Sunday, June 22, 2014

MUSCAT TO DUBAI... Big Bus Tours @ Deira

DAY 3 @ Part 1
 
 
Hari ke 3.. di Dubai...  
'Dubai Museum' depan hotel.. hari ni nak naik dan turun bas satu hari...
'Big Bus Tours'.. harga tiket USD 66 sorang untuk 24 jam...
boleh naik turun mana2.. bila2.. 
tapi sebenarnya kalau kat main stop dari jam 9.00 pagi (@ bas pertama)... 
hingga 5.00 petang (@ bas akhir)
Kebanyakan hotel di Dubai jual tiket Bus ni..
kalau on line katanya boleh dapat diskaun 15%...
tapi kami dah cuba beberapa kali haram nak dapat...

  kita boleh juga beli tiket ni atas bas... sama ja harganya..
 
Mat saleh kat belakang pun sama2 tunggu nak naik bus..
 
 
 Ni lah bas yang dimaksudkan... dia akan bawa kita pusing2 pekan Dubai..
kita boleh turun mana2 station yang ditentukan...
dan naik bas yang datang kemudian..
kekerapan bas adalah 20 minit setiap satu...
Kami syurkan pada mereka2 yang datang ke Dubai bagi jangka masa singkat...
1/2 hari.. keseluruhan Dubai kita boleh lawati...
 
  Ini laluannya.. kalau di Muscat hari tu cuma ada satu laluan saja...
tapi di Dubai ada 2 laluan.. laluan merah dan biru...
@ merah melalui pekan lama @ Deira...
dan @ biru melalui Burj Dubai...

 
Ini dalah kawasan Deira..
semalam kami dah ronda2.. textile souk.. Spice Souk dan Gold Souk...
 jadi kami tak turun lah.. tujuan utama nak terus pi kat main stop...@ Wafi Mall
untuk tukar naik laluan biru @ Burj Dubai
sebab tu kami ronda2 siap2 semalam..
kalau tidak rasa2nya tak cukup satu hari..

sebab tu dia ada tiket untuk 48 jam...
 
Sungai dan hentian di spice souk... @ Taxi Water
 
Salah satu hentian..@Taxi Water Bus
 
 
Semua Bus Stop kat Dubai berhawa dingin..
 

 
Sebelah kanan adalah pelabuhannya @dubai creek...
semua barang dia punggah kat situ saja..

Pasar besar Dubai @ Deira...

 
 
Pusing2 bandar Deira...@ Old Dubai Souk

 
Pusing2 bandar Deira...
 
 
 
Pandangan sekitar Deira... @laluan merah


 
Pandangan sekitar Deira... @ laluan merah
 
 
 

 
Wafi mall... kami masuk pi tandas je jap.. takut terlepas next bus...
 

Dah sampai tempat pertukaran..Station Wafi.. 
laluan biru @  Burj Dubai dan merah @ Deira
 
... Insyaallah kita sambung ke laluan biru nanti... @ Burj Dubai... kawasan bandar yang penuh dengan bangunan2 yang paling tinggi... hotel tertinggi.. apartment tertinggi... macam2 lagi....
 

Wednesday, June 18, 2014

MUSCAT TO DUBAI... DAY 2 @ Part 2 (Dubai Old Souk')

DAY 2 @ Part 2
 
Alhamdulillah.. pesan guru.. ' sejahat2 manusia adalah.. orang yang tak solat...'
jadi dimana jua kita.. solat janganlah tinggal.. apatah lagi ketika melancong...


Satelah rehat kejap.. lepas Asar kami melawat ' Dubai Old Souk' yang berhampiran dengan hotel kami saja..@ Deira.. dan sebahagiannya berada diseberang sungai @ Dubai Creek...
 
@ Textile Souk.. masih ingat dulu.. Dubai Silk yang popular..
datangnya dari daerah ini.. jualan2 runcit masih dilorong2 ini..
yang ambil banyak2 dalam kedai2 borong..
jual melalui semple2 dalam katalog.. 
 
 
 
Keseluruhan kawasan ni jual kain2...
tengok depan kain.. toleh kiri.. kanan.. kain..
 
 
 
Mai kita naik bot @ RTA Water Bus..
pi seberang creek.. mula2 kita singgah @ Spice Souk..
 
