Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan. .ya. .Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Dikau ampuni atau dosa yang menyebabkan daku diseksa kerananya, maka ampunilah semuanya wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan  keredhaan-Mu. Sehingga Dikau memenangkan daku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Dikau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah daku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan.  Demikian juga, dengan rahmat-Mu golongkanlah daku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Dikau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhirku. Moga daku dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

Akhirnya ya allah aku dengan rendah diri memohon akan belas ehsanmu jika ada sedikit pahala kebaikan atas segala amalku disepanjang ramadhan ini aku hadiahkan buat aruah aruah kedua orang tuaku...almarhumah Hamilaton Saadiah Abd Hamid...almarhumah Aishah Ngah Mat Unah...almarhum Abd Hamid Said...dan almarhum Mohammad Jatim....

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam...aminnn

Monday, July 15, 2013

BERSAHURLAH....

PESAN BUAT ANAK2....

Kekadang kita lupa...atau mengambil mudah..atau 'take for granted' anak2 akan tau sendiri...sebagai ibubapa menjadi kewajipan mengajar anak2...agar kita tak didakwa nanti....Kita beramal biarlah dengan berilmu...kini bila anak2 berjauhan adakah kita pasti anak2 bangun bersahur pada waktu yang betul..

Antara sunnah utama puasa ialah bersahur. Makan di penghujung malam, sebelum menjelang waktu subuh .Bukanya sebelum masuk tidor selepas study atau sebagainya....

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Nabi s.a.w berpesan:
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalau kita di Malaysia ada jadual waktu imsak......
Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Kata Zaid bin Thabit:
“Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”.

Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau diMalaysia sekitar 10 minit sebelum subuh

Kalau di Mekah......pengalaman tahun lepas...
waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu. Ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda. Kata isteri baginda ‘Aishah r.aha:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selamat beramal.....

Sahur yang terbaik...adalah Air Zam Zam dangan Kurma

Monday, July 8, 2013

' RUKYAH & HISAB'

Insyaallah petang ni isnin 8-7-13 tengok anak bulan...malam ni taulah kita selasa atau rabu mula berpuasa...kalau selasa malam ni bermulalah tarawih....dimasjid atau surau yg mana?....yang mana kuat iman sikit kat rumah je...Tok guru ada pesan...seelok2nya sebelum ramadan kita di galakan memohon maaf kepada kedua orang tua kita...isteri memohon maaf kepada suami dan sebaliknya...memohon maaf dari orang sekeliling kita....moga kita diberi allah kekuatan menjalankan ibadah puasa tahun ini...insyaallah.....

Insyaallah bertarawih disini sepanjang ramadan ini..

Friday, July 5, 2013

"RAMADHAN YANG DI NANTI."

Merenung kembali khutbah jumaat yang lalu...dengan tajuk diatas....buat kekawan yang tertidur masatu...dicatit semula sebahagian isi kandunganya....

Banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan.......

Antaranya ialah pertama: Memantapkan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

Kedua: Menjaga dan memelihara kesihatan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh badan memerlukan tenaga bagi melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya.

Ketiga: Kewangan yang cukup. Di antaranya ialah kita hendaklah banyak bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan.

Keempat: Senantiasa berdoa. Di kesempatan bulan Ramadhan kita dituntut memperbanyakkan berdoa. Para Salaf as-Soleh sentiasa berdoa. Antara doa mereka adalah: Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku."

Kelima: Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita juga dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan.

Monday, July 1, 2013

RAMADAN DATANG LAGI

 
 
BUAT SIKIT ULANG KAJI....
 
Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. -(Surah Al-Baqarah: 183)
 
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
 
SYARAT2 WAJIB..SYARAT2 SAH..RUKUN PUASA...PERKARA2 YANG DISUNATKAN.. PERKARA2 YANG MEMBATALKAN PUASA... RUJUKLAH PAK HAJI GOOGLE...
 
Yang penting niat...niat tiap2 hari dan niat untuk sebulan terus...
Niat tiap2 hari masa bersahor....Sebaiknya melewatkan waktu sahor.....

Niat pada hari pertama....kalau dah terlepas...hari kedua dah tak terpakai

BILA WAKTU BERBUKA
Di sunatkan menyegerakan berbuka....dengan Buah Kurma atau benda2 yang manis...