Wednesday, January 22, 2014

SEMINGGU SUDAH DI OMAN...

Al salam.. alhamdulillah.. pejam celik dah seminggu di sini.. dalam fasa 1 ni cadang 1 bulan di Oman...
Datang hari tu naik Oman Air... terimakasih mawar travel@ kawan rosli.. kerana sudi menolong.. makan dalam flight biasa aja.. sedap lagi dalam mas..
Penerbangan ikut jadual.. sampai di lapangan terbang muscat, oman jam 11.00 pagi tempatan... waktu nya 4 jam lewat dari malaysia..airportnya biasa saja.. besar lagi lcct rasanya.. tapi airport baru dalam pembinaan disebelahnya.. tahun ni siap agaknya.
Tempat kediaman yang disediakan adalah apartment 6 tingkat..20 unit.. 1 floor ada 2 lift.. 4 unit.. setiap unit 2 bilik & 3 bath.. (Ibarat Kajang ke KL itulah jarak kediaman ni@Al Hail South ke Muscat) tingkat bawah adalah kedai kebiasaannya semua unit apartment begitu... ada dalam berbelas unit dan ada dalam pembinaan... sekelilingnya adalah rumah bunglow pak arab oman.. ada 2 buah masjid berhampiran rumah ni..tapi satu saja masjid yg ada solat jumaat.. istimewanya disini.. semuanya dipanggil masjid..

Ini lah apartment yang disediakan.. rumah tumpangan kami.. tingkat 3.. sebelah kanan.
Suasana dalam rumah tumpangan kami tu..
Ni bangunan di sebelah utara kediaman kami..
Ni pandangan sebelah timor pula.. petang2 budak2 main bola.. jauh di belakang adalah sebahagian kawasan banglow2 pak2 arab Oman.
Ni pula sebelah barat.. jarak dalam 200 meter.. adalah masjid yg juga dikelilingi banglow2 orang oman..

Cuaca disini musim sejuk.. katanya sampai bulan 4/5.. sejuk tak sampai ada saljilah.. sekitar 16° hingga 22°.. macam kat cameron highland lepas hujan.. kalau dalam rumah macam aicont 24 full blust.. oklah jumpa lagi.. 

No comments: