Umrah di bulan Ramadan
3 perkara yang ada pada umrah dibulan ramadan,
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.
3. Bersembahyang Tarrawih atau di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan.
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
Subuh sekitar jam 4.19 pagi kalau ikut agensi sahor adalah jam 2 pagi hingga 4 pagi, menu biasa ..orang malaysia nasi. Selepas subuh biasa nya jemaah, kalau dimadinah a) kalau dah habis lawatan dalam/luar madinah akan ke masjid Quba kerana ”Sabda Nabi Muhammad s.a.w : ‘sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah ”. kalau tidak jemaah berniat berikhtikaf saja sambil membaca al quran, penat baca, tidur, tambahan masjid nabawi berhawa dingin 24 jam, dalam sajalah kat luar udara 38 darjah, sehingga zohor sembahyang, sambung iktiviti baca al quran dan tidur sehinggalah asar.... sambung nanti cara berbuka @ makhrib.
MASJID QUBA DIMADINAH
Begitu juga kalau di mekah jemaah2 yang kuat bolehlah pergi ke Tana'im untuk niat umrah, naik bas 2 riyal saja satu hala ( dulu stationnya belakang al tawhid hotel tapi dah pindah jauh ke belakang sikit kat 'Syubaikah' untuk mudah, keluar pintu 'bab umrah' jalan terus saja boleh tanya abang2 polis.. sebut umrah2 depa tau dan akan tunjuk arah) kalau bulan puasa bas banyak jangan risau nanti satu bas bertarbiah dari tana'im ke masjidil haram, kat tana'in ni semua ada nak mandi, kain ehram yang tak ada mak bapak saja. Biasanya kalau pi tana'in lepas subuh jam 8.30 atau 9.00 pagi selesailah umrah kita, (disyorkan waktu ini yang paling sesuai kerana cuaca belum panas dan ketika kita tiba balik ke masjidilharam orang bertawaf sunat agak berkurangan) . Berbeza dengan madinah masjidil haram tak semua kawasan ada hawa dingin. selain kat sai, kat tingkat basement, 'bab king fahd' dan 'king abdul aziz' sejuk juga ada hawa dingin tapi yang menjadi rebutan adalah ditingkat satu 'king fahd dan king abdul aziz' lain2 kawasan agak berbahang tapi ada kipas cuma yang tak ada orang kat tingkat bumbung terutama zohor dan asar, begitulah keadaan kedua2 masjid ketika ramadan. Kebiasaannya jemaah yang hotelnya dekat dengan masjidilharam lepas subuh ikhtikaf sekejab lebihkurang jam hampir 7 pagi baru balik kehotel memenuhi hajat tidor sekejap jam 10.00 atau 11.00 pagi datang balik ke masjid. Begitulah susunatur acara setiap hari, tapi kalau hari jumaat dinasihatkan datang seawal jam 9.00 pagi kalau tidak silap2 kat luarlah.
KEADAAN TAWAF SELEPAS SOLAT SUBUH
No comments:
Post a Comment