Friday, July 5, 2013

"RAMADHAN YANG DI NANTI."

Merenung kembali khutbah jumaat yang lalu...dengan tajuk diatas....buat kekawan yang tertidur masatu...dicatit semula sebahagian isi kandunganya....

Banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan.......

Antaranya ialah pertama: Memantapkan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

Kedua: Menjaga dan memelihara kesihatan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh badan memerlukan tenaga bagi melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya.

Ketiga: Kewangan yang cukup. Di antaranya ialah kita hendaklah banyak bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan.

Keempat: Senantiasa berdoa. Di kesempatan bulan Ramadhan kita dituntut memperbanyakkan berdoa. Para Salaf as-Soleh sentiasa berdoa. Antara doa mereka adalah: Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku."

Kelima: Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita juga dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan.

No comments: