JALAN JALAN KE GREECE @ATHENS part 2
#Acropolis of Athens
Acropolis of Athens adalah sebuah kubu purba...
yang terletak di tumpahan batu di atas kota Athens
dan mengandungi sisa-sisa bangunan kuno
yang mempunyai ciri seni bina dan bersejarah yang hebat,
yang paling terkenal adalah Parthenon.
Perkataan Acropolis adalah dari perkataan Yunani ..
yang bermaksud "highest point city"
kami rasa tarikan utama bandar Athen adalah ini...
Acropolis of Athens
dari hotel kami.... kami naik Metro ja....
Metaxourghio Metro station ke Acropoli Station....
station paling hampir dengan tempat tujuan ni...
kami syurkan laluan ni
kerana lebih dekat dan tak berapa ramai orang
kalau di bandingkan masuk melalui pintu utama...
dari Acropoli Metro Station..
ikut ja tunjuk arah....hingga sampai pintu masuk Acropolis..
nak masuk kena bayar lah... 20 Euro....
dia ada beberapa pakage....
boleh pilih kesesuai dan kemampuan...
pintu masuk tadi lupa nak ambil gambar....
pintu masuk belakang tu bawah sekali sebelah kiri...
sebelah atas kiri adalah pintu masuk depannya..
semua kenderaan parking di situ...
kena jalan naik atas ni...
nak kena naik atas tu la...
ini view dari arah belakang...
Acropolis of Athens ...
@"highest point city"
Theatre of Dionysus...
Theatre Dionysus Eleuthereus
adalah teater utama di Athens,
dianggap sebagai teater pertama di dunia,
Byzantine Cistern...
depa kata sebahagian peninggalan sistem
tadahan/pengaliran air
kat hujung tu ada gua....
di bawah Acropolis tu...
dikenali sebagai St Mary of the Cave...
The Odeon of Herodes Atticus
adalah struktur teater batu
yang terletak di lereng barat daya Acropolis
Bangunan itu dibina pada 161 AD
dan kemudian diubah suai pada tahun 1950
Propylaea, propylea atau propylaia
adalah gerbang monumental
dalam seni bina Yunani purba
berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Acropolis ni...
kalau kita masuk dari pintu depan...
biasanya pelancong2 yang datang dengan bas...
ini adalah jalan utama masuk/naik ke Acropolis
dari pintu masuk ni..
jika kita tengok kebawah inilah viewnya...
@Areopagus Hill....
depa rajin lepak kat situ...
Propylaea...
dari dalam hala pintu keluar...
@Parthenon
adalah bekas kuil di Acropolis Athenian, Yunani,
yang didedikasikan kepada dewi Athena,
yang dianggap sebagai penaung mereka di Athens.
Pembinaan bermula pada tahun 447 SM
ketika Empayar Athena berada di puncak kekuasaannya
depa tengah baik pulih
dari atas kebawah....
tadi dari bawah ke atas...
ini view dari arah belakang Parthenon...
kerusi ni terletak sebelah pintu masuk...
Old Acropolis Museum
Flagpole and Greek Flag....
tiang bendera tertinggi rasanya kat Athens ni..
kawasan berhampiran ni adalah Plaka..
antara kawasan tumpuan pelancong juga....
kami cerita kemudian...
dan bukit yang nampak di kejauhan tu adalah..
@Lycabettus Hill.... insyaallah kami kesana nanti..
@Temple of Rome and Augustus..
antara binaan yang masih kekal kat atas ni..
Erechtheion atau Erechtheum
adalah sebuah kuil Yunani kuno
di sebelah utara Acropolis Athens
yang didedikasikan untuk Athena dan Poseidon
@Porch of the Caryatids
"Serambi Maidens" yang terkenal,
dengan enam tokoh wanita yang berlapis (caryatids)
sebagai lajur penyokong
ok dah nak turun....
cuma ada satu pintu masuk dan keluar...
terpegun dengan kejadian tuhan...
binaan2 batu disusun menjadi tiang...
tentu dulu depa kuat2 orangnya...
ok dah keluar dari kawasan Acropolis Athens tu..
Acropolis dari depan... kat bawah
kami sambung jalan naik bukit...
@Areopagus Hill
dah sampai puncak...
@Areopagus Hill
tadi kami tengok puncak Areopagus Hill dari Acropolis....
sekarang kami tengok Acropolis dari Areopagus Hill...
ok lah berhenti kat sini dulu...
nanti sambung lagi part 3...
yang baik itu dari Allah...
yang buruk tu dari kelemahan kami juga...
No comments:
Post a Comment