Wednesday, October 31, 2012
QURBAN TOK ASMA 2012 (27/10/12)
Thursday, October 4, 2012
QURBAN TOK ASMA KALI 3
Adalah seperti di persetujui sekeluarga, kita akan mengadakan acara qurban setiap 2 tahun, dan sentiasa diingatkan setiap awal tahun dan majlis ini bukan saja setakat memenuhi hari raya aidil adha tapi juga mengambil peluang mengumpulkan keseluruhan keluarga 'tok asma' memandangkan semua anak2 tok asma dah mempunyai keluarga sendiri, dan tinggal di perantauan, moga dengan acara ini kita sentiasa dapat mengeratkan kasih kekeluargaan.
Alhamdulillah akhirnya cukup sudah malah melebihi jumlah orang2 yang nak menyertai qurban 'tok asma' tahun ini, oleh kerana kita cuma menempah 2 ekor lembu saja jadi ada nama2 yang digugurkan, insyaallah masa2 akan datang kita cuba untuk buat 3 ekor lembu, cuma kerjasama semua adalah diperlukan untuk membuat pengesahan lebih awal. Terima kasih buat semua pakcik2, makcik2, abang2, adik2, sepupu2, anak2 dan anak2 saudara yang memberi sokongan ini, moga allah jua membalas segala niat baik untuk berqurban dan beraqiqah ini juga pada mereka2 yang ada niat nak berqurban tapi tidak berkesempatan, moga allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya pada kita semua.
Dengan ini sekali lagi diingatkan dan adalah dijemput semua sekali lagi saudara2, kawan2 yang berkelapangan meraikan majlis qurban dan aqiqah pada 27/10/2012 bersamaan hari sabtu, @ 11 Zulhijjah yang juga jatuh pada hari kedua raya aidil adha@qurban@haji,Insyaallah seperti yang dimaklumkan tahun ini kita akan berquban dengan 2 ekor lembu dan seekor kanbing, acara akan bermula pada awal pagi, dialamat 80, Kampong Piew, Jalan Pegawai, Alor Setar,Kedah. (belakang rumah aruah tok asma) seperti biasa sarapan pagi disediakan insyaallah, gotong royong melapah dan mengedar daging2 qurban, majlis diteruskan dengan makan tengahari dengan sup daging qurban, insyaallah tahun ini kita ada apam balik dari pak chak, harap2 kereta dia muat untuk bawa balik perkakasannya. Insyaallah majlis kita akan diberkati allah.
Tahun ini agak unik sikit sebab orang2 yang menyertai qurban melibatkan 3 jenarasi, Adik beradik, Anak beranak dan cucu2 tok asma. Disenaraikan nama2 mereka yang menyertainya, cuma ada yang tak ada gambar dalam simpanan untuk disiarka.
Pada Pak Tua dan Mak Tua yang akan berangkat ketanah suci minggu ini sama2lah kita doakan moga diberikan kesihatan yang sempurna dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan di kurniakan allah dengan haji yang mabrur...amin.
FAUZIAH @ LANG
( ANAK SAUDARA TOK ASMA)
( ANAK TOK ASMA )
Sunday, September 30, 2012
BILA HUJUNG TAHUN .....
Bila hujung tahun telah tiba, ini bermakna demam peperiksaan telah tiba, PMR, SPM & STPM akan muncul minggu depan dan bulan depan, berbagai usaha telah dilakukan, (antaranya sembahyang hajat) baik bagi para pelajar maupun ibu bapa, agar hasil peperiksaan memuaskan dengan kejayaan, selain belajar bersungguh2 kita jangan lupa berdoa selalu pada allah, cuba kita amalkan seperti amalan yang pernah dinyatakan oleh tok2 guru yang selalu diamalkan oleh orang tua kita, ..... pada hari2 peperiksaan itu hendaklah ibu/bapa berpuasa sunat, ketika anak2 kita mula masuk dewan peperiksaan adalah disyorkan kita melakukan solat solat sunat sekurang2nya 2 rakaat diikuti dengan membaca ayat2 al quran, antaranya surah yasin atau yang popular adalah surah al kaffi, cubalah amalkan insyaallah hasilnya sungguh barakah. Apalah lagi yang boleh diusahakan melainkan berserah pada allah.
Monday, September 24, 2012
INGATKAN MATI
(al anbiyaa: ayat :35)
Sabda Nabi yang bermaksud: Ziarahlah kubur, kerana ianya boleh mengingatkan mati.
Saturday, September 15, 2012
MAJLIS QURBAN TOK ASMA 2012
Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban
Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).
ANTARA SABDA2 RASULULLAH
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
MAJLIS QURBAN TOK ASMA 2012


Saturday, September 8, 2012
2 MINGGU MELAYAN KERENAH CUCU
TUMPANG SEKAKI TOK @ TOK AYAH
AIMAN