Wednesday, August 15, 2012

UMRAH DIBULAN RAMADAN Part 2

Umrah di bulan Ramadan

3 perkara yang ada pada umrah dibulan ramadan,
1. Suasana jemaah berpuasa di madinah atau makah.
2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.
3. Bersembahyang Tarrawih atau di mekah/madinah disebut Qiam Ramadan.

2. Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah.



 GAMBAR2 DI MASJID NABAWI



INI MENU DI MADINAH (YOGURT DAN ROTANAH)


JAMAAH DALAM MASJID NABAWI TENANG MENUNGGU WAKTU BERBUKA
PARA PELAYAN MENUNGGU KEBENARAN MEMASUKI MASJID DENGAN MAKANAN BERBUKA


PERSIAPAN UNTUK BERBUKA DILUAR MASJID (DATARAN)


PARA JEMAAH DAH READY TAPI MAKANAN BELUM DIHIDANGKAN (DATARAN)



Suasana jemaah ketika berbuka di madinah ataupun mekah. Keadaannya tak banyak berbeza, kalau di madinah menunya kurma, air zam2, yougart, syai (tea o dan kekadang ada berperisa) dan gahwa (kopi arab +air halia +herba) serta dugah campuran untuk yogurt, kalau dimekah tak ada yogurt, masa berbuka ada 15 minit lepas azan dimadinah, kalau di mekah 10 minit saja, cukup masa depa bungkus sepera plastik yang dijadikan alas untuk menghidang, agak selesa di madinah  jika berbanding di mekah, kalau nak menu yang lebih berat seperti nasi atau roti nan kena berbuka di kawasan luar masjid kat datarannya, sama saja di madinah atau mekah tapi di madinah mewah sikit,  kalau di madinah sebelum waktu berbuka agak2 sejam lagi, ramailah anak2 dan anak2 remaja duduk dekat pintu masuk memegang tangan kita minta ikut dia pi berbuka di kawasannya, disetiap saf lain orang tokenya lain penyumbangnya dan lain pelayannya, tapi menu tetap sama cuma jenis2 kurma saja yang berlainan, begitu juga dimekah tapi tak ramai anak2 muda yang pimpin tangan sebab orang ramai semua saf penuh, tapi yang peleknya semua orang ada ruang untuk berbuka, saya lebih suka kurma di madinah @ rotanah, kurma yang digunakan mengikut sunah nabi jenis kurma basah. bayangkan satu masjid berbuka dengan menu yang sama, bagi jemaah malaysia lepas sembahyang balik ke hotel pekena nasi. bagi jemaah2 lain akan ke restoran2 yang banyak dalam bangunan termasuk restoran felda D'saji di dalam al saffa hotel. Masa antara azan makhrib dan insyak dipanjangkan sehingga 2 jam, jadi agak ada masa untuk balik ke hotel bagi yang dekat2 400/500 meter dari masjid.

NOTA: PETUA NAK MAKAN YOGURT, KALAU ORANG ARAB DIA MASUKAN DUGAH (SERBUK) DIA KACAU SEMUA SEKALI,  RASA2 TEKAK KITA TAK BOLEH TERIMA, NASIHAT ORANG YANG DAH 12 TAHUN DI ARAB SAUDI KALAU NAK MAKAN YOGURT TU CARIK2KAN BUAH KURMA TU DAN MASUKAKAN KEDALAMNYA BARULAH BOLEH TERIMA TEKAK KITA, BEGITU JUGA DENGAN GAHWA KALAU MINUM DIA SAJA TEKAK KURANG TERIMA, CUBA MAKAN BUAH KURMA DALAM MASA YANG SAMA MINUM GAHWA TU SAYA PASTI SATU CUP TU BOLEH HABIS.

GAMBAR2 DI MASJIDILHARAM
MENU BERBUKA DALAM MASJIDILHARAM (ZAM2 DAN KURMA@ ROTANAH)


AIR ZAM2 DAN GAHWA
PELAYAN SEDANG MENUANG AIR ZAM2


AGAK SESAK DI MASJIDILHARAM

                                                           

No comments: