Sunday, October 25, 2015

# PART 3 EUROPE SWITZERLAND/ITALY

# PART 3 EUROPE SWITZERLAND/ITALY

  
Angan2 dan Perancangan....
 
Tentu semua orang teringin nak pi Switzerland...
tambah2 tengok filem hindi...
banyak sungguh pemandangan yang cantik2..
Sanggam adalah filem 1 pernah di buat di Switzerland hahaha..
perjalanan ke Europe kali di rancang 4 bulan lebih awal..
 tarikh cadangan (4/10/2015).. 
sebagai backpaker kenalah buat sikit kerja rumah...
semua kena tempah sendiri...
tanpa bantuan agensi pelancungan...
kena cari info setiap tempat nak pi...
pengangkutan... kediaman... tempat makan... jangan lupo...
banyak bandar pelancungan kat Swiss ni... terutama Express Train dia...
Alam maya ni... bukan semua boleh kita percaya...
buat sikit carian / perbandingan..
tapi sinilah tempat segala rujukan untuk mencari maklumat...
taip apa saja keluarlah.. taip baik  baiklah yang dapat...
apatah lagi yang buruk...
guna sepenuh nya abang google ni..
Ok kita mulakan angan2 dan perancangan kita...
 nak pusing2 satu Switzerland..
satelah kajian dibuat inilah perancangan kami...
kami buat sikit rajah/carta takut silap hari...
berapa malam nak sewa hotel...
bandar2 yang nak singgah tidor...
kalau silap tempah/hari.. lebur duit kita...
Kami bermula di Muscat... tujuan adalah Zurich..
selalu naik Omanair..
kali ni kami nak cuba Emirates pula...
nak rasa Airbus A380-800..
Muscat - Dubai - Zurich... alhamdulillah tiket siap ditempah...
 macam tak caya pula.. tempah awal dapat murah..
 
ZURICH
Ikut rencana sampai Zurich (4/10/2015)1.30 petang waktu tempatan
 2 jam lewat dari waktu Oman dan 6 jam dari waktu Malaysia...
1: beli tiket Swiss Travel Pass
2: cari sim card untuk internet
 
LUCERNE @LUZERN
kami bercadang tidor di Lucerne 3 malam...
katanya 1jam 30 minit kalau naik train laju dari Zurich... 
(Hotel Alpina Luzern)
1: melawat Mt Titlis
2: melawat Mt Pilatus @ Pilatus Kulm
3. Lion Monument
 
INTERLAKEN
ikut dalam rajah tu 7/10 kami bertolak pi ke bandar lain iaitu Interlaken..
insyaallah 2 malam disini..
(Hotel Merkur)
1: melawat 'Top of Europe' @ Jungfraujoch
2: pusing2 ke Geneva... habis kata nak pusing satu Switzerland..
(Jet d'Eau Fountain)
 
ZERMATT
Seterusnya (9/10)  dari Interlaken kami bercadang ke Zermatt
(Hotel Schlosshotel)
1: melawat Gornergrat sebelah Matterhorn
( tempat para pencinta pendaki dan para peluncur ski)
(10/10) kami
2: tujuan utama nak naik Glacier Express Train
( keretapi expres paling perlahan di dunia)..
full swing Zermatt ke St. Moritz..
 
ST. MORITZ
besoknya (11/10) kami bercadang sambung ke Milan @Milano Itali
(Hotel Languard)
1:naik Bernina Express Train separuh jalan
2: sambung naik train Itali ke Milan
 
MILAN @MILANO
(12/10 ) cadang bertolak ke Venice @Venezia... 1 malam disini..
 .. bermalam di Milan...
(Hotel Berna)
1: nak round2 pusat bandar Milan
(apa ada di Milan?
@Galleria Vittorio Emanuele ll )
 
VENICE @ VENEZIA
(13/10) balik semula ke Milan
(Hotel Antiche Figure)
1: tujuan utama nak naik Gondola
 
MILAN @MILANO
14/10 menghala ke Zurich semula...
kalau terus ke Zurich hampir 7 jam...
jadi kami cadang bermalam di Milan.. 
(Hotel Bristol)
1: pusing2 Milan sekali lagi hotel lain pula..
(apa ada di Milan?)
 
ZURICH
2 malam disini..
cukup satu pusingan...
16/10 sebelum berangkat pulang dan sampai 17/10 di Muscat Oman.
 ( Hotel Limmatblick)
1: pusing2 bandar Zurich
(apa ada di Zurich?)
Antara tempat dirujuk... pandangan dari kawan2 kat situ banyak menolong.. semua tempat2 lawatan kami rujuk kat sini 'tripadvisor'... kaji dia punya pro dan kontra... ada yang suka... ada yang tidak.... disamping website tempat2 yang berkenaan...
semua tempat penginapan.. sini lah tempat saya rujuk/tempah...
ada banyak website yang boleh guna... tapi saya suka yang ni... paling murah dan mesra pengguna... lagi awal tempah lagi murah.. tapi bila di Switzerland depa tak boleh masuk.. kena guna Booking.com tapi saya masih menggunakan agoda (2 kali pengesahan)... 
tapi harga dia kena ikut Booking.com... mahal lah sikit..
tapi lebih selamat.. dan agoda ada point untuk ahli2nya....
 
SWITZERLAND
(nak mudah guna..
download dulu website train 'SBB mobile' kat phone kita)
kena beli tiket 'Swiss Pass Travel' satu pass boleh guna semua jenis pengangkutan dalam Swiss melainkan train naik bukit dan kabel car... tiket ni beli kat swiss ok ja sama harganya dengan beli online awal...jadi pengankutan kebandar2 dalam swiss settle dengan pass ni...
ITALI
(nak mudah guna..
download dulu website train 'Train Timetable Itali' kat phone kita)
tapi semua tiket train laju kat Itali kena beli on line awal... sebab murah.. kalau beli masa kat station alamat tak mampulah kita...contohnya... Milan pi Venice kami beli on line 2 bulan awal.. 18 euro untuk 2 orang satu hala.. kalau beli pada tarikh tu 37 euro sorang satu hala...
begitu juga Milan ke Zurich... kena beli tiket online 2 bulan awal
 
 NOTA:
Pastikan semua surat2 pengesahan tiket2 train / hotel yang kita dah tempah online kita buat 2 salinan untuk rujukan... selain disimpan dalam talipon... kalau nak selamat sikit simpan dalam Dropbox... rasanya yang itu dulu... yang lain2 sampingan akan dicerita kemudian....
kita merancang sesuatu... Allah jua penentunya... berdoa dan bertawakallah moga segala perancanagan berjalan dengan jayanya... aaminn
 
 
 

4 comments:

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik...

MURNI SANTI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
FRADESY RIRITIA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kuwat Wibawa said...
This comment has been removed by a blog administrator.