Tuesday, October 27, 2015

# PART 3 EUROPE SWITZERLAND @ MT. TITLIS



JALAN2 PI MT. TITLIS

Antara tempat lawatan yang popular kalau pi Switzerland....
hanya 2 jalan darat boleh sampai kesini....
mendaki dari bawah... atau naik train (cogwheel) sambung 'cable car'..
Bandar LUZERN @ LUSERNE..
adalah tempat yang paling sesuai/dekat nak pi sini...
sementara pekan di bawah sebelum naik adalah Engelberg.
 
Laluan naik ke Mt. Titlis...
mula dengan Cogwheel... tukar naik 'cable car' (Gerschnialp)...
tukar lagi naik 'cable car' (Trubsee)... dan akhir sekali..
naik 'cable car' yang boleh pusing2 (Stand) Rotair ...
baru sampai Klein Titlis
kalau dari bawah.. tukar2 pengangkutan tu...
kira2 30 minit sampailah atas...
 
kita bermula dari bandar Luzern...
dari Main train station kita ke Engelberg...
 
ini laluan yang popular... 43 minit sampai pekan dia....
Engelberg.... kalau musim salji ramai gila kata depa....
ramai peluncur ski... lepak sini...
nikmatilah pemandangan yang menakjubkan sepanjang jalan..
ni station train dia....
keluar ja kat depan tu...
ada bas tunggu untuk ke Station 'cable car' Titlis tu...
 
ni platform dia... kalau nak naik bas terus ke depan ja...
keluar ja ada bas tunggu... lambat kalu kena tinggal...
tapi banyak orang yang jalan je pi Station 'cable car' tu...
boleh sambil2 tengok kampong/pekan depa...
kalau nak jalan.. keluar ikut belakang platform ni...
station dia tak berpagar... ikut ja lorong sebelah kanan...
menyusuri lorong2.. membawa kita sampai kesana...
rasanya ramai yang berjalan... sekitar 13 minit saja...
naik bas kena bayar... pakai Swiss Pass free..
 
lalu kat tepi ladang ternak ni... cantikkkk....
 
lepas ladang tu.. tempoh sederet kedai ni...
boleh shopping2 kalau mau...
 
simpang depan sebelah kanan... boleh ikut tepi sungai ni...
sebelah kanan tu bas2 persiaran parking...
kalau ikut agensi.. turun bas disini..
 
pusing belakang...
depan tu dah pintu masuk nak naik 'cable car'..
 
 
Sebelum masuk... selfie jap.. buat kenangan dah sampai sini...

Dah masuk kena beli tiket sini... Swiss Pass ada 50% diskaun..
CHF 44.50 sorang... kalau tidak telan airlior juga..
kalau kita beli online kena mai sini juga untuk ambil tiket dia..
tak ada tiket tak boleh naik.. lebih lengkap disini SINI
 
ni tiket nak masuk/naik...
kena touch kat mesin masuk untuk naik...

kena beratur sebelum naik..
ni ok juga... kalau tengok dia punya tempat beratur...
macam ular.. panjangnya...
service bagus.. ramai2 ni 2 trip habis dia angkut...
mejoriti pelancong dari tanah besar China..
nanti kalau sempat cerita sikit bab ni.. hahaaa

 
ni dia punya... Cogwheel...
sekali jalan 2 biji bas boleh naik...

ni masa kat dalam...
petua yang bagus... dok depan@berdiri atau belakang sekali..
bukan apa pemandangan dia cantik2...

Pemandangan dari atas... Cogwheel

sampai tengah jalan dia berselisih...
 
ni station pertama.. kena tukar naik 'cable car'

tukar lagi kat station kedua.. Trubsee
 
 Ni 'cable car' tu.. dua kali tukar...
 

bila ramai2 rasa hilang gayat... hahaa
 
dah nak sampai station ke 3... Stand
 
 
 
ni yang dikatakan 'Rotair'... dia berpusing 180 darjah
 
Sampai akhirnya kepuncak ... Klein Titlis
alhamdulillah.. jejak juga akhirnya di Titlis Switzerland..
 
Station dia 5 tingkat...
atas sekali.. bila keluar jumpa mamat ni...
 
nikmatilah sebahagian pemandangannya...
tak semua dapat ambil... simpan dalam memori kepala...
banyak sangat tak terambil...

satu buat kenangan....

antara aktiviti yang ada di puncak tu....
ni lagi seram/sejuk dan sejuk bangat..
' Ice Flyer '

 
 
ni menyusuri titi gantung.... Titlis Cliff Walk
jangan pandang bawah...
 


kat dalam station dia ada kedai makan...
kedai bergambar... ruang rehat..

 
orang kata nak lawan sejuk makan aiscream... hahaaa
rehat jap selepas penat/sejuk pusing2 kat luar tu..
sebelum mula oparasi nak turun...
alhamdulillah cuaca cukup baik hari ni...
 
JUMPA LAGI... INSYAALLAH





 

 



 

 

 

 



 









 



 



 

 

 
 


No comments: