Sunday, May 3, 2015

MANA DULU?..... @ YANG WAJIB

Buat melepaskan tanggong jawab pada anak2.....
 
Sebelum mengisahkan perjalanan kali ini....
Oman... Holland @ 3 Bandar... Germany @ 4 Bandar...
Cuma nak ingatkan anak2... sebenarnya melancong ini menyeronokan... tambahan pula sekarang ni kalau diperhatikan ramai yang suka melancong.. tak kiralah dekat atau pun jauh.. ikut agensi atau sebagai backpaker....
mari kita buat kiraan sikit....
 
@ pinjam dari google...
 
Kekadang kita terlepas pandang... kita asyik nak melancong tapi sebagai sorang muslim kita lupa.. mungkin juga alpa... untuk melengkapkan rukun islam sebelum melakukan perkara2 yang diharuskan....
dipamirkan kos bagi mengerjakan haji oleh Tabung Haji...
 
JENIS JEMAAH
KOS HAJI (RM)TANGGUNGAN KOS HAJI (RM)BAYARAN HAJI (RM)
MUASSASAH
 
warganegara belum tunai haji
RM16,155
RM6,175
RM 9,980
warganegara telah tunai haji
RM16,155
Tiada
RM16,155
 
Sekarang nak pi haji kena ikut kota.... kalau ikut kata orang perak lagi haru... @ikut kot?
anak2 ku... sebagai orang islam... sekurang2nya biarlah duit kita cukup dalam Tabung Haji sebanyak Rm 10,000.00... sebelum merancang nak melancung atau bercuti keluar negara ... pergilah kemana pun... sekurang2nya... bila ajal menjemput boleh juga nak menjawab... tahniah lah buat penyimpan2 tabung haji... setiap tahun rupanya kita sedikit sebanyak menyumbang untuk orang2 yang pi mengerjakan haji..  tu yang duit dok bertambah2... benarlah janji allah.... itu bab no 5... jangan lah lupa juga bab no 4... zakat dah keluar ke belum?...
 
ZAKAT:
Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki.
 
Insyaallah selepas ini.. perjalanan percutian kita diberkati allah...
Apa sekali pun alasan.. allah jualah yang mengetahuinya... kos percutian sikit2 pun makan ribu2 juga.. kalau dah 2/3 kali rasa2nya cukup untuk perbelanjaan mengerjakan haji... ada kata nak tunggu bersara... apa mungkin kita pasti sempat sampai kepadanya...
 
Ketika melancong/bermusafir.... rajin2lah berdoa moga2 kita dijemput allah mengunjungi rumahnya @ baitullah... pada tahun2 yang mendatang... kerana doa orang yang bermusafir adalah antara doa yang mustajab....
 
Tahniah buat kawan2 yang telah mendapat tawaran mengerjakan haji tahun ini... moga segala urusan dipermudahkan... buat kawan2 yang merayu... moga berjaya menjadi tetamu allah tahun ini... kalau tidak pun tahun2 yang mendatang...insyaallah.
 
 


No comments: