Saturday, December 31, 2011

Hujan Emas di Negeri Orang

Sambung balik... hari terakhir di Jepun, oleh kerana flight balik dari narita ke kl, maka kami terpaksa patah balik ke Tokyo dari Kyoto, flight jam 230 petang. sabtu, jika bertolak dari Kyoto pada hari yang sama ditakuti kelamkabut kerana train awal dekat jam 7 pagi sampai Tokyo agak2 jam 10.00 nak cari train pi narita perjalanan 1 jam lagi, daftar masuk antarabangsa 3 jam. jadi kami datang Tokyo satu hari awal ke Tokyo dan tidor di Narita, jadi agak ada masa nak round2 Airport Narita.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap
negeri sendiri lebih baik lagi. Begitulah peribahasa lama walaubagaimana pun banyak kebaikan yang boleh dipelajari antaranya sikap orang2 jepun...tentang kebersihannya...kesabarannya..

Insyaallah ditakdirkan kami akan datang sekali lagi ke Japan,(Berjalanlah dimuka bumiallah ini dan lihatlah Kejadiannya), terima kasih yang tak terhingga buat Mastura, Harris, Aiman & Aidan maaflah tok ayah tak pandai cakap jepun macam cucu2 tok ayah.



pandanagan dalam Airport Narita Terminal 2
Kedai2 dalam Airport

No comments: