Wednesday, September 18, 2013

'KHUF' @ MENYAPU KHUF

Bagi kita atau mereka yang tinggal dikawasan yang tiada musim sejuk atau salji...  kewajipan berwuduk mungkin tidak membebankan.....
Kita jarang mengamalkan... malah ramai yang tidak tahu keharusan menyapu diatas 'khuf' sebagai ganti membasuh kaki dalam berwuduk.....

Keempat2 imam mazhab yang utama menerima menyapu khuf sebagai 'rukhsah' (keringanan) yang allah SWT berikan kepada kita dalam semua keadaan...sama ada pada musim sejuk atau panas, ketika musafir atau bermukim, ketika sihat atau tidak....

Menyapu khuf adalah kemudahan yang diberikan terutamanya dalam musim sejuk, dalam perjalanan, pekerja2 beruniform seperti polis/askar dan sebagainya.....

SYARAT2 DIBENARKAN MENYAPU KHUF

1. Kedua2 khuf dipakai selepas   sesaorang itu berwuduk dengan sempurna. (Sunnah rasulallah sentiasa dalam keadaan berwuduk)

2. Hendaklah kedua2 khuf itu menutupi seluruh bahagian kaki yang wajib dibasuh dalam berwuduk. Iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.

3. Kedua2 khuf itu hendaklah kalis air kecuali pada bahagian jahitan.

4. Khuf tersebut hendaklah tahan lasak hingga membolehkan ia dipakai sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang musafir.

5. Bahan yang digunakan untuk membuat khuf ini hendaklah suci , kulit haiwan yang telah di samak.

6. Khuf yang dipakai hendaklah suci daripada najis.


Sapuan yang dituntut ialah menyapu air walaupun sedikit dibahagian atas khuf dan tidak memadai dengan menyapu dibahagian bawah.

JENIS2 KHUF


PERKARA2 YANG MEMBATALKAN WUDUK BAGI ORANG MENYAPU KHUF

1. TERCABUT.... Tercabut kedua2 khuf atau salah satu daripada keduanya.

2. TAMAT TEMPOH SAPUAN....sekiranya tamat tempoh itu ketika dia masih berwuduk, dia hendaklah menanggalkan khufnya dan membasuh kaki tanpa perlu berwuduk semula, tetapi jika dia berhadas kecil hendaklah berwuduk seperti biasa dengan membasuh kakinya.

3. DIWAJIBKAN MANDI ..jika berlaku perkara yang mewajibkan untuk mandi junub...dia hendaklah menanggalkan khuf dan mandi....kerana menyapu khuf hanya sebagai ganti membasuh kaki ketika berwuduk.

No comments: