Friday, January 31, 2014

DAH DAFTAR HAJI?.... ATAU BELUM!

Alhamdulillah... bonus yang tinggi tahun ni... moga mereka yang dalam senarai menunggu senyum lebar... bertambah simpanan... pada anak2...sedara2...kekawan...yang mana belum daftar..daftarlah segera.. tambahan kakitangan awam... gunalah kemudahan yg kerajaan berikan untuk mendaftar haji dengan menggunakan duit di KWSP..
Sebagai sorang yang mengaku Islam.. marilah kita menanam niat untuk mencukupkan rukun Islam yg ke 5 tu.. Mengerjakan haji bagi yang mampu...Apakah usaha kita untuk menjadikan kita antara yang mampu... maaf cakap.. kita ada 2/3 kereta.. tukar kereta selalu..itu belum masuk ubah suai kereta.. rumah.. melancong setahun 2/3 kali... tapi bila bab nak pi haji.. belum sampai masanya.. sampai nak daftarpun belum.. tapi kita mengaku Islam.. 
Kalau simpanan tabung haji dah cukup...Nak buat apapun tak apalah.. itu duit kita.. rezeki allah bagi.. kemudian tunggu giliran..

Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru ibni Muslim al-Bahiliu satu hadith, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith daripada Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘[Maksud: Barangsiapa diberi kesempatan dengan bekalan (bagi tanggungannya yg ditinggalkan dan baginya semasa di Mekah) dan kenderaan (mampu membeli tiket penerbangan ke Mekah) untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya hujjah (atau alasan) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani.

Surah Aal-e-Imran, Verse 97:َ
(...sebahagian......)
..................Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

No comments: