Friday, March 22, 2019

#JALAN JALAN KE GIBRALTAR

JALAN JALAN KE GIBRALTAR

Gibraltar is a British Overseas Territory...
 During World War II...
 it was an important base for the Royal Navy...
 as it controlled the entrance and exit...
 to the Mediterranean Sea,
@puncak tertinggi Gibratar...

selepas sarapan...
kami mula bergerak ke Gibratar....
kena cross sempadan...
sebab Gibratar adalah tanah jajahan British...

kami masih menggunakan khidmat dia...
kami sewa untuk 2 hari...
dari Malaga ada bas nak ke Gibratar...
masa dia agak terhad...
jarak antara Malaga ke Gibratar sekitar 135 km..
1 jam 45 minit kalau memandu menyusuri jalan pantai dia...
kami singgah sini dulu...
@Marbella
Marbella adalah kawasan bandar dan resort...
 di Costa del Sol selatan Sepanyol,
cantik bandar marbella ni...

@Sate Puerto Banús
jalan masuk ke ...
@marina.. Sate Puerto Banús...

@marina.. Sate Puerto Banús...
Puerto Banus is Marbella's world-famous port...
 right in the heart of Spain's Costa del Sol...
 It's a millionaire's playground with beach clubs...
 super-yachts moored in the marina..
 and a long strip of bars..
 clubs and designer boutiques along the water

depa kata sini .... taman permainan jutawan...
kami tumpang swafoto ja...
sambil2 jeling kapai2 depa...

rasanya kapai2 layar...
 lebih banyak dari kereta kat area2 sini...


tolak kapai baru nampak ayaq...


hari tu kami booking kereta ni masa online...
tapi dah habis.. tu yang dia bagi Golf tu...
kalau tidak merasa bawa dia...


antara butik2 yang popular...
ada juga butik orang kampong...
@Statue La Victoria
gifted to Puerto Banus in 1994...
 by the Mayor of Moscow.
@Banús Beach..
Marbella 
cantik pantai depa...
kami tak nampak sampah pun...




 Sate Puerto Banús...
dari arah laut pula...

kawasan ni tak boleh mandi...
kawasan pemecah ombak...

orang mai tempat dia..
dia pi cutilah pula...
jangan tak singgah...

jom sambung perjalanan ke Gibratar....

@Parking Santa Barbara...
latar belakang...
 The Rock of Gibraltar
juga dikenali @Jabal Thariq...
mercutanda Gibraltar
kalau dari Spain ke Gibraltar..
 biasanya dengan bas dari Malaga ..
kita turun di La Linea bandar terakhir di Spain...
 bandar bersempadan dengan gibraltar..
pintu masuk ke Gibraltar dari Spain...
bandar sebelah Spain... La Linea..
pintu masuk sebelah sini...
pintu keluar sebelah kiri bengunan ni...
pejalan kaki ikut kanan..
terus masuk Imegresen dia...
depa tak cop pun... tengok2 ja..
ada 2 pusat pemeriksaan dalam tu...
satu Spain satu Gibraltar...
ni dah sebelah Gibratar...

tanda dah masuk...
jajahan British...
 the Rock of Gibraltar, 
 426m-high limestone ridge.
kami ambil local tour..
The Rock Tour...
terletak betul2 kat pintu keluar Imegresen..
depa juga ada cabel car menuju puncak the rock tu..
kalaulah tak mau ambik tour ni..
tapi kami syorkan ambik tour ni..
ok kita mulakan perjalanan...
kami berlapan dalam kereta ni..
hentian pertama kat sini...
The Pillars of Hurculers..
merupakan puncak tinjau ...
pintu masuk ke Selat Gibraltar...
Selat Gibraltar..
antara selat yang tersebok...




@The Pillars of Hurculers

The Barbary Apes of Gibraltar...
depa kata  bahawa Barbary Macaques ni..
 memasuki The Rock dari Maghribi...
gambar ni kami ambik sebelum dia...
 menceroboh ambik barang kat kedai bawah ni...
@St Michaels Cave..
rangkaian gua batu kapur...
 yang terletak di dalam kawasan...
 Rizab semulajadi Upper Rock Gibraltar...

@St Michaels Cave

@The top of The Rock Gibraltar

@Selat Gibraltar
@The Ape and View...
Barbary Macaques ni
 merupakan tarikan yang luar biasa...
 dan menarik bagi sesiapa yang melawat Gibraltar 
dia tak kacau orang...
tapi pantang tengok kalau orang bawa bag plastik...
depa ingat bawa makanan kut..
Hai awak....
@The Great SiegeTunnels...
the Upper Galleries...
adalah satu siri terowong...
 di hujung utara Rock of Gibraltar..
semasa Perang Revolusi Amerika..
ianya menjadi rebutan...


@The Great SiegeTunnels



@The Great SiegeTunnels

bila dah masuk Gibraltar..
line internet Spain pun hilang...
masa atas bukit tadi ada juga 2/3 bar...
kat bawah ni langsung... 
free internet tak jumpa pun...
jadi ini dapat menolong nak naik bas apa...
nak pi mana...
kami naik bas ke sini dari pusat bandar Gibraltar..
@Europa Point
Europa Point, adalah titik paling selatan Gibraltar...
pada hari yang cerah..
kita boleh nampak Afrika Utara ...
termasuk Ceuta dan Rif Mountains Maghribi...


satu2nya masjid kat sini...
@Masjid Ibrahim-al-Ibrahim
juga dikenali sebagai...
 Masjid Raja Fahd bin Abdulaziz al-Saud..
atau Masjid Penjaga Dua Masjid Suci..
Masjid ini menghadap selatan...
 menuju Selat Gibraltar dan Maghribi ...

dikatakan pada zaman...
 Khalifah Walid bin Abdul Malik..
panglima perangnya Thariq bin Ziyad...
telah menakluki Spain... Andalusia....
melalui laluan ini...
dikatakan The Rock of Gibraltar...
mengambil namanya @Jabal Thariq

Gibraltar Cradle of History  
Tugu Peringatan ini 
menggambarkan lokasi penting Gibraltar.. 
sesuatu yang unik kat sini..
nak masuk ke Gibraltar dari La Linea Spain...
kena melintasi Runway Gibraltar Airport...
kami ambik kesempatan berjalan melintasi Runway tu...


ini view runway depa dari puncak the rock..
cuma satu jalan masuk ke Gibraltar dari Spain...
sebelah kiri tu... jalan melintasi runway airport dia...


sekianlah cerita perjalanan kami...
dari Malaga Spain ke Gibraltar...
moga ada kebaikan dari cerita kami..
yang baik itu dari Allah...
yang buruk itu dari kelalaian kami juga...
jumpa lagi dalam perjalanan kami...
dari Malaga ke Cardoba..Insyaallah


1 comment:

Anonymous said...

salam encik, boleh share keseluruhan itinerary dengan budget percutian encik bersama isteri ke Spain. Sy berminat nk pergi sendiri tanpa ejen selepas tengok trip encik. santai n lebih relax. email sy adlinakila.ismail@gmail.com