Friday, October 6, 2017

#SCANDINAVIA @COPENHAGEN

 hentian terakhir masa pi Scandinavia...
ni baru sempat nak upload...
asyik jalan ja..
 
#COPENHAGEN

kami meneruskan perjalanan ke distinasi akhir
 Copenhagen, Denmark dari Gothenburg, Sweden
hari tu masa mula2 sampai singgah sekejap
kat sini... kali ni kami bermalam pula....
perjalanan dengan train mengambil masa
3 jam 35 minit...
Gothenburg Central  ke Copenhagen central
@ Gothenburg Central Train Station
jadual train depa besanya ikut jadual...

kami naik dari central.. 
tak lah ramai orang
nanti tengah jalan ramailah yang naik....
katanya ada 18 hentian...
 sepanjang perjalanan..
 
pandangan luar tingkap..
sepanjang perjalanan...
 
@Hotel Cabinn Metro
bila dah masuk Copenhagen, Denmark
kami turun kat Station Orestad..
satu station sebelum sampai...
 Copenhagen Central Station
sebab hotel kami berdekatan station tu..
Hotel Cabinn Metro
5/10 minit jalan dari station tu...
kali pertama....
 daftar hotel kena ambil nombor...
hahaaaa... ramai dia punya pelangan.. 
lepas daftar... terus keluar cari makan...
ada shopping mall Field's
kat sebelah hotel tu...
asyik makan seafood ja...
tukar selera pula...
kalau dari Station Orestad kita ada
dua jenis pengangkutan train
kalau nak kepusat bandar
satu train biasa dan satu lagi Metro dia...
 
ni pandangan biasa dalam train depa
bukan waktu puncak
boleh bawa masuk basikal sekali...
kami ke arah Station Osterport..
mencari 'The little mermaid Copenhagen'
lepas keluar station.. ikut arah kiri
15 minit jalan kaki sampailah
bila nampak marina ni dah dekat la tu
@Langelinie Lystbådehavns Bådelav/Bådelaug
@Langelinie Lystbådehavns Bådelav/Bådelaug
 
@Hop On Hop Off... Boat
biasanya kalau tempat tumpuan pelancong
 adalah perkhidmatan ni...
boleh semak jadual dia kat sini
@Hop On Hop Off... Bus
itu lah patung
@Little Mermaid Copenhagen
ni awal lagi tak lah ramai orang
tunggu sat lagi
depa kata..
 tolak orang baru nampak patong...
@Little Mermaid Copenhagen
Little Mermaid adalah sebuah patung gangsa
ukiran Edvard Eriksen,
menggambarkan patung ikan duyung
 1.25 meter tinggi dengan beratnya 175 kg
 diatas batu..  di persiaran Langelinie 
 Copenhagen, Denmark.

kami pun tumpang lah berswafoto
biasalah tempat tumpuan pelancong
mesti ada jualan barang2
cenderahati...
 
ok lah selamat tinggal
Little Mermaid Copenhagen
kami jalan masuk ke pusat bandar
melalui pesisir pantai
menghala ke Langelinie Park...
 
 
pandangan dari Royal Pavilions
@Frederick IX 
adalah 'King of Denmark' 
dari tahun 1947 ke tahun 1972.
 
@Gefion Fountain
Air pancut Gefion (Gefionspringvandet)
 sebuah air pancut yang besar di Copenhagen,
merupakan sekumpulan besar haiwan
yang dipandu oleh Norse goddess Gefjon.
 merupakan Tugu terbesar di Copenhagen.
Ia tidak digunakan sebagai..
 'wishing well'
Dalam mitos, Norse Gefjon
(atau dieja Gefion atau Gefjun)
adalah seorang Dewi
yang dikaitkan dengan bajak,
di Pulau Danish Zealand
ramai pelancong dari China...
 
@Amalienborg Slotsplads
merupakan kawasan kediaman
kerabat diraja Denmark,
Ia terdiri daripada empat 
Istana klasik yang serupa
di empat penjuru  
 
@The Equestrian statue
'Frederik V on Horseback'
di tengah2 Amalienborg Slotsplads
 



ingat depa nak pi mana...
awai lagi ni...
rupanya depa nak masuk pi restaurant
@Odd Fellow Palaeet Restaurant
dari luar tak ada rupa pun restaurant
macam museum ja...

depa kata anjing tak boleh bawa
mai sini... hahaa
tu nampak dia bawa...

@Christian X
Christian X, (1870-1947)
 adalah seorang raja yang sangat popular,
pada perang dunia ke 2...
tugu ini bagi mengingatkan beliau
yang  menunggang setiap hari 
melalui jalan2 di Copenhagen
pada tahun2 penjajahan nazi.
@The Memorial Anchor (Mindeankeret)
 
@Nyhavn
depa kata kalau mai Copenhagen
tak mai sini tak lengkap...
boleh naik boat pusing2 tengok 
pekan Copenhagen melalui terusan..
station Metro paling hampir kesini
Station Kongens Nytorv...
 
Nyhavn
(sebutan Danish: [ˈnyhɑwˀn];  Harbour)
waterfront yang popular di abad 17 dan 18
dengan bangunan yang berwarna warni dan terang


 

itu ja kut...
moga sedikit sebanyak memberi faedah..
yang baik itu dari Allah
yang buruk itu atas kelalaian kami jua...
insyaallah...
 jumpa lagi dilain distinasi...
 
 
 


 

 


Wednesday, October 4, 2017

#ANTARA JABEL AL AKHDAR DAN JABEL SHAM'S

Alhamdulillah diberi peluang menyusuri dua Jabel ni...
itu tujuan utama kami mai Nizwa, Oman ni...
Jabel Akhdar dan Jabel Sham's...@Oman
moga cerita kami memberi sedikit faedah..
 
#JABEL AL AKHDAR

Jebel Akhar, Jabal Akhdar atau Al Jabal Al Akhdar
(Bahasa Arab: الأخضر الجبل yang bermaksud "Gunung hijau"),
merupakan sebahagian banjaran pergunungan Al Hajar
dalam pentadbiran Ad Dakhiliyah..  Oman
lebihkurang 59 minit memandu dari Nizwa


'Jebel Akhdar Sanctuary for Natural Sceneries'


#gambar google

ni pintu masuk nak naik ke Jabel Akhdar...
semua kenderaan kena melaluinya..
sekatan polis..
depa tanya hang mai mana...
nak pi mana..
cuma kereta pacuan 4 roda saja dibenarkan naik...
kalau kereta sedan dok tepi no...
nampak juga lori pickup
dan tanker air naik...
depa kata untuk keselamatan..
kat atas tu ada kem askar..
mungkin itu sebabnya..

#gambar google
laluan naik ke Jabel Akhdar...
jalan dia cantik berturap...
sambil nikmati pandangan kiri kanan...

ni sebahagian jalan nak naik ke atas...
aku rasa kereta sedan pun boleh naik...
 kalau hampa mai sini naik kereta sedan
jangan risau sebab kat bawah tu tadi ada
orang2 Omani yang sediakan perkhidmatan
sewa kereta pacuan 4 roda tu
pandai2lah tawar menawar...
biasanya sewa kereta tu sekitar
 OR 25 hingga OR 40
boleh sewa dengan pemandu sekali...
 jangan risau nak cari kereta tu kat mana
depa akan cari hampa..
bila kita sampai ja kat bulatan
pekan Birkat Al Mouz
ada ja kereta pacuan 4 roda tahan hampa
atau ada je kereta pacuan 4 roda
ikut belakang hampa...
jangan takut pula
kita boleh kata mau atau tak...
depa ok ja
 


