Sunday, December 18, 2011

Gunung Fuji @ Fujiyama @ Fujisan

Sebelum cerita lebih lanjut, inilah pas untuk naik train JR takkiralah train bandarke atau Shinkansen (train laju), Train Shinkansen ada banyak nama antaranya , Hikari, Sakura,Kodoma dll. tapi yang nama 'Nozomi' Tak boleh naik kena bayar tambah, sebab dia express, laju lebih kurang aje. JR pass ni kena beli sebelum datang Japan, ada 5/6 tempat kat malaysia jual Pass ni, harga dia bergantung laku berapa lama, 7 hari, 14 hari atau 21 hari, saya beli untuk 7 hari lebihkurang rm 1,200.00 itu ikut rm 40.10 @ 1000yen,( pada mula pikir2 juga berbaloike?, tetapi memang berbaloi) jadi saya menggunakannya se maksima yang boleh, saya aktifkan pass ni pada hari sabtu dan berakhir pada ahad berikutnya. distinasi pertama pi Kobe dan distinasi kedua keesokanya ke Gunung Fuji @ Fujisan.


Sebenarnya perjalanan ka Fujiyama ni yang lebih mencabar, sebab kami pi berdua saja, anak & menantu ada class, jadi perjalanan bermula, berdebar pun ada teruja pun ada, maklumlah tempat orang, tambahan depa tak tau bahasa Inggeris bahasa melayu lagilah, buat sikit kajian melalui google dengan bantuan anak & cik Harris kita.


(Depan rumah anak di Kyoto)

Bersiap sedia nak bertolak, kami keluar rumah jam 6.15 waktu kyoto ala2 sebelum subuh kalau kat sini, subuh kat sana jam 4.30 pagi lebih kurang, jalan nak naik bas depan rumah 6.25minit sampai bus stop, tunggu 6.30 naik bas pi station Kyoto, keluar awal sebab nak naik Train jam 7.45. Alhamdulillah ikut jadual , Pertama naik Shinkasen hala ke Mishima makan masa 2 jam 25 minit, iaitu setengah jam lagi sampai Tokyo, kalau dari Tokyo lebih dekat.



dalam train ni macam dalam flight juga ada makan2 cuma sini kena beli macam air asia.



Bila sampai Mishima kena tukar Train ke Numazu (10 minit perjalanan) tukar train lagi ke Gotemba (30 minit perjalanan) Dari Gotemba kami nak ke sebuah tasik di kaki Fujiyama iaitu Tasik Kawaguchiko.



Dari Gotemba naik bas pula berhenti2, 1 jam juga baru sampai Station Kawaguchiko, ada bas shuttle pusing2 tasik, itu baru sampai tasik tempat tinggal tak tau lagi.



Ada 2 plan asalnya, nak balik hari atau tidor disana, kira nasib saja sebab kami beranggapan hari kerja tak ramai orang, alhamdulillah memang tak ramai orang, adalah 1 hotel tu tepi tasik, biliknya mengadap Fujiyama, hargapun ok juga, jadi bermalamlah kami disini.


Bangunan 3 dari kiritulah hotel kamitu.


Sesunguhnya kejadian tuhan itu maha agong.





Berbezanya bila tengok gambar dan tengok 'live'







Kalau diperhatikan di belakang adalah taman' Thema' dikatakan 'Roller Coster' itu paling tinggi sekali.


Ini tasik sebelum sampai Tasik Kawaguchiko, tak ingatlah pula namanya, bayangkan besarnya kalau airnya pun biru, macam laut.






No comments: