Monday, December 2, 2013

MAAF.....SELAMAT BERCUTI & BERSARA

Apakah dengan perkataan .... 'saya mohon maaf....' boleh menghapuskan kesalahan yang telah kita lakukan. .....Teringat kata2 pujangga.... jika setiap kesalahan boleh dihapuskan dengan maaf....rasanya tak perlu allah adakan neraka...

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

'Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'
( Surah An nisa: ayat 106)

........dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)....
(sebahagian Surah muhammad : ayat 19 )

Sebagai manusia yang tak sunyi daripada kesalahan ampun maaf dari dari saya pada semua..

Thursday, November 28, 2013

ISHAK MD NOOR....DALAM KENANGAN


Wahai Allah, ampunilah Ishak Md Noor naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya......

Ishak Md Noor....adalah abang sulung dari satu Mak @ Asma Shariff..... diceritakan..bapanya dan bapa saya dari kg yang sama...juga kawan karib...dari minangkabau indonisia...walaupun begitu tiada apa beza antara kami sekeluarga....aruah bapa saya berkhahwin ketika umurnya 5 tahun....ketika aruah bapa meninggal pada 1972..beliaulah antara yg banyak membantu malah menjadi ketua keluarga....
Bagi yang mengenalinya...pasti teringat2 akan kerahmahanya..percakapanya dalam senyuman...  marah dalam gurauanya..kesukaanya menghubungkan tali kekeluargaan...bagitau saja dimana pasti dia mencari susunan adik beradiknya...saudara2nya..sepupu2nya..satu perkara menjadi ingatan dan belum ada sapa2 yg dapat menandinginya....bila hari raya satu hari satu malam dia berjalan ziarah kerumah saudara2...
Sesungguhnya dari allah kita datang... padanya jua kita kembali....tanggal 25/11/13 ishak bin asma dijemput ilahi..dan .selamat dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Pangkal Kuang @ Ketereh Kelantan... maka kuranglah saorang jemaah masjid ketereh...
Majlis bacaan yaasin dan tahlil pada malamnya
Moga rohnya ditempatkan di jannah bersama orang2 yang beriman.....

Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat  (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)


Saturday, November 16, 2013

Mudahnya berurusan di Bahagian Pinjaman Perumahan


Asalam...moga semuanya selamat adanya..
Minggu lepas terpaksa berurusan di Bahagian Pinjaman Perumahan... pinjaman rumah dengan kerajaan dah habis bayar..jadi nak ambil geran asal...

Bahagian Pinjaman Perumahan telah berpindah ke Persint 2. Putrajaya...masaalah kat putrajaya ni...nak letak kereta katmana...alhamdulillah di hujung blok bangunan ni ada ruang letak kereta....free pula tu....

Pintu masuk bahagian perkhidmatan kaunter ditingkat bawah

Bila masuk...tekan butang perkhidmatan yang kita nak...jangan salah kaunter nanti kena ambil no lain..

Ruang menunggu yang selesa...jangan salah ambil no perkhidmatan....

Kebanyakan urusan selesai di kaunter bawah saja...tapi nak ambik geran  kena naik atas... begitulah ada jabatan perkhidmatan khidmat kaunternya bagus tapi ada jabatan yang agak kurang...nanti sambung dalam blog seterusnya.. Pujian harus diberi pada bahagian pinjaman perumahan dengan perkhidmatan kaunter yang cemerlang..moga allah merberkati kita semua...amin

Friday, October 25, 2013

DOA BUAT...YANG DI KASIH

Surah Ghafir, Verse 60:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.......Hanya doa dari kami   

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

ya allah... ya razzaaq.... ya fattaah.
.. ya hayyu.. ya qayyum.. kau berilah ketenangan, kekuatan dan kesihatan yg sempurna buat anak2 hambamu mastura azmi dan harris ramli bagi menghadapi ujian yang terakhir dalam pengajianya...moga mencapai kejayaan yg cemerlang...tiadalah daya dan upaya tanpa  pertolongan mu ya allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.



Hanya doa setiap hari dari kami....

Friday, October 18, 2013

KURBAN TOK AYAH @ ROSSLI 2013

Alhamdulillah.... dengan izinnya jua selesailah sudah majlis kurban Tok Ayah @ Rossli yang telah diadakan pada 16/10/2013 iaitu pada hari kedua raya haji.... pada mula agak mengusarkan juga dimana hujan tidak berhenti dari malamnya sehingga subuh... alhamdulillah jam 7 pagi matahari terus menunjukan wajahnya......

Adik beradik dan anak2 buah sarapan dulu sebelum majlis kurban dijalankan

Alhamdulillah...lembu yang akan dikurbankan


Di ketuai oleh Pak Su Khir, tukang sembelih Pak Cik Don dibantu oleh pak2 sedara..adik2 dan anak2 sedara.
2 periok sup daging kurban disediakan untuk majlis tengahari/petang ini.

Terima kasih pada semua yang terlibat..terutama Cik Ida orang kuat bagi setiap majlis yang diadakan di Kg Piew. Tidak lupa juga pada mereka2 yang mengambil bahagian dalam kurban kali ini.

Adalah diingatkan pada adik/abang...anak2 menakan tahun depan tahun genap... kurban Mak Tok @ Asma...satu bahagian kurban tahun ini telah mencecah rm 450.00...tahun depan mungkin cecah rm 500.00 jadi mulalah menabung dari bulan ini..insyaallah kita terdiri dari insan2 yang dirahmati allah...