Wahai Allah, ampunilah Ishak Md Noor naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya......
Thursday, November 28, 2013
ISHAK MD NOOR....DALAM KENANGAN
Saturday, November 16, 2013
Mudahnya berurusan di Bahagian Pinjaman Perumahan
Friday, October 25, 2013
DOA BUAT...YANG DI KASIH
Surah Ghafir, Verse 60:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.......Hanya doa dari kami
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
ya allah... ya razzaaq.... ya fattaah.
.. ya hayyu.. ya qayyum.. kau berilah ketenangan, kekuatan dan kesihatan yg sempurna buat anak2 hambamu mastura azmi dan harris ramli bagi menghadapi ujian yang terakhir dalam pengajianya...moga mencapai kejayaan yg cemerlang...tiadalah daya dan upaya tanpa pertolongan mu ya allah.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Friday, October 18, 2013
KURBAN TOK AYAH @ ROSSLI 2013
Alhamdulillah.... dengan izinnya jua selesailah sudah majlis kurban Tok Ayah @ Rossli yang telah diadakan pada 16/10/2013 iaitu pada hari kedua raya haji.... pada mula agak mengusarkan juga dimana hujan tidak berhenti dari malamnya sehingga subuh... alhamdulillah jam 7 pagi matahari terus menunjukan wajahnya......
Sunday, October 6, 2013
KL IPOH KL
Minggu lepas berpeluang mencuba keretapi letrik ETS (Electric Train Service) Kl ke Ipoh...track yang dah siap baru sampai Ipoh...nanti siap sepenuhnya sampai Kedah...
Al maklumlah dah lama tak naik keretapi kat Malaysia ni.....kita apa kurangnya dengan negara luar....
Kami keluar dari rumah sekitar jam 7.45 pagi...minum pagi kat gerai2 komuniti berhampiran station lrt bandar tun razak...selesai sarapan terus naik lrt...waktu puncak..sardin pun boleh bernafas lagi...rasa macam kat tokyo hari tu..cuma tak ada orang tolong tolak bagi sendat lagi..
Sampai masjid jamek tukar laluan lrt ke kl sentral...
Kl Sentral ni...ada 5 laluan keretapi melaluinya....1. Klia Transit/Express 2.KL Monorail 3.Komuter Rawang/Seremban/P Klang 4. LRT laluan Kelana Jaya 5.ETS/Train Antarabandar.