Jabel Akhdar juga
dikenali dengan tempat
 perahan air rose tradisional..
(depa kata bulan 4 banyak )
 dan tempat hasil pertanian termasuk
 pomegranates, walnut, aprikot,
olive, anggur hitam dan peaches
Ia juga adalah tempat pembiakan lebah madu
untuk kegunaan sebahagian besar di Oman
tapi nasib2 la musim apa hampa mai 
ini rupanya pokok buah zaitun...
bila sampai kat atas tu
sepanjang jalan depa dok jual buah2an
ikut musim...
la ni masih musim pomegranates
ala... buah delima 
 
dengan ketinggian dia lebihkurang
3000 meter dari paras laut
dengan cuaca yang sikit sejuk
di musim summer ni biasanya sekitar
20/29 darjah... jika dibandingkan di muscat
 
 
ada 2/3 tempat yang kami berhenti
untuk melihat panoramanya...
yang mempersonakan...
subhanallah... mahasuci Alllah..

 
ini antara resort lima bintang depa
#Anantara Resort Jabal Al Akhbar
 kami mai sini sebab ada sesuatu yang menarik..
#Diana's Point
 
#Diana's Point
depa kata Diana Princess Wales
pernah mai sini 
bersamasama dengan Putera Charles
pada November 1986..
sempena dengan itu depa
membina sebuah platform ditengah2 resort
 bagi memperingati kedatangannya...
 
kami tumpang sekaki..
bukan senang nak dapat masuk....
 
#Anantara Resort Al Jabal Al Akhbar
#pinjam google
kena cari drone pula lepas ni...
tu... yang terjuntai sebelah kiri tu..
Diana's Point

 

#JABEL SHAM'S
 

Jebel Sham's
Bahasa Arab: شمس جبل, (Gunung Matahari)
terletak di timur laut Oman ke utara bandar Al Hamra.
 juga sebahagian dari banjaran pergunungan Al Hajar
1 jam 50 mnit kalau memandu dari Nizwa
Ia adalah gunung tertinggi di Oman
depa kata 3009 meter dari paras laut... 
Pada musim panas, suhu adalah kira-kira 20 ° C
dan pada musim sejuk
 adakala jatuh kepada kurang daripada 0 ° C
juga dikenali sebagai
"Grand Canyon of Oman"

 #"Grand Canyon of Oman"


 #"Grand Canyon of Oman"
 dan merupakan salah satu kawasan
paling menakjubkan di Oman.
 subhanallah... mahasuci Alllah..


keadaan berbeza nak kesini kalau dibandingkan
 dengan nak ke Jabel Akhdar
kita boleh ja naik dengan kereta sedan..
cuma ditengah jalan
 kena tempuh jalan yang berbatu/pasir
30 minit juga kena randuk jalan tu...
jalan macam ni..
30 minit juga kena randuk...
tak ada tunjuk arah.. betui ka tidak ni...
ada 2 simpang ja kat atas tu...
ikut ja arah ke Jabel Sham's Resort...
insyaallah
 
pinjam gambar google nak tunjuk
macam mana jalan dia...
kalau hari hujan susahlah sikit
kalau ada pacuan 4 roda... belasah ja
jumpa mamat tengah jalan naik
pacuan 4 roda... dia tanya jauh ka lagi...
hahahaa sah kebas bontot..

 
kalau hala Jabel Sham's ni...
jangan la dok cari orang jual buah...
memang tak ada
yang ado kambing banyak...
jadi siap sedialah sedikit makanan/minuman

 
ni antara dua resort yang ada kat atas tu...
rasa2 nya cuti  mingguan  ja depa buka..
atau musim cuti ekolah
jauh gerek ni jalan..
dari Malaysia ni...


kami belanja gambar sikit
satelah 2 jam memandu kesini
biarlah gambar yang berbicara..
 #"Grand Canyon of Oman"
subhanallah... mahasuci Alllah..


 #"Grand Canyon of Oman"
subhanallah... mahasuci Alllah..
 
moga paparan kami memberi sedikit info
yang baik itu dari Allah
yang buruk itu
atas kelemahan kami jua..
insyaallah jumpa lagi...