Umrah di bulan Ramadan
3 perkara yang ada pada umrah dibulan ramadan,
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.
3. Bersembahyang Tarrawih di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan.
BERBUKA KETIKA BARU SAMPAI DI JEDDAH, DITERMINAL HAJI JEDDAH, SEBAB SEMUA JEMAAH VISA UMRAH DITURUNKA DISINI, MUNGKIN PAK ARAB BUAT PERSIAPAN UNTUK MENGGUNAKANNYA KETIKA MUSIM HAJI NANTI
ALHAMDULILLAH PADA HARI JUMAAT BERADA DI MADINAH PINTU PAGAR UNTUK PERKUBURAN BAQI' DIBUKA DISEBELAH PAGI SEBELUM JUMAAT. KALI MPERTAMA BERPELUANG MASUK.
INI PINTU 'BAB SALAM' MASJID NABAWI, KITA SEHARUSNYA MEMASUKI PINTU INI BILA KALI PERTAMA UNTUK ZIARAH MAKAM NABI,(BAGI JEMAAH LELAKI SAJALAH) YANG BERADA DIHUJUNG SEBELAH SANA, ADA DOA KHAS MEMASUKI 'BAB SALAM' INI
3. Bersembahyang Tarrawih di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan/Qiamul Iman.
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Begitulah amat rugi jemaah2 yang kemekah dan madinah cuma sembahyang dibilik hotel saja, tiada ambil peluang yang ada didepan mata, memang panas diwaktu zohor dan asar, tapi kita boleh pergi mesjid lebih awal dan tunggu hingga asar.
Berbalik kepada sembahyang Tarrawih di makah dan madinah ianya di kenali sebagai Qiam Ramadan atau Qiamul Iman. sama saja dimadinah atau mekah, baik dimadinah dan mekah solat qiam dilakukan 20 rakaat dan diikuti 3 rakaat solat witir dengan 2 salam.
Selepas solat insyak dan solat jenazah muazin akan memanggil untuk solat qiam, imam terus takbir 'allah akbar' terus disambut oleh muazin maka bermulalah sembahyang Qiam,
Ada beberapa petua untuk diambil perhatian takut kita silap niat atau tidak mengikut imam dan ini akan merosakkan solat kita, bila habis 2 rakaat imam terus memberi salam dua kali, kekanan dan kekiri, terus disambut oleh muazin dengan salam kekanan dan kekiri, terus disambut pula oleh imam dengan 'allah akbar' untuk rakaat yang seterusnya dan muazan pun terus sambung,
Tiada selawat antara salam seperti kita disini, solat terus menerus, jadi disini kita kenalah pandai2 kira sendiri 20 rakaat, tapi selepas 10 rakaat imam akan bertukar adalah masa sekadar minum secawan dua air zam2 tu kira sempatlah,
Bila habis 20 takaat imam terus buat witir tanpa apa2 selawat atau makluman untuk solat witir seperti kita disini, cuma kita kena teliti sikit sebab bila habis solat qiam dan nak sambung solat witir imam akan berhenti seketika seolah2 kita minum setegok air, sebab bila solat qiam imam akan terus takbir selepas muazin memberi salam, Satu lagi kalau tak pasti dah 20 rakaat imam akan baca surah Al-aklaa selepas al-fatihah.
Satu lagi yang harus diambil berat iaitu ayat2 sajadah sebab setiap malam satu juz, imam akan baca ayat2 alquran jadi akan ada ayat2 sajadah, yang perlu kita ikut imam bila imam turun 'sujud sajadah' takut kita turun rukuk saja, maka disini akan terbatal solat kita sebab tak ikut imam,
Disini ada tipnya, kita tak hafal semua ayat2 sajadah, bila sampai ayat sajadah imam akan berhenti sekita seolah2 kita minum setegok air, dan terus turun untuk sujud dan disini boleh juga dengar muazin akan menyahut 'allah akhbar, dengan nada yang panjang tidak seperti biasa panjang dan mendayu.
Begitulah indahnya bersolat qiam dimekah dan madinah sedar tak sedar habis satu juz satu malam, insyaallah allah akan beri kekuatan untuk berdiri lama ketika solat qiam itu, insyaallah.
BEGINILAH KEADAAN DILUAR MASJID SETIAP KALI LEPAS SOLAT WAKTU, JADI DINASIHATKAN SELEPAS SOLAT WAKTU AMBIL MASA 30 MINIT BARU KELUAR ITU AGAK SELESA SIKIT
GAMBAR INI DIAMBIL BERSEBELAHAN TAPAK MASJID KUCHING YANG TELAH DIROBOHKAN, BANGUNAN PUTIH DIBAWAH LAMPU HIJAU ITU ADALAH BANGUNAN PEJABAT TABUNG HAJI
GAMBAR INI DIAMBIL DIATAS TAPAK 'PASAR ZINC'(YANG DULUNYA CUKUP POPULAR UNTUK MEMBELI BELAH PENUH DENGAN GERAI2, MACAM2 ADA) YANG TELAH DIROBOHKAN
INI PERKUBURAN MA'LA ATAU JANNATUL MA'LA KETIKA MALAM KALAU KAT KAMPUNG ADA BERANI LALU KUBUR LEWAT2 MALAM
No comments:
Post a Comment