Tuesday, October 1, 2019

JALAN JALAN KE GREECE @ATHENS Part 2 #Acropolis of Athens


JALAN JALAN KE GREECE @ATHENS part 2
#Acropolis of Athens
Acropolis of Athens adalah sebuah kubu purba...
 yang terletak di tumpahan batu di atas kota Athens 
dan mengandungi sisa-sisa bangunan kuno
 yang mempunyai ciri seni bina dan bersejarah yang hebat, 
yang paling terkenal adalah Parthenon
Perkataan Acropolis adalah dari perkataan Yunani ..
yang bermaksud "highest point city"
kami rasa tarikan utama bandar Athen adalah ini...
Acropolis of Athens 
dari hotel kami.... kami naik Metro ja....
Metaxourghio Metro station ke Acropoli Station....
station paling hampir dengan tempat tujuan ni...
kami syurkan laluan ni 
kerana lebih dekat dan tak berapa ramai orang
 kalau di bandingkan masuk melalui pintu utama...

dari  Acropoli  Metro Station..
ikut ja tunjuk arah....hingga sampai pintu masuk Acropolis..
nak masuk kena bayar lah... 20 Euro....
dia ada beberapa pakage....
boleh pilih kesesuai dan kemampuan...
pintu masuk tadi lupa nak ambil gambar....
pintu masuk belakang tu bawah sekali sebelah kiri...
sebelah atas kiri adalah pintu masuk depannya..
semua kenderaan parking di situ...
kena jalan naik atas ni...
nak kena naik atas tu la...
ini view dari arah belakang...
Acropolis of Athens ...
@"highest point city" 

Theatre of Dionysus...
Theatre Dionysus Eleuthereus 
adalah teater utama di Athens, 
dianggap sebagai teater pertama di dunia,




Byzantine Cistern...
depa kata sebahagian peninggalan sistem 
tadahan/pengaliran air



kat hujung tu ada gua....
di bawah Acropolis tu...
dikenali sebagai St Mary of the Cave...

The Odeon of Herodes Atticus 
adalah struktur teater batu
 yang terletak di lereng barat daya Acropolis
  Bangunan itu dibina pada 161 AD
dan kemudian diubah suai pada tahun 1950



Propylaea, propylea atau propylaia 
adalah gerbang monumental
dalam seni bina Yunani purba
  berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Acropolis ni...
kalau kita masuk dari pintu depan...
biasanya pelancong2 yang datang dengan bas...
ini adalah jalan utama masuk/naik ke Acropolis
dari pintu masuk ni..
jika kita tengok kebawah inilah viewnya...
@Areopagus Hill....
depa rajin lepak kat situ...

Propylaea...
dari dalam hala pintu keluar...
@Parthenon
 adalah bekas kuil di Acropolis Athenian, Yunani, 
yang didedikasikan kepada dewi Athena, 
yang dianggap sebagai penaung mereka di Athens. 
Pembinaan bermula pada tahun 447 SM 
ketika Empayar Athena berada di puncak kekuasaannya

depa tengah baik pulih

dari atas kebawah....
tadi dari bawah ke atas...
ini view dari arah belakang Parthenon...
kerusi ni terletak sebelah pintu masuk...
Old Acropolis Museum


Flagpole and Greek Flag....
tiang bendera tertinggi rasanya kat Athens ni.. 
kawasan berhampiran ni adalah Plaka..
antara kawasan tumpuan pelancong juga....
kami cerita kemudian...
dan bukit yang nampak di kejauhan tu adalah..
@Lycabettus Hill.... insyaallah kami kesana nanti..

@Temple of Rome and Augustus..
antara binaan yang masih kekal kat atas ni..
Erechtheion atau Erechtheum 
adalah sebuah kuil Yunani kuno 
di sebelah utara Acropolis Athens 
yang didedikasikan untuk Athena dan Poseidon
@Porch of the Caryatids
"Serambi Maidens" yang terkenal, 
dengan enam tokoh wanita yang berlapis (caryatids) 
sebagai lajur penyokong


ok dah nak turun....
cuma ada satu pintu masuk dan keluar...
terpegun dengan kejadian tuhan...
binaan2 batu disusun menjadi tiang...
tentu dulu depa kuat2 orangnya...

ok dah keluar dari kawasan Acropolis Athens tu..
Acropolis dari depan... kat bawah
kami sambung jalan naik bukit...
@Areopagus Hill
dah sampai puncak...
@Areopagus Hill
tadi kami tengok puncak Areopagus Hill dari Acropolis....
sekarang kami tengok Acropolis dari Areopagus Hill...

ok lah berhenti kat sini dulu...
nanti sambung lagi part 3...
yang baik itu dari Allah...
yang buruk tu dari kelemahan kami juga...



Sunday, September 29, 2019

JALAN JALAN KE GREECE @ATHENS


JALAN JALAN KE GREECE @ATHENS

Agak lama sikit baru nak update...
ya la lepas balik dari Athens 
kami balik Malaysia agak lama 7 minggu..
sebenarnya tujuan asal nak ketempat lain..
sambil2 cari tiket murah... email dari omanair masuk..
depa tengah promosi ke Athens OR 129 pi balik...
jadi apa lagi....

Greece adalah sebuah negara di Eropah tenggara ....
berpengaruh di zaman kuno, 
ia sering disebut sebagai buaian tamadun Barat...
Athens, ibu negaranya...
Greece juga dikenali kerana pantainya...
 dari pasir hitam Santorini ke resort parti Mykonos...
sebenarnya kami fobia dengan Athens Greece ni...
sebab negara ni pernah muflis..
 gara2 masaalah keewangannya..

flight kami dari Muscat ke Athens  jam 2.35 petang....
di jangka tiba Jam 7.50 petang waktu tempatan..
6 jam 15 minit masa perjalanan..

backpaker betui kali ni...
dari rumah naik bas no 7...
dah ada bas stop kat kawasan rumah kami...
sampai city center tukar bas no 1A...
sorang 12 hinggit tambang dia...

bas depa selesa...
ada aircont dan ada wifi...

minta orang ambik gambar...
in ja angle yang terbaik dia...hahaa

flight dia ikut jadual...
alhamdulillah... 

kami tempah teksi dari airport ke pusat bandar...
dalam jangkaan kami 8 malam dah gelap...
sekali masih cerah...
kita boleh ja naik train ke pusat pandar..
tiket dia dalam 10 Euro...
depa pakai duit Euro... mata wang depa dah hilang...
selepas krisis matawang terbesar greece... 
kami tak sempat ambil gambar airport dia...
insyaallah balik esok2 ni kami ambik.. 

sekitar 35 minit teksi dari Airport kalau jalan ok...
kalau naik train 1 jam juga... 
sebab banyak hentian dia singgah...

view dari bilik kami...

ada beberapa kawasan di sekitar pusat bandar
 kita boleh sewa hotel
 semestinya kami ambik dekat dengan metro station...
 mudah bergerak...

hotel kami dekat station ni..
Metaxourghio Metro station..
yang bermaksud 'kilang sutera'
mungkin ada kilang sutera sekitar sini...hahaa



Athens dikatakan mempunyai aliran Metro
 tertua kedua selepas kota London...



ini Station Metro Syntagma...
katanya station di pusat bandar Athen ni...
siap ada galeri sejarah Athens kat lobby dia...
kami ambik tiket untuk 3 hari...
boleh naik semua public tranport dia...
berharga 22 Euro...
 depa ada 3 laluan metro...
1 subway dan 1 tram line...



ini dah kawasan luar Metro Syntagma
Syntagma Square atau "Perlembagaan Square"
antara tempat tumpuan pelancong...
kat belakang kami pula adalah...
"Monument of the Unknown Soldier"
"Monument of the Unknown Soldier"
tempat popular 'The change of guard'
oleh kerana belum waktunya..
kami pi pusing2 sekitar dia dulu...

kami sambung naik Metro depa....
menghala ke Monastiraki Station..
kawasan ni popular dengan Flea Market..

Monastiraki Square..

mercu tanda Monastiraki Square..


Hadrian's Library..
antara binaan tinggalan sejarah...



dan semestinya inilah tujuan utamanya...



ini tinggalan sejarah...
asalnya masjid tapi telah tidak berfungsi...
Tzistarakis Mosque..
sebelah depan dia adalah Flea Market yang popular kat sini..
kami cerita kemudian..
ini tinggalan sejarah..
 yang berada betul2 dalam metro station depa...
kami menghala balik ke Syntagma Square..
pertukaran Guard dah nak bermula...

pakaian guard dia lain sikit....
terutama tang kasut tu..
biasanya 2 orang bertugas...
kalau hari minggu acara tukar guard ni lain sikit...
katanya lebih meriah...

memang lain sikit..
orang pun ramai lain macam...
depa kata pendapatan utama Greece
 ni melalui pelancongan...

orang dok tengok depa...
gaya jalan pun semacam ja...
hampa nak tengok pi  u tube google..

guard baru yang nak ganti tu..
depak arak bawa masuk...



hari minggu memang ramai macam ni depa kata...


depa sebok nak berswafoto...



dah habis acara tukar guard tu...
kami sambung jalan2...
Ermou Street antara jalan yang popular...
tak ada kereta lalu...orang jalan kaki ja...
panjang jalan 1.5 km...
dari Syntagma Square ke Monastiraki Square

ianya merupakan jalan orang membeli belah..
cakap ja jenama apa..

tengah2 jalan ada benda ni...
Panaghia Kapnikarea..
church tertua di Athens depa kata..
setakat ni dulu..
kita sambung lagi kemudian...
yang baik itu dari Allah Jua...
segala kesilapan itu dari kelemahan kami jua..