1 Bot.. 20 orang.. sekali jalan.. pi seberang sana..
harga tiket sorang 1 dirham..
sebelum jalan pemandu akan pusing satu round sambil tadah tangan...
 
 
 
Sampai dah Spice Souk.. satu pekan bau rempah...
cakap saja.. apa rempah mau..
 
 
 Sebut saja... semua ada..
 
 
 
Sebelah Spice Souk.. adalah 'Gold Souk'..
 
 
oleh kerana tak ada hajat.. kami tengok2 saja...
 

 
 Sepanjang jalan ini dan sekitarnya... kedai emas saja...
 
 
 
Malam lepas makan baru balik......


 
Bersambung besok...
insyaallah satu hari naik 'Big Bus Tours'... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 

 

 

 

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

Tuesday, June 17, 2014

MUSCAT TO DUBAI... DAY 2 @ Part 1

HARI KEDUA... @ Part 1
 
Selepas sarapan di hotel kami bergerak ke Dubai Mall @ Burj Khalifah..
( Dubai Metro. transit di Burjuman station. waktu puncak. pagi lagi.. kurang bau.. hahaa)
Kami kumpulan pertama untuk naik ke tingkat atas jam 10.00 pagi.. terasa teruja.. maklumlah nak naik bangunan tertinggi didunia.. mahasuci allah.. dia jugalah tempat berharap moga dipermudahkan segalanya..
Pintu masuk utama ke dewan menunggu...
 
Dalam ruang legar.. menunggu.. dipamirkan akan pembinaan 'burj Khalifah'... dinyatakan kenapa ditukar dari nama asal' Burj Dubai' kepada 'Burj Khalifa'.. Burj bererti.. Tower.. di sebelah kaunter ada sewaan alat penterjemahan dalam beberapa bahasa.. menceritakan akan hal2 Burj Khalifah ni.... 
 
 
5 minit lagi pintu nak buka.....
 
 
Para pelawat dihadapan dan belakang..

 
Lift untuk ke atas.. bayangkan kelajuannya..
1 minit sampai ke tingkat 124..

Deck luar di tingkat 124...
para pelawat ambil peluang bergambar...

 
Termasuklah kami...

 
 
 
Bahagian dalam di tingkat 124...
 
 

 
Tumpang ambil gamabar....
 

 
Hayati pandanagan di sekeliling 'Burj Khalifa' dari deck 124..


 
Hayati pandanagan di sekeliling 'Burj Khalifa' dari deck 124..


 
Hayati pandanagan di sekeliling 'Burj Khalifa' dari deck 124..
 

 
Hayati pandanagan di sekeliling 'Burj Khalifa' dari deck 124..


 
 Hayati pandanagan di sekeliling 'Burj Khalifa' dari deck 124..
 
Bila nanpak mesin ni.. teringatkan pada  Mohd Harris..
kesukaan dia menyimpan lencana yang di tuliskan namanya..
 
 
Buat kenang-kenangan.....
 
Hampir 2 jam kami dok atas tu...
dah turun sambung pusing Dubai Mall..
 
Mana2pun dia ada...
 
 
Satu2nya supermarket kat Dubai Mall..
 
 
Yang ini lah.. sebab salah satu yang membuatkan Dubai Mall ni terbesar di dunia...
ada Aquarium & Underwater Zoo.. Dia dakwa mempunyai Tanki yang terbesar sekali...
 
 
Tapi memang besaq sungguh.....
 
 
 
Ni kat tingkat satu.. buat kenang-kenangan...

 
Air Terjun yang tertinggi.. actual size.. dalam Mall... gilo..
sebelah dia ada gelanggang 'roller skates' sebesar padang bola..

 
 
Dah tak larat... tak habis kami jalan dalam Mall tu...
(kalau ditakdirkan.. insyaallah kami datang lagi..) kaki bagai nak tercabut...
balik ke hotel pun dah tak naik Metro Dubai.. naik Dubai Teksi lah pula...
Kalau kat Ground Floor.. sebiji teksi pun tak nampak...
 rupa2nya semua teksi naik dan turunkan penumpang kat Basement...
teksi kat Dubai semua pakai meter.. jadi tak perlu kuatir..