JALAN2 KE DUBAI... 3 DALAM 1...
Dah lama tak memblog.. dah berabuk rasanya...
cerita pi Europe hari tu pun tak habis..
hari terakhir @ Zurich tak masuk dalam blog..
di awal tahun ni mai kita membina semangat baru.. hahahaa
mai kali ni kami cerita pi jalan2 @Backpacker ke Dubai....
INGAT LAGI PETUA NI:
petua nak dapat harga murah flight dan hotel.....
sebelum masuk web site depa clear dulu... cache ..
dengan lain perkataan buang jejak2 kita sebelum ni..
nanti depa tau kita pernah lawat web dia.. jadi depa offer harga lama juga....
sedangkan kita nak harga offer yang terbaru...
kalau hotel saya lebih gemar Agoda... insyaallah tak mengecewakan
@12/2015
seperti biasalah.. @ Muscat Airport....
@01/2016
@ Sheikh Rashid terminal..
Dubai ada 3 terminal yang bersambung antara 1 dengan yang lain...
ni terminal 1... terminal 1 dan 2 bercampur2 syarikat penerbangan...
terminal 3 khas untuk Emirates saja...
ni bahagian cop pasport... waktu ni bulan 8/2015..
panas.. jadi taklah ramai orang... tak macam minggu lepas...
Januari 2016.. hampir 45 minit baru lepas.... ramai orang
untungnya kita pasport malaysia tak perlu mohon visa masuk UAE
Ini kali pertama jumpa kaunter Imegresen di Airport....
siap sediakan gula2 bagi tiap2 pelancong....
ambik... jangan tak ambik.. upah tunggu lama hahahaa
masih menggunakan Metro Dubai untuk bergerak menuju hotel....
harap maklum train terakhir dari airport adalah jam 11.00 malam..
kalau terlepas naik teksilah...
Sebelum ni kat Hotel di kawasan Bur Dubai dan pusat bandar
tapi kali ni kami cuba dikawasan Deira pula....
kawasan ni dan kawasan Bur Dubai agak meriah...
kebanyakan penghuninya adalah... India.. Pakistan... Pino....
banyak deretan kedai2.. makan pun senang..
@ Metro station Union dekat Deira...
mercu tanda pintu masuk Metro Dubai..
@ Sepanjang jalan Al Rigga dari Station Metro Al Rigga
ke station Metro Union ada beberapa restoran..
boleh santai2 minum pagi/thari/petang/malam
harga makanan di kawasan ni agak murah sikit...
boleh juga cari hotel kat kawasan2 lain... Jumeirah atau Marina....
perut dah kenyang baru boleh jalan2...
menu tepi jalan...
Pasar Deira @dubai
pandangan dari station @Metro Palm Deira....
kali ni agak lain sikit jadualnya....
kami nak kesini.. Pasar Deira @dubai..
terletak di line hijau @ada 2 line metro di Dubai
kalau kita naik metro line merah kena tukar di station...
Metro Union atau Metro Bur Juman.. untuk ke situ...
@Palm Deira Station..
dah sampai...
bahagian buah2an...
bahagian basah... makanan laut...
jurujual depa semua pakai Uniform...
kalau dah masuk supermarket.... harga dah lain..
yang ni istimewa sikit... tamar..
semua buah tamarnya baru2... Madjool
penangan tamar Dubai...
10 kg tu.... backpacker mana beli barang banyak2 oi...
hahaaa
@12/2015
kalau mai Dubai tak mai sini tak sah....
kaki kena kuat kalau naik Metro...
boleh tahan jalan baru sampai sini...
Burj khalifah/ dubai Mall.. kisah naik Burj kat sini
@01/2016
@Metro Dubai....
ni masa pejabat... kalau tidak... sesak @awal pagi/petang
@Dubai Tram..
sini pun dah ada tram... sekitar Marina
suasana dalam Trem tu...
bus stop depa ada a/c....
dalam tu ada screen tv...
tunjuk laluan bus dan jangka waktu sampai...
@ Dubai bus...
#backpacker kenalah naik semua kenderaan awam....
bahagian depan khas untuk wanita/family sahaja...
naik bus ni laluan tak sama dengan Metro...
kami ikut laluan tepi pantai... lain sikit view dia..
ni sebelah kanan bus stop dia... berhawa dingin....
satu untuk lelaki... satu untuk perempuan...
ni dalam tu...
sebelah atas ada screen tv tunjuk kedudukan bus tu kat mana...
ni mesin beli tiket... cuma masukkan tempat tujuan
terus keluar jumlah harga tiket...
kalau ada Kad Pass macam kad touch n go...
tak payah beli tiket.. boleh guna untuk metro dan bus sekali...
sentuh masa naik dan turun ja...
boleh beli kat metro station...
destinasi berikutnya...Ibn Battuta Mall...
ambil aura sebagai pengembara....#backpacker
kalau naik Metro line merah dah nak hujung2 station...
@Station Jebel Ali.. la dah tukar nama @Station UAE Exchange..
kalau naik bus dari Deira dekat dengan pasar tadi...
@Station Palm deira... turun dekat Station Metro Ibn Battuta
pintu masuk IBN BATTUTA MALL dari arah Metro...
kena lintas jalan kalau dari Metro station..
dalam ni ada 6 kawasan/court.... mewakili 6 negara...
China... India...Persia... Egypt... tunisia dan Andalusia.....
@egypt court...
08/2015 @ Ibn Battuta Mall.. India Court
01/2016 @ Ibn Battuta Mall... China Court
Restoran Rasa Sayang...
kalau tak jalan2 sambil cari tempat makan tak sah...
ni satu2nya restoran malaysia kat Dubai...
terletak di daerah Bur Dubai....
station Metro terdekat @Out Metha...
jalan kaki bolehlah tahan 1 kilo juga...
kalau naik teksi sebut ja dekat Lamcy Plaza...
menu @ 08/2015
nasi goreng rasa sayang spesial....
kuey teow goreng dengan seafood tom yam
Air bandung Cincau... @gelas besar
sebelah Deira atau Bur Dubai ni... dia ada kawasan2 tersendiri...
kalau kawasan jual sparepart... itulah kedainya sepanjang2 jalan...
begitu juga kalau kawasan2 Gold Souq atau Spice Souq
begitu juga kawasan Textile Souq.... disini
@Naif Market
sini depa kata banyak jual Abaya... kita panggil jubah ja....
kena pandai tawar menawar kat sini....
kalau malam selesa sikit... siang kalau musim panas membara...
cuba tengok sini cerita Abaya...Disini
@Al Fahidi Souq
antara kawasan popular dulu...
tapi la dah banyak kedai kosong.. mungkin tengah upgrade...
selalu... lalu ja tepi2 dia.. @Dubai Marina...
kali ni kami masuk pi...
saja ambil gambar sebelah kapal2 ni...
kalau sebelah pantai dia banyak dogong2 bersidai...hahaaa
sini kawasan persendirian... jadi kuranglah orang ramai...
tujuan kami kesini.... makanlah lagi...
nama restoran dia... Aprons & Hammers...
kapal lama ditukarkan jadi restoran...
berlabuh di Dubai Marina...sambil makan jamu mata...
kapal kayu tu restoran dia....
dia kata menu ni baguih untuk 2 orang...
ni untuk 2 orang pak arab oklah...
naik sekah dibuatnya....
sekianlah buat kali ini...
insyaallah jumpa lagi..
wassalam
2 comments:
Assalamualaikum Tuan,
Saya Wan, dari KL. Insyaallah kalau visa saya lulus, I'll start a new life in Oman with my 6-year old daughter in a couple of month. I hope you don't mind to keep in touch. Kalau ada rezeki saya ke Oman, syok juga kalau jumpa org kampong kat sana, kan.
Wan
cikwann@gmail.com
wsalam.... insyaallah wan...
Post a Comment