Tuesday, April 15, 2014

SEBULAN DI KYOTO. JAPAN.

Al hamdulillah.. dengan izinya jua segala perancangan berjalan lancar.. selepas sebulan di Oman.. balik ke Malaysia untuk tugas selanjutnya ke Kyoto... tolong anak/menantu kemas barang2.. dah habis belajar.. nak balik malaysia dah.. disamping menghadiri majlis convo Dr. Mastura & Dr Mohd Harris.. kali ni pergi bersaorangan.. sebab ada yg tak dapat cuti..

Kali ni guna pastport baru.. tak perlu mohon visa seperti tahun2 yg lalu.. 
Subuh dalam flight je.. sampai Kansai airport.. Osaka kena naik train pula nak ke Kyoto station.. naik rapid train cepat sikit.
Kyoto station masih tak berubah.. cuma cuaca agak sejuk.. kena cari baju tambahan nampaknya.. 

Al hamdulillah.. selesa sikit

Kali pi kyoto tak berjalan sangat.. banyak kat rumah mengemas.. pack barang2 untuk dibawa pulang.. yang nak ditinggalkan.. barang2 yg tak mau bukan boleh main buang depan rumah saja.. alhamdulillah ada barang2 yg boleh diberikan pada  pelajar2 yg baru datang hujung tahun.. win..win.. moga allah memberikan ganjarannya pada kita semua..

Bunga sakura belum berkembang.. tapi dah nampak putik2nya..
Awal bulan Mac ni.. kyoto masih sejuk.. ada ketika masih 1°.. ada hari salji masih turun dengan hujan dan angin..
Berpeluang menghadiri majlis perpisahan yg diadakan oleh persatuan pelajar2 malaysia di kyoto.. tahun ini 3 Dr. Dihasilkan oleh Kyoto Universiti.. Tahniah buat.. Dr Mastura.. Dr Mohd Harris dan Dr Amir..
Berpeluang 2 kali solat jumaat di kyoto.. solat kat ruang basement pejabat ni.. boleh tahan sempit dia.. persatuan dalam perancangan membeli binaan baru.. moga tercapai hajat jawatankuasa.. insyaallah
2 minggu kemudian.. datang 2 orang lagi bagi membantu untuk mengemas..
Sementara tunggu tarikh 24/3/14.. nak hilang jemu ronda2 pekan kyoto.
Gambar2 sekitar bandaraya kyoto.. banyak sangat gambar..

Hari yang ditunggu.. 24/3/2014... majlis convo anakmenantu dari Universiti Kyoto.. 


Tanggal 25.3.14.. tarikh kritikal.. rumah sewa perlu dikosongkan.. semua barang mesti clear hari ni.. awal pagi wakil kontena datang ambil barang yg nak dihantar ke malaysia.. potong api air hari ni juga.. terpaksa sewa kereta untuk bawa barang2 ke rumah homestay hari ni juga.. allah jua yg maha mengetahuinya..
Antara barang2 yg dibuang..
Sebahagian barang2 yang dihantar pulang ke malaysia.. 
Antara barang yg ditinggal untuk pelajar yg baru datang.. moga allah memberikan keberkatannya..
Berpindahlah kami ke sini 4 hari 3 malam sebelum berangkat pulang.. 
Homestay tu betul2 sebelah rail track.. 

Akhirnya.. tanggal 30.3.14 kami berangkat pulang.. selamat tinggal kyoto.. sayonara.. jika ditakdirkan ada rezeki lagi insyaallah sampai lagi.... mattanee.
Sejauh mana kita pergi.. cantik2 negara orang.. pastinya negara sendiri juga yg terbaik..

No comments: