Saturday, June 27, 2015

HOLLAND #AMSTERDAM #VOLENDAM # MERKEN

DAY: AMSTERDAM #HOLLAND


I amsterdam @ Schipol airport

Alhamdulillah... sambung balik cerita bermusafir kali ini....
hari ni hari ke 5 kami disini.. hari terakhir di Holland @ Amsterdam.. 
alhamdulillah cuaca elok hari ini...
ini adalah aturcara yang ditukar dengan hari semalam.....
hari ni Holland sambut 'King Day'... tengahhari tentu sebok...
Arah tuju hari ni adalah ke VOLENDAM...
 hala tuju mencari kilang buat Terompah dan Keju Belanda..
lebih mudah dan dekat nak pi sana naik bas ja....
ada 2 bas lalu ikut pekan tu..
bas no 312 atau no 316... kami naik bas no 312...
 
Station bas berada di belakang Main Train Station...
tiket boleh beli atas bas.... 10 euro... pi balik..
 boleh dikatakan semua penumpang nak pi sana...
alhamdulillah kami keluar awal...
kalau lambat sesaklah sebab hari cuti perayaan..
sekitar 40 minit sampailah kami...

Flea Market @ Volendam
 
Oleh kerana hari ini cuti umum..
boleh dikatakan setiap bandar kecil ada 'flea market'
kalau kita macam pasar karat lah tu..

tumpang sekaki buat kenangan...

 
ni lah orang ramai nak pi spot pelancong di Volendam...
termasuklah kami.. ada beberapa tempat yang menarik disini...
 
 
inilah tempatnya...sebuah bandar kecil tepi laut...
kami sampai awal tak ramailah lagi...
kebanyak depa baru nak brunch....
 
sini semua makanan berasaskan seafood..
jadi kalau tak rasa makan kat sini tak berbaloilah...
 
ini menu utama depa.. cukup popular....
'ikan herring'
 
                       
Ni semua gerai2 tepi jalan ja.. lebih santai 
kalau nak lebih selesa masuk lah restoran setentang jalan ja
 

semua kedai ada jual ikan herring tu...

 

oleh kerana agak awal lagi.. kami ambil keputusan untuk pi seberang dulu...
naik ferry ke MARKEN.... tiket dia 10 euro juga pi dan balik...
tapi kami ada Holland Pass.. free lah..sekitar 30 minit sampailah seberang..
sebenarnya boleh juga pi naik bas... tapi kena pusing jauhlah..
biasanya kesini nak pi kilang buat Terompah Belanda....
 
Kat atas ni angin sepui2 bahasa.. sejuk..  walau matahari atas kepala...
cuma silau ja.. lawa cermin mata tu....

Pandangan dari atas ferry hala ke daratan....

orang tak ramai lagi.. boleh lah pilih nak duduk mana2..
atas atau kat bawah
 
duduk belakang ni.. kurang sejuk sikit dan tak silau..

 
 
dari kejauhan jeti Marken...
 
pemandangan sebahagian jeti Marken dari atas ferry..
 
 
Sebahagian kedai2/restoran @Jeti Marken..
 
Bila sampai sini...
kita menyusuri tepi2 rumah ni untuk sampai antara 1 kilang tu..
dalam @10 minit sampailah
 
Dah sampaidah layan dulu sebelum ada orang...
kalau nak tengok demo dia buat kasut tu...
nasib2lah kalau ada group tour.. biasanya sentiasa ada.. insyaallah
dalam 5 minit kami pusing2 situ adalah group tour yang masuk... alhamdulillah

 

 
 ni mamat yang buat demo tu.... lawak dia..
lupa nama dia.. dia kata rupa dia macam artis.... hahahaa

nak pakai Terompah tu.. lebih elok pakai sarung kaki ni...
sebab tu bila depa pakai kemas ja..


Cuba acu ja.. belinya tidak...
beli yang gantung2 kat dinding ja..
 
ok dah habis pusing2 Marken.. kita balik seberang..
masa balik duduk dalam ferry.. sempat mengeteh kat dalam tu..
 
@Volendam... Orang dah mula ramai....
biasanya kat sini orang datang makan2 atau beli belah...
kalau pelancong depa tambah lagi boleh bergambar2...
kalau nak bergambar ala2 orang Holland kat sinilah.. banyak kedai gambar..
ada kilang buat Keju sederet dengan kedai2 tu...
 
 
Makin ramai orang....
 
@Cheese Factory Volendam.
bangunan dia 2 tingkat.. atas dijadikan pusat jualan..
bawah tempat pembuatan dia termasuk ruang untuk demo buat keju tu..
kalau nak tengok demo dia buat cheese tu...
nasib2lah kalau ada group tour.. biasanya sentiasa ada.. insyaallah
dalam dok pusing2 situ adalah group tour yang masuk... alhamdulillah
 
Ni kat tingkat bawah..
kata awek tu.. yang menunjukan cara2 keju tu dibuat dan kegunaannya... 
orang Holland memang suka makan Cheese..
dikatakan nisbahnya 1 ekor lembu untuk 4 orang Holland...
contohnya macam dia.... sehattt... hahahaa
 
Bahagian store kat tingkat bawah..
selak cheese baru nampak orang...
jadi belilah apa yang patut untuk dimakan..
 
Dah selesai kat Volendam... balik semula ke city center..
hari ni King Day... meriah dengan depa minum2 tengah jalan dan nyanyi2...
semua tram dalam town dihentikan...
hahaa... tengah2 panas pun pakai baju tebai ka....
 
Suasana depa sambut King Day...
Jalan Damrak tu tutup sepenuhnya..

Rata2 Orange....
dah penat pusing2 Damrak tu.. kami balik ke main station cari Metro..
sebab metro ja yang jalan...
nampak pelancong Malaysia seret bag dalam ramai2 tu..
agaknya hotel depa kat area Damrak tu...
jadi semua kenderaan tak boleh masuk.... terpaksalah seret..
note: sebagai backpaker kena ambil perhatian perayaan2 tempat2 kita nak pi...
 
Kami naik metro lajak terus ke Schipol Airport..
nak makan siap2 sebelum balik hotel pernginapan...
dan nak posing2 kat sini...
kalau mai Amsterdam tak ada gambar @ I amsterdam.. tak sah
ada beberapa tempat kat amsterdam ada benda ni..
 
 
 

Perut dah kenyang... moh kita balik hotel...
 

 


No comments: