Saturday, September 15, 2012

MAJLIS QURBAN TOK ASMA 2012

QURBAN


Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

ANTARA SABDA2 RASULULLAH

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

MAJLIS QURBAN TOK ASMA 2012
 Asalamualaikum, adalah diingatkan , buat semua abang2, adik2, anak2, iparduai adalah dimaklumkan bahawa tahun ini, setiap 2 tahun akan diadakan majlis Korban Keluarga Tok Asma di Kampong Piew, Alor Setar. Kedah. Insyaallah tahun ini akan di adakan pada 27.10.2012 hari sabtu, hari kedua raya Korban. Tahun ini 1 bahagian berharga Rm. 420.00, harga mengikut tahun lepas rm 380.00 satu bahagian, ditambah rm 40.00 untuk buat sedikit kenduri dan upah2 yang perlu. . Seperti tahun2 yang lepas 1 ekor lembu sudah ada iaitu 1 bahagian bagi 8 orang anak2 tok asma, 1 ekor lagi untuk saudara2 termasuk anak2 cucu tok asma dan saudara2nya. . jadi sediamaklum boleh hubungi Cik Ida di alor setar bagi setiap urusan bayaran, terdapat beberapa lagi kekosongan. Insyaallah tahun ini kita akan qurbankan 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing (Pak Chak) Moga majlis korban kita kali ini diberkati allah, moga tahun ini juga kita dapat berkumpul sekali lagi anak, cucu, cicit tok asma. ( walaupun tahun ini Pak Tua dan Mak Tua tak dapat sertai kita pada tarikh tersebut kerana insyaallah akan mengerjakan haji tahun ini, harap ada anak2 Pak Tua dapat turut sama dalam majlis ini nanti) " Selamat berkorban dan Aqikah"
PENYEDIAN LEMBU UNTUK DISEMBELEH
LEMBU YANG TELAH SIAP DILAPAH

DAGING2 LEMBU DITIMBANG UNTUK DIAGIHKAN 

No comments: