Wednesday, October 4, 2017

#ANTARA JABEL AL AKHDAR DAN JABEL SHAM'S

Alhamdulillah diberi peluang menyusuri dua Jabel ni...
itu tujuan utama kami mai Nizwa, Oman ni...
Jabel Akhdar dan Jabel Sham's...@Oman
moga cerita kami memberi sedikit faedah..
 
#JABEL AL AKHDAR

Jebel Akhar, Jabal Akhdar atau Al Jabal Al Akhdar
(Bahasa Arab: الأخضر الجبل yang bermaksud "Gunung hijau"),
merupakan sebahagian banjaran pergunungan Al Hajar
dalam pentadbiran Ad Dakhiliyah..  Oman
lebihkurang 59 minit memandu dari Nizwa


'Jebel Akhdar Sanctuary for Natural Sceneries'


#gambar google

ni pintu masuk nak naik ke Jabel Akhdar...
semua kenderaan kena melaluinya..
sekatan polis..
depa tanya hang mai mana...
nak pi mana..
cuma kereta pacuan 4 roda saja dibenarkan naik...
kalau kereta sedan dok tepi no...
nampak juga lori pickup
dan tanker air naik...
depa kata untuk keselamatan..
kat atas tu ada kem askar..
mungkin itu sebabnya..

#gambar google
laluan naik ke Jabel Akhdar...
jalan dia cantik berturap...
sambil nikmati pandangan kiri kanan...

ni sebahagian jalan nak naik ke atas...
aku rasa kereta sedan pun boleh naik...
 kalau hampa mai sini naik kereta sedan
jangan risau sebab kat bawah tu tadi ada
orang2 Omani yang sediakan perkhidmatan
sewa kereta pacuan 4 roda tu
pandai2lah tawar menawar...
biasanya sewa kereta tu sekitar
 OR 25 hingga OR 40
boleh sewa dengan pemandu sekali...
 jangan risau nak cari kereta tu kat mana
depa akan cari hampa..
bila kita sampai ja kat bulatan
pekan Birkat Al Mouz
ada ja kereta pacuan 4 roda tahan hampa
atau ada je kereta pacuan 4 roda
ikut belakang hampa...
jangan takut pula
kita boleh kata mau atau tak...
depa ok ja
 


Jabel Akhdar juga
dikenali dengan tempat
 perahan air rose tradisional..
(depa kata bulan 4 banyak )
 dan tempat hasil pertanian termasuk
 pomegranates, walnut, aprikot,
olive, anggur hitam dan peaches
Ia juga adalah tempat pembiakan lebah madu
untuk kegunaan sebahagian besar di Oman
tapi nasib2 la musim apa hampa mai 
ini rupanya pokok buah zaitun...
bila sampai kat atas tu
sepanjang jalan depa dok jual buah2an
ikut musim...
la ni masih musim pomegranates
ala... buah delima 
 
dengan ketinggian dia lebihkurang
3000 meter dari paras laut
dengan cuaca yang sikit sejuk
di musim summer ni biasanya sekitar
20/29 darjah... jika dibandingkan di muscat
 
 
ada 2/3 tempat yang kami berhenti
untuk melihat panoramanya...
yang mempersonakan...
subhanallah... mahasuci Alllah..

 
ini antara resort lima bintang depa
#Anantara Resort Jabal Al Akhbar
 kami mai sini sebab ada sesuatu yang menarik..
#Diana's Point
 
#Diana's Point
depa kata Diana Princess Wales
pernah mai sini 
bersamasama dengan Putera Charles
pada November 1986..
sempena dengan itu depa
membina sebuah platform ditengah2 resort
 bagi memperingati kedatangannya...
 
kami tumpang sekaki..
bukan senang nak dapat masuk....
 
#Anantara Resort Al Jabal Al Akhbar
#pinjam google
kena cari drone pula lepas ni...
tu... yang terjuntai sebelah kiri tu..
Diana's Point

 

#JABEL SHAM'S
 

Jebel Sham's
Bahasa Arab: شمس جبل, (Gunung Matahari)
terletak di timur laut Oman ke utara bandar Al Hamra.
 juga sebahagian dari banjaran pergunungan Al Hajar
1 jam 50 mnit kalau memandu dari Nizwa
Ia adalah gunung tertinggi di Oman
depa kata 3009 meter dari paras laut... 
Pada musim panas, suhu adalah kira-kira 20 ° C
dan pada musim sejuk
 adakala jatuh kepada kurang daripada 0 ° C
juga dikenali sebagai
"Grand Canyon of Oman"

 #"Grand Canyon of Oman"


 #"Grand Canyon of Oman"
 dan merupakan salah satu kawasan
paling menakjubkan di Oman.
 subhanallah... mahasuci Alllah..


keadaan berbeza nak kesini kalau dibandingkan
 dengan nak ke Jabel Akhdar
kita boleh ja naik dengan kereta sedan..
cuma ditengah jalan
 kena tempuh jalan yang berbatu/pasir
30 minit juga kena randuk jalan tu...
jalan macam ni..
30 minit juga kena randuk...
tak ada tunjuk arah.. betui ka tidak ni...
ada 2 simpang ja kat atas tu...
ikut ja arah ke Jabel Sham's Resort...
insyaallah
 
pinjam gambar google nak tunjuk
macam mana jalan dia...
kalau hari hujan susahlah sikit
kalau ada pacuan 4 roda... belasah ja
jumpa mamat tengah jalan naik
pacuan 4 roda... dia tanya jauh ka lagi...
hahahaa sah kebas bontot..

 
kalau hala Jabel Sham's ni...
jangan la dok cari orang jual buah...
memang tak ada
yang ado kambing banyak...
jadi siap sedialah sedikit makanan/minuman

 
ni antara dua resort yang ada kat atas tu...
rasa2 nya cuti  mingguan  ja depa buka..
atau musim cuti ekolah
jauh gerek ni jalan..
dari Malaysia ni...


kami belanja gambar sikit
satelah 2 jam memandu kesini
biarlah gambar yang berbicara..
 #"Grand Canyon of Oman"
subhanallah... mahasuci Alllah..


 #"Grand Canyon of Oman"
subhanallah... mahasuci Alllah..
 
moga paparan kami memberi sedikit info
yang baik itu dari Allah
yang buruk itu
atas kelemahan kami jua..
insyaallah jumpa lagi...
 


No comments: