Sunday, October 6, 2013

KL IPOH KL

Minggu lepas berpeluang mencuba keretapi letrik ETS (Electric Train Service) Kl ke Ipoh...track yang dah siap baru sampai Ipoh...nanti siap sepenuhnya sampai Kedah...
Al maklumlah dah lama tak naik keretapi kat Malaysia ni.....kita apa kurangnya dengan negara luar....
Kami keluar dari rumah sekitar jam 7.45 pagi...minum pagi kat gerai2 komuniti berhampiran station lrt bandar tun razak...selesai sarapan terus naik lrt...waktu puncak..sardin pun boleh bernafas lagi...rasa macam kat tokyo hari tu..cuma tak ada orang tolong tolak bagi sendat lagi..

Sampai masjid jamek tukar laluan lrt ke kl sentral...

Kl Sentral ni...ada 5 laluan keretapi melaluinya....1. Klia Transit/Express 2.KL Monorail 3.Komuter Rawang/Seremban/P Klang 4.  LRT laluan Kelana Jaya 5.ETS/Train Antarabandar.

Kaunter untuk train antarabandar...lain2 train kat tingkat lain..
Tempat menunggu gate B...untuk train antarabandar tiada ruang menunggu ditingkat bawah, Yg nak naik train saja boleh masuk.
Koc yang cukup selesa..Kalau hari Isnin hingga Khamis tak perlu tempah awal...tapi kalau jumaat hingga ahad tak tempah, maaflah.....penuh
Tandas yang cukup selesa...dan yang penting bersih....memang A lah
Station Ipoh...dah tak macam dulu2..bersih..
Perjalanan Kl ke Ipoh dengan Koc Gold 2jam 20 minit.Had laju biasa 125..kalau Koc Silver 2 jam 30 minit. rm 35 bagi gold koc dan rm 25 bagi silver. Bezanya silver koc berhenti lebih 4 station..koc gold 10 minit sampai awal dari silver.
Dari Kl jam 9 sampai Ipoh jam 11.20pagi pi makan tengahari nasi ganja..lepak jap kat Ipoh Mall, jam 3 petang bertolak balik kl...dari Ipoh ke Kl ramai orang, sekitar 80% tempat duduk dalam koc..dari Kl ke Ipoh naik Gold Koc..dari Ipoh ke Kl naik Silver Kov.

No comments: