Tuesday, November 7, 2017

PENYU @Ras Al Jinz Turtle Reserve #OMAN


 #Ras Al Jinz Turtle Reserve

perjalanan seterusnya kami ke
Ras Al Jinz Turtle Reserve dari Sur...
tujuan utama nak tengok penyu bertelor...
kalau dari Muscat memandu 3 jam lebih..
tapi dari Sur ni 45 minit ja...


@Pantai...
Ras Al Jinz Turtle Reserve

pandangan sepanjang jalan dari
Sur ke Ras Al Jinz Turtle Reserve



di penghujung jalan ada satu simpang...
hala kiri 8 minit memandu ke bandar Ras Al Hadd
kalau ke kanan hala ke Al Ashkharah
 
@Ras al Hadd
sebelum pi Ras Al Jinz Turtle Reserve
kami singgah pekan ni...
 pandangan bandar Ras Al Hadd dari kejauhan..
depa kata boleh tengok penyu kat pekan ni...
kalau kita menyusuri pantai dia
@Ras Al Hadd
kita akan melewati
pondok2 dari pelepah tamar
depa kata tempat mengintai penyu...
penyu kan sensitive dengan cahaya...
kalau ada cahaya dia tak mai mendarat..
kita boleh sewa pondok2 ni..

pintu masuk ke Ras Al Jinz Turtle Reserve
 
20 minit memandu
dari pekan Ras Al Hadd 
menghala ke Al Ashkharah
ada papan tanda tepi jalan
ke Ras Al Jinz Turtle Reserve sebelah kiri..
5 minit memandu masuk hala ke laut
sampailah kat Ras Al Jinz Turtle Reserve
pintu utama depan
 hotel Ras Al Jinz Turtle Reserve
 
pandangan dari belakang hotel
pinjam gambar google...
@Luxury Eco Tents
 
bahagian dalam Luxury Eco Tents
 
hotel Ras Al Jinz Turtle Reserve ni 
depa ada 2 jenis bilik
1. Carapace Rooms bilik hotel biasa
dalam bangunan tu
2. Luxury Eco Tents seperti di dalam gambar
terletak bersebelahan bangunan utama
 
view pantai dari Carapace Rooms
view pantai dari bilik Luxury Eco Tents
 

aktiviti utama disini adalah melihat penyu...
ada 2 waktu malihat penyu..
malam bila penyu naik bertelur
dan awal pagi bila penyu pulang ke laut..
sebahagian pengunjung
 nak pi tengok penyu bertelur..
masa ni depa buka untuk orang luar...
sedikit bayaran dikenakan
OMR 7 untuk orang luar..
OMR 5 untuk pemegang residen kad
OMR 3 untuk Omani
OMR 1 bagi kanak2
penghuni hotel free 
setiap kumpulan ada pemandunya...
beberapa arahan perlu dipatuhi
terutama bab cahaya... @kamera
depa mula masuk ke pantai jam 9.00 malam
sambil2 berdoalah...
 moga dapat lihat penyu tengah bertelur
 
anak penyu yang telah menetas
mencari jalan arah ke laut...
anak2 penyu dibiarkan menetas
secara semula jadi...

depa kata dalam dunia ni ada 7 jenis penyu
5 darinya ada di laut Oman....
penyu yang popular kat sini..
@green turtle
 depa kata penyu mudah dilihat during summer time,
iaitu  bulan May sehingga September
 
kami belanja gambar jalah...
video panjang sangat...
boleh tengok dengan jelas telur jatuh
satu demi satu...
tapi yang paling menarik adalah
waktu melihat penyu pulang diwaktu pagi
yang ni orang luar tak boleh masuk
khas untuk penghuni hotel saja...
depa bawa pi ke pantai sekitar jam 5.00 pagi

kesan2 tapak penyu
menyusuri hala ke laut...
banyak tu...

biarlah gambar berbicara...
aku mau pulang...


 biarlah gambar berbicara...
banyak hala depa cari jalan pulang ke laut....
 


biarlah gambar berbicara...
yang ni baru nak gerak keluar...


lepaskan kembali aku ke laut...

 
kat sini juga depa panggil golden sand

ok lah kami pun mau pulang...
 
kami sambung perjalanan...
nak pulang ke Muscat..
masa mai hari tu kami ikut laluan tepi pantai
kali ni balik ikut jalan pendalaman sikit...
melalui Bidiyah @Wahiba Sand
terus ke Ibra, Fanja dan ke Muscat

tujuan ikut laluan ni sebab nak singgah
Wadi Bani Khalid..
kalau hampa google
cari Wadi Bani Khalid Parking Area
takut hampa ikut salah jalan
lebih kurang 15 minit sebelum Bidiyah dari Sur
ni tempat parking dia...
kena jalan 5/6 minit kedepan
ikut ja track laluan yang mudah
tak macam Wadi Al Shab..



ha.. dah sampai..
terpegun sekejab... keindahan kejadian alam
subhanallah
 

biarlah gambar berbicara...







ada gua kat sini...
Muqal Cave antara gua yang popular kat Oman
kalau ikut gambar kat google cantik kat dalam tu..
setakat ini lah dulu..
jumpa lagi.. insyaallah
yang baik dari allah jua
yang buruk itu dari kelemahan kami jua
 


No comments: