"Sesunguhnya bila datang tarikh lahir seharusnya ingatlah kita bila tarikh matinya..."
(al anbiyaa: ayat :35)
(al anbiyaa: ayat :35)
maksudnya:
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Antara hadis nabi:
hadis nabi SAW yg diriwayatkan oleh Abdullah B Abbas, "bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia dimuka bumi ini sebanyak 70 kali dalam sehari.
Jika berlaku kematian dikalangan kita lantas bertanya,"sebab apa sipolan itu mati, sakit atau kemalangan?".Tidak ramai yg mengaitkan kematian itu dgn kahadiran malaikat maut,sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar disekeliling manusia bagi mengenal pasti dan memerhati org2 yang tempoh hayat nya sudah hampir.
Namun ajal tidak mengenal orang sihat atau sakit maupun mewah atau miskinkah, muda apatah lagi tua, Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan,Bila ajal sudah tiba, kematian tidak tertangguh walau pun sesaat.
Firman Allah SWT didalam surah AL-A'raaf ayat34 yang bermaksud; "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengurdurkannya barang
sesaatpun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya"
"Jadi bertanyalah pada diri sudah cukup bekalan untuk dibawa atau sekurang2nya dah adakah bekalan untuk dibawa."
Pesan nabi:
Maksud hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi :" Banyak-banyaklah kamu mengingati sesuatu yang memutuskan Kelazatan (iaini Kematian)".
Untungnya orang ingatkan mati ada tiga:
1) dia ingin bertaubat,
2) tak mahu buat maksiat,
3) ingin memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT.
Ruginya orang yang lupa akan mati:
1) dia tidak mahu bertaubat atau menangguh-nangguhkan taubat,
2) tak mahu ibadat,
3) suka melakukan maksiat.
Antara perkara yang boleh menolong untuk mengingati mati ialah menziarahi kubur.
Sabda Nabi yang bermaksud: Ziarahlah kubur, kerana ianya boleh mengingatkan mati.
Sabda Nabi yang bermaksud: Ziarahlah kubur, kerana ianya boleh mengingatkan mati.
Dan sabda Baginda lagi
Ertinya: Dahulu aku tegah kamu dari ziarah kubur, sekarang ziarahilah. Kerana ianya boleh menzuhudkan pada keduniaan dan mengingatkan kamu kepada akhirat.
"Dan tiada seorang jiwa pun yang mengetahui di belahan bumi manakah ia akan mati (Luqman: 34)."
"Di mana saja kita berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh (An-Nisa:78)"
ANTARA TANAH PERKUBURAN YANG HARUS ZIARAH SELALU
"TANAH PERKUBURAN JALAN KUARI CHERAS"
"TANAH PERKUBURAN AKAR PELURU ALOR SETAR"
No comments:
Post a Comment