI BUAT KERJA KE GOSSIP
NI POSING KE BUAT KERJA

Thursday, October 4, 2012

QURBAN TOK ASMA KALI 3

SYUKUR ALHAMDULILLAH...........

Adalah seperti di persetujui sekeluarga, kita akan mengadakan acara qurban setiap 2 tahun, dan sentiasa diingatkan setiap awal tahun dan majlis ini bukan saja setakat memenuhi hari raya aidil adha tapi juga mengambil peluang mengumpulkan keseluruhan keluarga 'tok asma' memandangkan semua anak2 tok asma dah mempunyai keluarga sendiri, dan tinggal di perantauan, moga dengan acara ini kita sentiasa dapat mengeratkan kasih kekeluargaan.

Alhamdulillah akhirnya cukup sudah malah melebihi jumlah orang2 yang nak menyertai qurban 'tok asma' tahun ini, oleh kerana kita cuma menempah 2 ekor lembu saja jadi ada nama2 yang digugurkan, insyaallah masa2 akan datang kita cuba untuk buat 3 ekor lembu, cuma kerjasama semua adalah diperlukan untuk membuat pengesahan lebih awal. Terima kasih buat semua  pakcik2, makcik2, abang2, adik2, sepupu2, anak2 dan anak2 saudara yang memberi sokongan ini, moga allah jua membalas segala niat baik untuk berqurban dan beraqiqah ini juga pada mereka2 yang ada niat nak berqurban tapi tidak berkesempatan, moga allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya pada kita semua.

Dengan ini sekali lagi diingatkan dan adalah dijemput semua sekali lagi saudara2, kawan2 yang berkelapangan meraikan majlis qurban dan aqiqah pada 27/10/2012 bersamaan hari sabtu, @ 11 Zulhijjah yang juga jatuh pada hari kedua raya aidil adha@qurban@haji,Insyaallah seperti yang dimaklumkan tahun ini kita akan berquban dengan 2 ekor lembu dan seekor kanbing, acara akan bermula pada awal pagi, dialamat 80, Kampong Piew, Jalan Pegawai, Alor Setar,Kedah. (belakang rumah aruah tok asma) seperti biasa sarapan pagi disediakan insyaallah, gotong royong melapah dan mengedar daging2 qurban, majlis diteruskan dengan makan tengahari dengan sup daging qurban, insyaallah tahun ini kita ada apam balik dari pak chak, harap2 kereta dia muat untuk bawa balik perkakasannya. Insyaallah majlis kita akan diberkati allah.

Tahun ini agak unik sikit sebab orang2 yang menyertai qurban melibatkan 3 jenarasi, Adik beradik, Anak beranak dan cucu2 tok asma. Disenaraikan nama2 mereka yang menyertainya, cuma ada yang tak ada gambar dalam simpanan untuk disiarka.

Pada Pak Tua dan Mak Tua yang akan berangkat ketanah suci minggu ini sama2lah kita doakan moga diberikan kesihatan yang sempurna dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan di kurniakan allah dengan haji yang mabrur...amin.



MAK LANG
( MENANTU TOK ASMA )
 


WAN TAM & WAN TEH @ PAK CHAK
SAJA NAK TUNJUK DUA ORANG TAPI YANG MANA SATU....
WAN TEH AQIQAH SEKOR KAMBING
( CUCU TOK ASMA)
 



HARIS @ KAK YONG @ PAK LANG
(MENANTU/CUCU TOK ASMA)


 TOK CIK HALIM
 ( ADIK TOK ASMA)


 
  
  
 LONG TON 
 ( SEPUPU TOK ASMA ) 
 1 BAHAGIAN UNTUK ANAKNYA @ BANI
( CUCU SAUDARA TOK ASMA )
2 BAHAGIAN UNTUK ADIKNYA @ MAKNGAH MAH
( SEPUPU TOK ASMA )
1 BAHAGIAN UNTUK MAKMAH
( KAWAN BAIK ARUAH TOK ASMA )

CIK IDA DI GANTI OLEH ATIRAH
(ANAK ANGKAT CIK IDA @CUCU
ANGKAT TOK ASMA)


 
 PAK JANG MAN    
( ANAK TOK ASMA )

                                                                       FAUZIAH @ LANG
                                                              ( ANAK SAUDARA TOK ASMA)





AMIN @ PAK TUA
( CUCU TOK ASMA)


        
  PAK TAM NAN
 ( ANAK TOK ASMA ) 
 
 
                                                                    PAK NGAH ZAN
                                                               ( ANAK TOK ASMA )



YONG BESAR @ PAK CHAK 
( CUCU TOK ASMA )