Tuesday, April 29, 2014

JALAN2 KE SALALAH.. OMAN

Al hamdulillah.. dengan izinnya jua di beri kesempatan.. meluaskan pandangan melihat bumi allah ini... kali ni berpeluang melawat sebuah Bandar dalam Negara Oman jua.. jarak antara "Muscat" ke "Salalah" lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan dengan kapal terbang.. agak2 lebihkurang Penang pi Jb kalau kat Malaysia..

Diceritakan Salalah (bandar ke 2 terbesar di Oman) ni dulu adalah Ibu Negara bagi Oman.. tapi bila anak dia.. Sultan Qaboos Bin Said memerintah dia dah tukar ke Muscat..

Perjalanan kali ni saja pilih hari berkerja.. tak ramai orang sikit.. tak berebut2.. tapi flight penuh juga.. airport taklah sebok sangat...

Sekitar ruang menunggu domestic.. maaf banyak.. India.. bangla.. pakistan..
sebab flight ke kampong mereka sama ruang menunggu.. jadi almaklumlah.. 
 
 
Lapangan terbang Salalah.. bangunan baru sedang dalam pembinaan..
 termasuk runway yg baru bersebelahan dengan yg sediaada..
 
 
Dah keluar dari airport.. banyak teksi menunggu.. satu2nya pengankutan awam
di Oman ni.. ni bersama Mr. Ali.. Pemandu Teksi @ Pemandu Pelancong.. 
anak muda berumur 24 tahun
dah setahun bawa teksi sementara dapat kerja.. baru keluar maktab.
 
25 minit perjalanan dengan teksi.. kelajuan sederhana.. sampailah kami
ke tempat tujuan.. "Salalah Rotana Resort".. tempat yang cukup cantik..
 
Pandangan sepanjang perjalanan antara airport
 ke Salalah Rotana Resort
 
 Antara unit2 kediaman dalam Rotanah Resort
 
 


 
 
 


Tak ada orang nak tolong ambil gambar..

Pantai yang cukup cantik.. memukau pandangan..

 


Hari ke 2.. jalan2 ke Pusat Bandar Salalah..
terbahagi kepada dua...Bandar lama dan Bandar baru..
Gerai2 buah2an sepanjang jalan ke bandar lama...
semua gerai jual buah papaya.. kelapa & pisang
macam kat malaysia banyak pokok nyoq dan pisang

 


Sebahagian Pekan Lama..
Depan Salalah Souq...

 

Lebih selesa kalau membeli belah barang2 hasil Omani disini
jika dibandingkan dengan Mutrah Souq dekat Muscat
Menerai.. Komma.. kopiah orang Oman

Antara barangan yang popular di Oman.. Kemenyan....
Peneman Sepanjang Perjalanan ini.... 
 Pandangan sekitar Pekan Baru Salalah..


 Masjid Sultan Qaboos Salalah..

Sebahagian Dari Kawasan Istana...
 

Tuesday, April 15, 2014

SEBULAN DI KYOTO. JAPAN.

Al hamdulillah.. dengan izinya jua segala perancangan berjalan lancar.. selepas sebulan di Oman.. balik ke Malaysia untuk tugas selanjutnya ke Kyoto... tolong anak/menantu kemas barang2.. dah habis belajar.. nak balik malaysia dah.. disamping menghadiri majlis convo Dr. Mastura & Dr Mohd Harris.. kali ni pergi bersaorangan.. sebab ada yg tak dapat cuti..

Kali ni guna pastport baru.. tak perlu mohon visa seperti tahun2 yg lalu.. 
Subuh dalam flight je.. sampai Kansai airport.. Osaka kena naik train pula nak ke Kyoto station.. naik rapid train cepat sikit.
Kyoto station masih tak berubah.. cuma cuaca agak sejuk.. kena cari baju tambahan nampaknya.. 

Al hamdulillah.. selesa sikit

Kali pi kyoto tak berjalan sangat.. banyak kat rumah mengemas.. pack barang2 untuk dibawa pulang.. yang nak ditinggalkan.. barang2 yg tak mau bukan boleh main buang depan rumah saja.. alhamdulillah ada barang2 yg boleh diberikan pada  pelajar2 yg baru datang hujung tahun.. win..win.. moga allah memberikan ganjarannya pada kita semua..

Bunga sakura belum berkembang.. tapi dah nampak putik2nya..
Awal bulan Mac ni.. kyoto masih sejuk.. ada ketika masih 1°.. ada hari salji masih turun dengan hujan dan angin..
Berpeluang menghadiri majlis perpisahan yg diadakan oleh persatuan pelajar2 malaysia di kyoto.. tahun ini 3 Dr. Dihasilkan oleh Kyoto Universiti.. Tahniah buat.. Dr Mastura.. Dr Mohd Harris dan Dr Amir..
Berpeluang 2 kali solat jumaat di kyoto.. solat kat ruang basement pejabat ni.. boleh tahan sempit dia.. persatuan dalam perancangan membeli binaan baru.. moga tercapai hajat jawatankuasa.. insyaallah
2 minggu kemudian.. datang 2 orang lagi bagi membantu untuk mengemas..
Sementara tunggu tarikh 24/3/14.. nak hilang jemu ronda2 pekan kyoto.
Gambar2 sekitar bandaraya kyoto.. banyak sangat gambar..

Hari yang ditunggu.. 24/3/2014... majlis convo anakmenantu dari Universiti Kyoto.. 


Tanggal 25.3.14.. tarikh kritikal.. rumah sewa perlu dikosongkan.. semua barang mesti clear hari ni.. awal pagi wakil kontena datang ambil barang yg nak dihantar ke malaysia.. potong api air hari ni juga.. terpaksa sewa kereta untuk bawa barang2 ke rumah homestay hari ni juga.. allah jua yg maha mengetahuinya..
Antara barang2 yg dibuang..
Sebahagian barang2 yang dihantar pulang ke malaysia.. 
Antara barang yg ditinggal untuk pelajar yg baru datang.. moga allah memberikan keberkatannya..
Berpindahlah kami ke sini 4 hari 3 malam sebelum berangkat pulang.. 
Homestay tu betul2 sebelah rail track.. 

Akhirnya.. tanggal 30.3.14 kami berangkat pulang.. selamat tinggal kyoto.. sayonara.. jika ditakdirkan ada rezeki lagi insyaallah sampai lagi.... mattanee.
Sejauh mana kita pergi.. cantik2 negara orang.. pastinya negara sendiri juga yg terbaik..

Friday, February 14, 2014

LAIN PADANG... LAIN BELALANG..

Airportnya taklah besar... agak tu lah penumpang saja dibenarkan masuk untuk check-in.. kalau dah lepas masuk tak boleh lah jumpa lagi dengan orang yg menghantar.... haha..

Ini mr Sulaiman (nama yg popular bagi orang Oman).. antara pemandu teksi yg ditempah untuk kemana2 di Oman ni.. ramah orangnya.. 2 anaknya belajar di luar negara
Sebelah pagi hari yg nak balik kl tu.. Oman hujan lebat.. sampai thari baru berhenti.. banyak kawasan dinaiki air termasuk airport muscat oman.. banyak flight dibatalkan/delay.. sebab track dia berair.. sistem pengairan kat sini agak kurang baik..
Pintu masuk airport.. biasa2 je..
Pintu masuk untuk check in.. penumpang saja.. kalau dah masuk tak boleh keluardah.. sebab masuk2 terus scan barang dan daftar masuk..
Jadi boleh lepak2 kat luar sebelum masuk untuk daftar.. jenis 'open counter'.. masuk terus daftar.. kalau tunggu nak keluar kat skren.. sampai besok pun tak ada..
Ini balai ketibaan.. sebelah balai berlepas saja.. 
Sebahagian.. kedai bebas cukai..
Al hamdulillah

Perjalanan balik kalini agak lancar.. banyak ruang kosong.. jadi boleh pilih nak duduk mana2
Alhamdulillah.. akhirnya sampai jua ke Malaysia..

Saturday, February 8, 2014

ABAH KAHWIN LAIN......


PEMBUKA KATA:

Kita bukan ustaz.. kita cakap bukan orang nak dengar sangat.. walaupun ada ustaz yg kurang baik akhlaknya..di khabarkan... ada kawan yg telah kematian isterinya datang merujuk saya tentang bab kawin lain..(bukan kahwin satu lagi...harap maklum) bertanya sedikit nasihat.. almaklumlah saya ada sedikit pengalaman.. beberapa lama kemudian berkahwinlah akan dia.. dimaklumkan kawan saya ni ada 3 anak.. 1 dah bekerja jawatan tinggilah juga.. 1 di universiti..1 lagi form4/5.. bulan lepas  kebetulan jumpa dia.. dia kata..haji aku dah 2 kali masuk hospital pasal jantung.. katanya kalau kali 3 tak taulah.... dia kata tekanan.. anak2 tak boleh terima dia kahwin lain.. juga ada sedara2 begitu.. anak2 semua dok serumah dgn dia.. apa yg isteri dia masak anak2 tak makan.. masyaallah.. ini membuatkan saya memberanikan diri untuk menulis.. agar dapat memberi sedikit cetusan agar kita dapat berfikir secara waras berlandaskan peganggan agama kita..islam.. saya berharap anak2nya membaca apa yg saya luahkan nanti.. insyaallah.

BAITI.JANNAHTI...

SUNNAH NABI

Berbalik pada sunnah nabi kita.. jika kita baca sirah nabi.... sesunguhnya nabi muhammad saw. berkahwin cuma satu pada ketika bersama Siti Khadijah... setianya pada seorang.. hingga hayat Khadijah.. selepas itu barulah nabi kita berkahwin lain..1..2..dan seterusnya.... saya cuba mencari istilah.. 'Ibu Tiri' dalam agama.. tapi tak jumpa.. cuma dalam masyarakat kita dalam filem2 menggambarkan betapa buruknya ibu tiri... begitu juga para sahabat2 nabi yg kematian isteri.. antaranya Imam hambali.. isterinya meninggal.. kawin lagi.. meninggal.. kawin lagi.. kata nya beliau takut mengadap tuhan dalam keadaan beliau tidak beristeri.. kita bukan ustaz.. tapi bacalah sikit2 buku agama.. membaca tu kan menambah ilmu..              buat anak2.. isteri bapa kita itulah ibu kita walaupun ianya bukan ibu kandong.... patuh dan taat adalah menjadi kewajiban.. semua kita tahu syurga itu dibawah tapak kaki ibu.. tapi tahukah kita.. kunci pintu syurga adalah menta'ati bapa.. saya bukanlah ustaz.. apakah selama ini kita ta'at kepada bapa kita.. pada anak2 kawan saya tu.. saya berdoa agar terbuka hati2 mereka.. sesunguhnya apa yg allah bagi tu adalah terbaik untuk kita.. ta'kan allah nak bagi yg tak elok untuk hambanya.. 

ORANG BARU:

Bagi sesaorang Isteri/Suami pasangan masing2.. merupakan gedung untuk menambah pahala yg paling mudah.. tengok wajahnya saja dahdapat pahala..apatah lagi.. bersalam.. berpeluk.. senyumnya... nak2 lagi kita mengimamkanya dalam solat.. itu belum bab cari nafkah.. banyak lagi.. janganlah kita memandang pada sex saja.. itu merupakan bonus.. sepatutnya ahli keluarga mengesyurkan atau mencari... apatah lagi mengizinkan saudara kita yg kematian pasangannya berkahwin lain... apa perlu menunggu tanah kubur bertukar warna.. nabi muhammad saw pernah menziari sahabat yg meninggal.. dan mendoakan pada isteri sahabat... supaya banyak bersabar.. moga allah menggantikannya dengan yg lebih baik.. doa itu diperkenankan allah... akhirnya wanita itu menjadi isteri nabi.. saya bukan lah ustaz.. carilah rujukan sendiri... buat anak2 pikir2kanlah.. sebelum ini kita tengok mak/pak kita pi masjid bersama.. bila sorang dah tak ada.. agak2 pahala yg dibuat samakah.... janganlah kita menghalang ketentuan allah dengan kedegilan dan kejahilan kita.. apakah kita sanggup melihat mak/pak kita kehilanagan pahala tu semua.. 

KITA TETAP BERUBAH...
DULU KINI SELAMANYA.......

IPARDUAI/ABANG/ADIK

Buat sedara2 pula.. ipar duai.. baik sebelah aruah atau sebaliknya.. terimalah seadanya.. apa sekalipun kedudukan kita.. surirumahkah..peniagakah maupun kita ada Phd sekalipun.. orang baru tu.. bukanlah pengganti maupun perampas.. guru saya kata.. *kalau diturunkan dari langgit sekalipun tak akan ada pengganti seperti aruah*... kenapa kita nak pandang orang baru sebagai perampas.. tambahan kalau kita tahu dia juga bekerjaya.. nak ambil rumah suami/isteri.. diapun ada rumah sendiri.. duit?..mungkin duit dia lagi banyak dari kita.. dia masuk rumah basuh kaki.. diapun mampu beli.. apa kita perlu membazir?.. itu rezeki dia.. terimalah dia seadanya.. seperti kita terima ipar2 kita yg baru kahwin.. macam kita baru kawin dulu2.. semua perkara baru.. cara masak.. berpakaian.. pergaulan.. janganlah sesekali kita cuba untuk membandingkan dengan nostalgia bersama aruah.. itu silap.. *kalau diturunkan dari langgit sekalipun tak akan ada pengganti seperti aruah*... kata pepatah.. lain padang lain belalang.. apakah kita menuduh abang/kakak telah berubah satelah berkahwin lain.. sesunguhnya kita mesti berubah.. kerana padang dah lain.. tapi kita tetap belalang macam dulu juga boleh terbang kemana jua.... sekali lagi terimalah seadanya.. jangan lah sesekali memutuskan talipersaudaraan antara kita dengan abang/kakak ipar.. ingatlah anak2 kita dengan anak2nya mempunyai pertalian darah.. cuma mengingatkan diri.. orang yg memutuskan tali kekeluargaan allah tak terima semua amalannya.. banyak bermuhasabah.. lihat kelemahan diri.. sebelum melihat kekurangan orang lain..

Saya bukanlah bagus sangat... cuma berharap anak2 dan sedara2 kawan saya tu.. juga pada diri saya mengambil iktibar atas kejadian ini.. agar kawan tu tak dimasukan hospital buat kali ke 3 atas masaalah tekanan jantungnya.. di doakan moga banyak bersabar.. sesunguhnya allah bersama orang2 yg bersabar.. marilah kita terutama yg dekat pada keluarga yg begitu sama2 menasihat.. moga2 kita sama2 mendapat keberkatan... insyaallah.